Peserta korban perlu cakna dengan pantang larang korban. Ini termasuk dengan amalan sunat yang perlu dlakukan sepanjang 9 hari pada awal bulan Zulhijjah.
Amalan ini adalah berpendapat haram jika dilanggar.
Perkongsian kali ini berkenaan dengan amalan-amalam sunat peserta korban dan luga pantang larang korban yang perlu dijaga.
Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)
Apa Itu Ibadah Korban?
Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan pada Hari Raya Haji atau sepanjang tiga Hari Tasyrik.
Siapa Patut Laksana Korban?
Sebagai orang islam, kita dianjurkan untuk melaksanakan korban apabila berkemampuan. Ini bagi mendidik hati kita agak tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan menggalakkan perkongsian rezeki.
Baca : Potong Kuku Sebelum Korban? Ini Tertib Penuh (LENGKAP)
Tarikh Penting Dalam Ibadah Korban
1. Hari Arafah (9 Zulhijjah)
2. Hari Raya Aidiladha atau Hari Nahar (10 Zulhijjah)
3. Hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)
Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)
Pantang Larang Korban Lengkap
1. Tidak Boleh Memotong Kuku
2. Tidak Boleh Menggunting Rambut
3. Tidak Boleh Mencukur Bulu Badan
Bila Pantang Larang Korban Bermula?
Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya.
Ini termasuk tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.H bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
Jadi dari sudut tempoh waktu, ia bermula dari terbenam matahari malam 1 Zulhijjah sehinggalah haiwan korban telah disembelih.
Amalan Sunat Untuk Peserta Korban
1. Berpuasa Sunat
Digalakkan untuk berpuasa sunat dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. Tarikh 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat digalakkan untuk berpuasa
2. Tidak Memotong Kuku & Rambut
Sebaik sahaja berniat untuk berkorban, maka disunatkan untuk tidak memotong kuku dan menggunting rambut. Imam Nawawi R.H mengatakan yang ia supaya anggota badan itu semuanya akan bebas daripada api neraka kelak.
3. Beramal Soleh & Berzikir
Sepanjang tempoh 9 hari berkenaan, disunatkan agar banyak membaca al-quran, berzikir tasbih, tahmid dan takbir, bersedelah dan lain-lain lagi
4. Memilih Haiwan Sihat & Terbaik
Korban yang terbaik adalah daripada haiwan yang terbaik. Setelah dipilih, haiwan itu perlulah ditambah dan diberi makan sehingga dikorbankan.
Proses ini penting kerana, jika haiwan berkenaan cacat sebelum disembelih, seperti terpotong telinga atau cedera, maka ia tidak lagi dikira sebagai haiwan yang sah untuk dikorbankan.
5. Agih Daging Korban Secara Adil
Setelah dikorbankan peserta korban perlu mengambil initiatif untuk mengagihkan daging korban secara adil. Jika diurus sendiri, maka uruslah pembahagian termasuk kulit, lidah, perut, tetel dan sebagainya.
Untuk lebih afdal, hanya ambil sedikit sekadar berkat dan disedekahkan selebihnya kepada fakir miskin.