Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Setakat artikel ini ditulis, sebenarnya ramai orang yang melakukan ibadah korban masih ragu-ragu dengan cara pembahagian daging korban.

Mereka ragu-ragu sama ada daging korban mereka harus diberikan keseluruhannya kepada orang miskin atau mereka mempunyai bahagian daripada daging korban.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara pembahagian daging korban yang afdal dan mengikut sunnah.

Apa Itu Ibadah Korban?

Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah. Ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT yang dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyri’ (11-13 Zulhijjah)

Jenis Ibadah Korban

          1. Korban Wajib

Ibadah ini buat mereka yang berniat korban nazar.

          2. Korban Sunat

Sunat yang dituntut bagi orang yang berkemampuan.

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil

          1. Sedekah Pada Pihak Berkorban & Keluarga

Disunatkan untuk tuan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri.

Namun, adalah lebih afdhal dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.

Hal ini kerana dengan bersedekah, amalan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri.

Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

          2. Sedekah Pada Fakir Miskin

1/3 daripada baki yang diambil tuan korban diberikan kepada golongan fakir miskin.

          3. Sedekah Pada Sahabat & Jiran

Baki 1/3 lagi diberikan sebagai hadiah kepada sahabat dan jiran. Namun begitu, jika masih ada lagi golongan fakir yang masih belum menerima daging, maka adalah lebih afdahl jika baki ini diberikan kepada mereka.

 

Dalil Pembahagian Daging Korban Dalam Sunnah & Mazhab Syafie

          a. Hadis

 

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

 

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya. Hadith riwayat Muslim: (1218)

 

          b. Pendapat Ulama’

Al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:

 

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

 

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)

          c. Mazhab Imam Syafie

Seseorang yang melakukan korban lebih afdal untuk menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja sekadar berkat.

Menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap kikir dan tamak.

Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

daging korban tidak boleh diambil selagi tanpa persetujuan tuan korban

Faedah Pembahagian Daging Korban

          1. Dekat Silaturrahim

Proses korban dan pasca korban memerlukan tenaga orang ramai. Proses gotong-royong ini dapat mendekatkan jurang yang jauh antara jiran tetangga dan merapatkan silaturrahim.

          2. Kongsi Rezeki Pada Orang Lain

Korban biasanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai rezeki berlebihan. Dengan pengagihan kepada golongan fakir dan miskin, rezeki yang berlebihan itu dapat di kongsikan bersama.

          3. Sucikan Hati & Harta Benda

Ibadah korban yang dilaksanakan dapat merendahkan hati kita, dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri, cintakan dunia yang sekejap dan terlalu sayangkan harta benda.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan