Apa itu ibadah korban?

Qurban bermaksud merapat, mendekat atau menghampiri.

Dari segi istilah, menumpahkan darah haiwan korban pada 10, 11, 12 & 13 Dzul hijjah pada setiap tahun.

Apa kelebihan buat ibadah korban?

Dari segi material tiada perubahan yang terlihat, malah sesetengah orang akan merasai hartanya berkurang. akan tetapi menurut pandang Allah, ianya sangat bernilai kerana ibadah qurban ini adalah ibadah yang sangat mulia dilaksanakan kerana ianya dapat meningkatkan taqwa dan taat kepada Allah.

Apa hukum beri daging korban pada orang kafir?

Menurut jumhur ulama’ daging korban haknya mutlak hanyalah untuk orang Islam secara umum dan juga orang-orang yang memerlukan(al-mustahiqqun) seperti fakir, miskin, dan golongan asnaf.

Boleh ke jual daging korban yang telah disembelih?

Hukumnya haram menjual kembali daging yang diniatkan korban kerana ia adalah hak orang islam. memberi upah kepada petugas/tukang sembelih atau sesiapa sahaja dengan daging korban juga adalah dilarang.

Boleh ke makan daging korban hasil nazar?

Pandangan ulama’ yang lebih popular, bagi orang yang berniat untuk korban nazar. golongan ini tidak boleh memakan sedikit pun bahagian korban nazarnya. ia wajib mensedekahkan kesemuanya kepada orang lain

Apa perbezaan syarat kambing aqiqah dengan kambing qurban?

Syarat haiwan Aqiqah dan Qurban adalah sama :

Jenis Haiwan Umur Minima
1. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
4. Unta melebihi lima tahun”

Buat qurban seekor kambing untuk berapa orang?

Umumnya, 1 ekor kambing bagi 1 orang. akan tetapi ada pandangan yang popular membenarkan 1 bahagian atau 1 ekor kambing dikongsikan dengan ahli keluarga/rakan-rakan.

Mereka kumpul duit bersama-sama untuk membeli 1 bahagian atau 1 ekor korban. ianya dibolehkan