Cara pembahagian daging korban kambing?

formulanya 1 bahagian dibahagi kepada 3 :

1/3 bahagian korban adalah hak peserta korban.
1/3 bahagian bagi golongan al-mustahiqqun seperti fakir, miskin dan golongan asnaf
1/3 bahagian adalah hak ummat islam secara umum seperti saudara mara, jiran tetangga, orang kaya dan lain-lain

Berapa bahagian korban untuk kambing?

Umumnya kambing, biri-biri, kibasy tidak dipecahkan kepada bahagian seperti lembu, unta, kerbau atau seladang.

akan tetapi ada pandangan yang membenarkan untuk berkongsi 1 bahagian/ 1 ekor kambing dengan ahli keluarga/ kawan-kawan.

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1301-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban

Apa beza korban lembu dan kambing?

Kedua-duanya tergolong dalam haiwan yang dibenarkan untuk dijadikan qurban.

Perbezaannya adalah :

1) Lembu, Unta, Kerbau dibahagikan kepada 7 bahagian.
2) Kambing, Biri-biri, Kibasy hanya 1 bahagian sahaja.

1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing

Apa fatwa had umur kambing korban?

Secara Amnya Syarat haiwan Qurban adalah seperti berikut

Jenis haiwan sembelihan korban mengikut umur minima :
1. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
4. Unta melebihi lima tahun

Apa hukum buat korban di Mekah?

Hukum Qurban Mekah : boleh dan sah. Mengambil kira beberapa kekangan di dalam negara dari sudut harga haiwan qurban yang saban tahun semakin mahal, maka alternatif lain adalah melaksanakan di luar negara secara online.

Peserta qurban menyerahkan amanah kepada satu pihak yang amanah dan telus, seterusnya pelaksana qurban menyermpurnakan qurban di tempat yang dipersetujui.

Daging yang disembelih juga diuruskan oleh pihak Jam’iah Khairiyyah(NGO) untuk mengagihkan kepada umat Islam sekitar Tanah Suci Mekah dan juga kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, asnaf, ibu-ibu tunggal dan lain-lain

Apa syarat sah qurban kambing?

Jenis haiwan sembelihan untuk qurban mengikut umur minima seperti di bawah :


1. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
4. Unta melebihi lima tahun

Bolehkah buat korban online?

Hukum Qurban Online : boleh dan sah. Mengambil kira beberapa kekangan di dalam negara dari sudut harga haiwan qurban yang saban tahun semakin mahal, maka alternatif lain adalah melaksanakan di luar negara secara online.

Peserta qurban menyerahkan amanah kepada satu pihak yang amanah dan telus, seterusnya pelaksana qurban menyermpurnakan qurban di tempat yang dipersetujui.

 

Rujukan : https://www.kosmo.com.my/2020/07/30/utamakan-korban-di-kawasan-sendiri/