Boleh ke saya buat aqiqah di Mekah untuk anak saya?

Semestinya boleh! akan tetapi, kami sentiasa cenderung kepada pandangan lebih afdhal sembelihan dan jamuan aqiqah itu di buat di tanah air sendiri dan dilihat oleh ibu ayah.

Memahami perkembangan dunia semasa, dengan kesibukan dan kemudahan yang ada, melaksanakan ibadah aqiqah di luar negara adalah dibenarkan dan tidak menyalahi hukum syarak.

Apa senarai perkara sunat sembelihan?

1) Membaca bismillah dan menyebut nama Allah swt
2) Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw
3) Baringkan haiwan sembelihan di atas rusuk kiri
4) Hadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat
5) Menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih
6) Melakukan sembelihan pada siang hari

Apa cara menghitung hari aqiqah?

Formula mudah yang digariskan oleh ulama, sekiranya anak anda lahir di siang hari sebelum waktu maghrib maka ia sudah di kira hari pertama.

Manakala sekiranya anak tersebut lahir selepas waktu maghrib, keesokan harinya adalah hari pertama ini kerana hari di dalam islam berpandukan waktu Maghrib.

Betul ke tak boleh patahkan tulang kambing aqiqah?

Ulama berbeza pandangan tentang perkara ini, ada sebahagian yang berpandangan tidak boleh kerana ditakuti perbuatan tersebut melemahkan tulang anak yang di aqiqahkan.

Manakala sebahagian besar Ulama berpendapat, tiada kaitan antara tulang haiwan yang disembelih dengan tulang bayi yang diaqiqahkan maka hukumnya BOLEH sahaja.

Bolehkan orang bukan islam di jamu daging aqiqah?

Khilaf ulama pada beberapa keadaan :-

1) Jumhur mengatakan, tidak dibolehkan.
2) Minoriti ulama seperti Imam Hanbali membenarkan atas sebab sekiranya kita menjemput mereka dalam rangka merapatkan hubungan supaya terlembut hati menerima Islam atau melihat keindahan islam maka dibolehkan.

Perlu ke calit/lumur darah haiwan aqiqah pada bayi?

Ini adalah amalan orang arab Jahiliyyah (waktu sebelum datangnya Islam), sebelum pensyariatan aqiqah. Amalan menyembelih haiwan aqiqah sudah pun menjadi ritual setiap kali adanya kelahiran.

Islam datang menyempurnakan dan menyingkirkan amalan yang khurafat.

Orang arab jahiliyyah ketika lahirnya seorang bayi, mereka akan menyembelih binatang, dan darah sembelihan itu dilumurkan pada kepala bayi kononnya nak menghilangkan sial.

apabila datang Islam, Nabi mengajarkan supaya menyembelih binatang pada hari ke 7, diberikan nama yang baik dan mencukur kepala bayi tersebut.

Sunnah tambahan, rambut yang dicukur tersebut, di timbang dan nilai timbangan itu disedekahkan mengikut nilai Emas dan/atau perak.

Perbezaan di antara qurban dan aqiqah

Syarat sah qurban dan aqiqah hampir sama, bezanya pada WAKTU sahaja.

Qurban ada waktu tertentu iaitu 4 hari sahaja dalam satu tahun, 10-13 Dzul Hijjah. Selain dari waktu tersebut tidak di kira waktu qurban

Aqiqah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun. waktu terbaik aqiqah, adalah pada hari ke 7, 14 dan 21 selepas kelahiran bayi.

Selain dari hari tersebut, dibolehkan sahaja pada bila-bila waktu.

Apa hukum buat qurban tapi belum aqiqah?

Sekiranya waktu qurban datang dahulu, adalah lebih baik utamakan qurban.

Sekiranya waktu qurban datang kemudian, maka menyempurnakan aqiqah adalah lebih dituntut berbanding menyempurnakan aqiqah.

Apa hukum memotong rambut bayi sebelum aqiqah?

Dari hadith yang masyhur, hukumnya Sunnah

Aqiqah disunnahkan dilaksanakan pada hari ketujuh. Hal ini berdasarkan hadits,

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى »

Dari Samuroh bin Jundub, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, digundul rambutnya dan diberi nama.”
(HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah nol. 3165, Ahmad 5/12. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)