Hari Arafah 2023: Puasa, Doa & Amalan Sunat (Lengkap)

berdoa dan berpuasa ketika hari arafah

Hari Arafah merupakan antara saat yang ditunggu-tunggu oleh majoriti ummat Islam selepas Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang mengerjakan haji, mereka tidak boleh terlepas daripada berwukuf di sana.

Bagi kita yang tidak mengerjakan haji, ada pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui apa itu hari arafah, amalan-amalan sunat dan juga tarikh tepat untuk kita berpuasa dan merebut fadilatnya.

Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Apa Itu Hari Arafah?

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah. Dipanggil nama sedemikian kerana pada hari tersebut para jemaah haji akan ke Gunung Arafah dari Mina untuk berwukuf.

Pergerakan ini berlaku pada hari kedua haji tahunan, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sejarah Hari Arafah

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sejarah hari tersebut. Antaranya disebabkan pada hari itu manusia sekaliannya mengetahui serta memperakui dosa-dosa mereka maka disitulah dijadikan tempat untuk memperakui dosa-dosa mereka.

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

Asalnya juga disanalah Nabi Adam AS mengakui kesalahan Baginda dan diterima pula taubatnya. Berikut adalah doa baginda;

 

رَبَّنا ظَلَمْنا أَنْفُسَنا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنا وَتَرْحَمْنا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخاسِرِينَ.

 

Wahai Tuhan kami,telah menzalimi kami akan diri kami dan sekiranya tiada Engkau memberi ampun akan kami dan memberi rahmat atas kami nescaya akan menjadilah kami dari kalangan orang yang merugi.

Bila Hari Arafah Tahun 2023?

Jika tarikh 1 Zulhijjah jatuh pada 20 Jun 2023, maka Hari Arafah adalah pada 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijjah 1444 Hijrah (Rabu).

Cara Niat Puasa Hari Arafah

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”

 

Doa Arafah

Digalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”

 

(Sunan al-Tirmizi, no. 680, Hadis Hasan)

 

Amalan Sunat Hari Arafah

          1. Solat Sunat

Solat sunat adalah ibadah yang paling afdal untuk menampung kekurangan pada solat-solat fardhu kita. Jadi ia antara cara terbaik untuk memperoleh kecintaan-Nya sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

          2. Puasa

Hukum puasa sunat Arafah adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut) bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

Sebaliknya jemaah haji disunatkan untuk tidak berpuasa walaupun dia berupaya untuk melaksanakan puasa.

Fadilat berpuasa pada Hari Arafah berdasarkan riwayat berikut:

Abu Qatadah a.h meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

Maksudnya : ”Puasa hari Arafah, aku memohon kepada Allah agar menebus dosa-dosa setahun sebelumnya serta setahun selepasnya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis ini bermaksud bahawa mengerjakan puasa sunat Arafah itu diberikan ganjaran pengampunan dosa-dosa setahun sebelum dan selepas Hari Arafah.

Manfaat berpuasa ketika hari tersebut perlu direbut kerana diharamkan berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan juga hari-hari tasyrik.

Baca lagi : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

          3. Berdoa

 

Amalan terbaik pada hari wukuf adalah berdoa kerana Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

 

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

 

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

 

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”

Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi

Lain-lain Amalan Sunat Hari Arafah 

  1. Tadarrus Alquran secara sendiri atau berjemaah

  2. Bersedekah pada keluarga & golongan fakir miskin

  3. Menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan majlis zikir

  4. Rapatkan silaturrahim dengan hadiri atau buat rumah terbuka

 

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

Inilah sebahagian amalan yang elok dilipat ganda dan diperbanyakkan pada sepanjang awal bukan Zulhijjah sehingga Hari Raya Korban

Selain berpuasa pada Hari Arafah, kita boleh banyakkan lagi amalan lain yang boleh dilakukan seperti memperbanyakkan sedekah, berdoa, membaca al-Quran, berselawat dan sebagainya.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan