1 Bahagian Korban Untuk Satu Keluarga? Ini Kiraannya!

agihan daging korban yang adil

Persoalan lazim yang sering ditanya orang ramai adalah, bolehkah 1 bahagian korban dikongsi untuk satu keluarga?

Persoalan ini kerap ditanya ramai kerana mahu melakukan korban namun masih tidak berkemampuan untuk membeli 1 bahagian korban.

Teruskan membaca untuk mengetahui hukum guna haiwan lembu untuk korban dan jawapan daripada mufti mengenai perkongsian 1 bahagian keluar untuk satu keluarga.

wakil korban lembu

Hukum Guna Lembu Untuk Korban

Lembu tergolong dalam syarat binatang korban iaitu perlu menggunakan haiwan ternakan. Maka, jika ada kemampuan untuk berkorban dengan lembu, maka dibolehkan.

Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)

Syarat Lembu Untuk Korban

          1. Sihat & Bebas Penyakit

Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

          2. Tiada Kecacatan Kekal

Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak atau kecacatan yang lain sepertinya.

Jenis Kecacatan Haiwan

  • Buta
  • Berkudis
  • Bunting
  • Tempang
  • Tidak bertelinga
  • Kurus & kurang daging
  • Terpotong lidah & ekor

        3. Capai Umur Minimum

Syarat umur lembu untuk dijadikan korban secara sah adalah  pada umur 2 Tahun masuk 3 tahun.

Baca : Dalil & Fadilat Ibadah Korban (Berdasarkan Hadith Nabi saw)

Cara Agihan Daging Korban Yang Lengkap

        Hanya sedikit atau 1/3 Untuk Pihak korban & Keluarga

        1/3 hingga 2/3 Untuk Golongan Fakir Miskin

        Baki atau 1/3 Untuk Sahabat & Jiran Tetangga

 

bahagian potongan daging lembu korban

Bahagian Korban Lembu Yang Lengkap

Senarai yang dikongsi di bawah adalah potongan yang biasa dilakukan peniaga daging lembu.

Perlu maklum yang kulit, perut, lidah, tetel, tulang ekor dan bahagian lembu yang lain yang bukan daging juga termasuk dalam agihan daging korban. Semua ini perlu diuruskan agihannya dengan baik

          1. Bahu (Chuck)

Bahagian daging yang lembut. Namun  kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.

          2. Tulang Rusuk (Rib)

Daging dibahagian tulang agak, lembut dan manis serta mempunyai rasa yang unik.

          3. Belakang Lembu (Short Loin)

Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak. Biasanya menjadi alternatif kepada sirloin.

          4. Batang Pinang (Sirloin)

Bahagian daging lembu yang terbaik kerana ia mempunyai tekstur paling lembut dan agak terhad pada bahagian lembut. Nilainya juga tinggi dan menjadi rebutan. Antara bahagian yang kerap ‘hilang’ semasa proses agihan.

          5. Daging Punggung (Round)

Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.

          6. Bawah Rusuk (Plate)

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak yang agak banyak.S

          7. Bahu – Dada (Brisket)

Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.

          8. Kaki (Shank)

Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.

          9. Perut – Kaki (Flank)

Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.

Boleh Berkongsi untuk 1 keluarga untuk satu bahagian lembu?

Jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

Perkara ini pernah dibincangkan oleh ulama. Misalnya, seseorang itu berkorban seekor kambing atau satu bahagian lembu untuk dirinya, untuk keluarganya, dan orang lain.

Dalam sebuah hadis Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (no. 1967) dalam Sahihnya, bahawa Rasulullah SAW berkorban dua ekor kibasy dan bersabda:

 

بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.

Berkata Imam al-Nawawi:

“Ulama berpandukan hadis ini bagi membenarkan ibadah korban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”

Rujuk al-Minhaj (1967)

Kesimpulan

Berdasarkan jawapan yang diberikan mufti, maka dibolehkan untuk berkongsi 1 bahagian untuk satu keluarga.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan