Potong Kuku Sebelum Korban? Ini Tertib Penuh (LENGKAP)

Ramai tidak tahu yang tidak sepatutnya potong kuku apabila berniat korban.

Larangan ini berdasarkan sebuah hadis sahih dan ulama mempunyai pelbagai pendapat jika melarangnya.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui larangan potong kuku jika berkorban.

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

peserta korban lembu korban

Pantang Larang Korban Untuk Peserta

        1. Tak Boleh Potong Kuku

        2. Tak Boleh Gunting Rambut

        3. Tak Boleh Cukur Bulu Badan

Kenapa Kena Tangguh Potong Kuku Bila Korban?

Penangguhan ini berdasarkan hadis daripada Ummu Salamah R.A bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

 

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Siapa Kena Tangguh Potong Kuku?

Mereka yang berniat korban hendaklah menangguh sementara. Berdasarkan hadis yang dikongsikan tadi, jelas mengatakan yang larangan ini bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan mereka disembelih.

pantang larang korban

Bila Peserta Korban Boleh Memotong Kuku?

Peserta korban boleh memotong kuku sebaik sahaja korban mereka selesai dilaksanakan.

Hukum Potong Kuku Korban Menurut Ulama’

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadis di atas, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku.

Ini pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafie.

Adapun al-Imam al-Syafie dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Hikmah Larangan Memotong Kuku & Rambut

Daripada Imam Nawawi Rahimahullah dalam syarahnya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Pada masa sama, ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

Tarikh Akhir Potong Kuku & Rambut Peserta Korban

Jika peserta korban mahu kelihatan kemas, maka disyorkan agar memotong kuku dan bercukur sebelum terbenamnya matahari malam 1 Zulhijjah.

Kesimpulan

Jadi jika anda peserta korban tahun ini, maka ikutilah larangan potong kuku ini bermula dari maghrib pada malam 1 Zulhijjah sehingga korban anda selesai disembelih.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan