6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

Ramai yang masih keliru perbezaan korban dan akikah. Ia seolah-olah serupanya tapi sebenarnya sangat berbeza.

Kekeliruan berlaku apabila kita tidak cakna mengapa sesebuah ibadah itu dilakukan.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai bezanya antara korban dan akikah, teruskan baca artikel ini.

Apa Itu Ibadah Korban?

Korban dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga dilaksanakan bagi mengingati kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S

Korban tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan, iaitu pada Hari Raya Haji dan 3 Hari Tasyrik.

Apa Itu Ibadah Aqiqah?

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Baca : 4 Perbezaan Korban dan Akikah Anda Perlu Tahu (Edisi Terkini)

sembelihan lembu korban akikah

Dalil Korban Dan Akikah

            1. Dalil Korban

                              a. Surah Al-Hajj

 “Dan Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

 

                              b. Riwayat Al-Tirmizi r.a

“Tiada suatu amalan yang dilakukan manusia pada hari raya korban yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

            2. Dalil Aqiqah

                              a. Riwayat Imam Ahmad r.a

“Tiap-tiap anak itu tertebus dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama.”

 

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

6 Perbezan Korban Dan Akikah

            1. Niat

                              Niat Korban

نويت أن أاضحي للهِ تَعَالى

Sahaja aku berkorban, kerana Allah Taala

                              Niat Aqiqah

perbezaan korban dan akikah

Bacaan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]

Maksudnya: Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan di dalam hati juga telah mencukupi.

            2. Masa

                              Masa Ibadah Korban

Korban hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

                              Masa Ibadah Aqiqah

Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Cumanya aqiqah itu adalah lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari ketujuh anak berikut dilahirkan

            3. Pembahagian Daging

                              Pembahagian Daging Korban

Korban pula afdhal dibahagikan daging mentah dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin.

                              Pembahagian Daging Aqiqah

Aqiqah lebih afdhal dibahagikan daging yang sudah dimasak dan sunat dimasak dengan manis-manisan.

            4. Penerima Daging

                              Penerima Daging Korban

Ada cara pembahagian iaitu sepertiga untuk diri sendiri, sepertiga untuk orang miskin dan sepertiga lagi untuk orang ramai.

Namun lebih afdal jika, kita hanya mengambilnya sedikit sahaja untuk berkat dan bakinya disedekahkan keseluruhannya kepada orang fakir miskin.

                              Penerima Daging Aqiqah

Tiada penerima khas maka boleh diberikan kepada orang ramai. Pemberian daging biasanya dalam bentuk sudah dimasak dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dan orang-orang kaya.

            5. Bahagian Haiwan

                              Bahagian Haiwan Korban

Korban  minima satu bahagian. Jika lebih adalah mengikut kemampuan.

                              Bahagian Haiwan Aqiqah

Bahagian aqiqah kepada anak lelaki adalah dua bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian.

            6. Jenis Haiwan

                              Jenis Haiwan Korban

Haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau atau unta.

                             Jenis Haiwan Aqiqah

Sama seperti korban – haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau atau unta.

Baca : Pakej Korban Paling Murah Malaysia 100% Online (2023)

Kesimpulan

Seseorang itu haruslah mengetahui perbezaan antara ibadah korban dan akikah. Secara tidak langsung dia dapat merancang dari sudut kewangan dan pelaksanaan kelak. Hal ini kerana kedua-duanya tidak boleh dilakukan serentak dan jika dilakukan kedua-duanya adalah tidak sah.

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang mahu melaksanakan ibadah korban murah, mudah dan cepat kerana kekangan wang dan tidak mahu menempuh renyah urusan korban.

Hanya daftar, bayar dan sembelihan dilakukan dalam tempoh sembelihan korban. Daging korban akan terus diagihkan kepada fakir miskin sekitar Mekah. Anda juga akan menerima sijil sebagai bukti penyertaan.

Mulakan ibadah korban anda dengan menekan gambar di bawah.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan