Cara Lengkap & Adil Agihan Daging Korban (Panduan)

Ramai yang masih ragu-ragu dengan cara agihan daging korban. Keraguan mereka merangkumi persoalan adalah daging itu mereka harus diberikan keseluruhannya kepada orang miskin atau mereka boleh mengambil sebahagian daripada daging korban.

Bagaimana pula mereka yang menolong dalam proses menyembelih, melapah daging, adakah mereka berhak mengambil daging korban?

Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara agihan daging korban yang afdal dan mengikut sunnah.

Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Cara Agihan Daging Korban Yang Lengkap

        1/3 Untuk Pihak korban & Keluarga

Jika berkorban sunat, peserta korban boleh mengambil sebanyak 1/3 daripada daging korbannya.

Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat.

        1/3 Untuk Golongan Fakir Miskin

Setelah orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan baki sebanyak 1/3 baki boleh diedarkan kepada golongan fakir miskin.

        1/3 Untuk Sahabat & Jiran Tetangga

Baki 1/3 boleh diberikan kepada sahabat dan jiran tetangga. Namun memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

pembahagian daging korban sebanyak 1/3

Salah faham Dalam Agihan Daging Korban

1.    Menjadikan daging korban sebagai upah kerja

Terdapat larangan memberikan daging atau bahagian lain dari haiwan korban sebagai upah kerja kepada penyembelih, pelapah dan petugas. Ini kerana ia seperti menjual daging korban lalu membeli tenaga kerja.

Ini termaktub dalam hadis-hadis sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.

 

Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا

 

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).

 

Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali:

نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

 

“Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

Walau bagaimanapun, pemberian kepada penyembelih daripada bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah.

Ertinya, dibolehkan memberikan kepada penyembelih atau pelapah atau sesiapa yang bekerja untuk urusan korban atas sebab kemiskinan atau persahabatan. Ini bermaksud sekiranya tanpa sebarang kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan.

Untuk lebih memudahkan, upah terlebih dahulu diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebelum bermulakan proses korban.

Jika ketika pembahagian kepada orang ramai, diberikan mereka atas dasar pemberian biasa seperti orang lain yang hadir, maka ia dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.

agihan daging korban yang adil

2.    Mengambil Daging Korban Tanpa Izin

Daging korban adalah milik pembuat korban. Pihak pengurusan masjid, surau atau pihak penganjur majlis ibadah korban dilarang bertindak sesuka hati mengagihkan daging korban kepada sesiapa sahaja tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu.

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَبَقِيَ فِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَيْءٌ» فَلَمَّا كَانَ العَامُ المُقْبِلُ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ المَاضِي؟ قَالَ: كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا، فَإِنَّ ذَلِكَ العَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ، فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا

 

Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa kalangan kamu yang menyembelih korban maka jangan sehingga tiga hari masih berbaki di rumahnya walaupun sedikit daging”. Apabila tahun berikutnya para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apakah kami kena lakukan seperti tahun lepas (tidak boleh simpan daging lebih dari tiga hari)? Sabda Nabi: “Sila makan, jamu orang lain dan simpanlah. Sesungguhnya tahun lepas orang ramai dalam kesusahan (kekurangan makanan) maka aku ketika itu mahu kamu menolong mereka”. (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan, tuan korban berhak dalam menentukan daging korbannya sama ada mahu memakan, atau memberikan kepada sesiapa atau menyimpannya.

Perkara ‘mengambil daging senyap-senyap’ ini biasanya terjadi di tempat di mana daging korban sedang dilapah dan dibahagikan.

Ada yang sanggup mengambil daging terutama bahagian-bahagian yang mereka suka tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada empunya korban.

Mereka berbuat demikian atas alasan, mereka tetap akan menerima daging korban selepas selesai majlis atau upah. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan sebagai upah.

Perlu diingat, mengambil daging korban orang lain tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya yang berniat adalah haram kerana sama dengan mencuri harta orang lain.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan