Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

Hari Tasyrik adalah 3 hari selepas tarikh Hari Raya Korban. Ketika ini peserta korban sedang giat menyelesaikan korban mereka dan para jemaah harji selesai bertahalul (bercukur).

Ramai juga yang tidak mengetahui yang pada 3 hari ini juga adalah diharamkan berpuasa.

Artikel ini mengandungi huraian mengenai Hari Tasyrik dan juga hadis-hadis yang menganjurkan pengharaman berpuasa.

Apa Itu Hari Tasyrik?

Hari Tasyrik merupakan pengakhiran ibadah mereka yang melakukan haji, iaitu telah selesai melakukan wukuf, jamarat dan tahalul. Bagi mereka yang melakukan korban, ia perlu dilaksanakan sepanjang tempoh ini.

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

Bila Hari Tasyrik Berlaku?

Ia jatuh ada 11-13 Zulhijjah, sejurus terbenamnya matahari pada Hari Raya Aidil Adha. Sepanjang tarikh ini umat Islam dilarang untuk berpuasa.

Baca : Hari Arafah 2023: Puasa, Doa & Amalan Sunat (Lengkap)

cukur gunting rambut jemaah haji hari tasyrik

Hari Tasyrik Haram Puasa? Ini Dalilnya.

        1. Riwayat Imam Muslim r.a

Daripada Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

 

‘’Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati ALLAH S.W.T.’

        2. Riwayat Uqbah bin ‘Amir r.a

Hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

 

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

 

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

 

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

        3. Riwayat Saidatina Aisyah r.a

Hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

 

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). Riwayat al-Tirmidzi: 1493

ibadah korban hanya diterima pada hari tasyrik

Amalan Sunnah Hari Tasyrik

        1. Sembelih Haiwan Korban

        2. Takbir

                Takbir Hari Raya Aidiladha

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (2/81) bahawa Syeikh Ibn Sibagh, pengarang kitab al-Syamil bahawa tiada masalah untuk bertakbir dengan cara kebiasaan manusia, sebanyak tiga kali, seperti lafaz berikut:

 

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

 

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

 

Disunatkan untuk ditambah selepas itu lafaz berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ [ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ] [5] وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ [ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ]

 

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

        3. Baca Doa Al-Baqarah

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةًۭ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(RABBANAA  AATINAA  FID-DUN-YAA HASANAH WA FIL AA-KHIRATI HASANAH, WA QINAA ADZAABAN-NAAR.)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

        4. Makan & Minum (Tak Berpuasa)

Seperti mana yang telah dikupas, sepanjang Hari Tasyrik adalah diharamkan berpuasa. Umat islam anjurkan untuk makan dan minum sepanjang tiga hari tersebut.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan