Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

laung azan

Di Malaysia, amalan baca doa selepas azan dan iqamah kurang popular. Apa yang menyedihkan, ramai yang culas dengan doa selepas azan. Walhal sebenarnya banyak fadilat apabila kita mengamalkannya

Benar, ia adalah amalan sunat. Namun, bukan beerti ia sebuah amalan yang kita tidak perlu praktikkan.

Berikut adalah perkongsian mengenai azan serta merangkumi sejarah azan.

Sejarah Azan Dalam Islam

Abdullah bin Zaid r.a dan Umar bin al-Khattab r.a mendapat mimpi mengenai azan.

Hal ini diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:

لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).

Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).

Riwayat Abu Daud (449)

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:

إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.”

Riwayat Abu Daud (449)

Baca : Doa Untuk Ibu Bapa & Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

imam sedang azan

Orang Pertama Melaung Azan

Bilal bin Rabah merupakan orang pertama melaungkan Azan

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Dan namanya disebut di dalam hadis, daripada Ibn Umar r.a katanya: Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat.

Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani,

dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi.

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya: Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.”

Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)

Hadis ini adalah sebelum adalah hadis bagaimana bacaan dan laungan azan.

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Hukum Azan (Wajib atau Sunnah)

Fi sisi mazhab Imam al-Syafi’e, hukum melaungkan azan dan iqamah adalah sunat muakkad untuk kesemua lima solat fardhu. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :

مَذْهَبُنَا الْمَشْهُورُ أَنَّهُمَا سُنَّةٌ لِكُلِّ الصَّلَوَاتِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ لِلْجَمَاعَةِ وَالْمُنْفَرِدِ لَا يَجِبَانِ بِحَالٍ فَإِنْ تَرَكَهُمَا صَحَّتْ صَلَاةُ الْمُنْفَرِدِ وَالْجَمَاعَةِ

Maksudnya : ‘’(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah’’.

Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/82).

doa lepas azan

Doa Selepas Azan

Lafaz Arab

Lafaz Rumi

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksud Doa Selepas Azan

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Bila Perlu Azan

1. Solat Fardhu

2. Ditimpa Musibah

3. Keluar Bermusafir

4 Perkara Sunnah Dalam Azan & Iqamah

1. Baca Selawat Sebelum Azan

Berdasarkan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya sunat membaca selawat selepas azan lebih tepat

Ini berdasarkan hadis yang sahih maka sunat juga selepas daripada iqamah berdasarkan qiyas kepada azan kerana kebiasaannya (taghliban), iqamah juga disebutkan sebagai azan  berdasarkan hadis yang sahih seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Meskipun perbuatan selawat itu adalah sesuatu yang baik, namun mengikuti nas hadith (selawat di baca selepas azan) adalah lebih utama dan ianya juga adalah sebagai langkah berhati-hati dalam beramal kerana tiada hadis sahih berkenaan selawat sebelum azan.

2. Menjawab Azan

Apabila kita mendengar suara azan, kita disunnahkan untuk menjawab azan tersebut sebagaimana yang diucapkan oleh muazin.

Kecuali ucapan berikut

– “Hayya alash shalah” dijawab La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

– “Hayya alal falah” dijawab La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

– “As shalatu khairum minan naum” (dalam azan Subuh). dijawab hadaqta wa bararta wa ana ‘ala dzalika minasy syahidin (Benarlah engkau dan baguslah ucapanmu dan saya termasuk orang-orang yang menyaksikan kebenaran itu)

3. Berdoa Di Antara Azan & Iqamah

4. Solat Sunat Rawatib Di Antara Azan & Iqamah

Dalam hadis ada disebutkan juga iqamah itu dengan azan iaitu:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ

Maksudnya: Diantara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) itu terdapatnya solat (solat sunat).

Riwayat Al-Bukhari (627) & Muslim (838)

Kesimpulan

Amalan membaca doa selepas azan perlu dilazimi setiap hari. Memang benar ia sebuah amalan sunat.

Namun, manfaat amalan doa ini sangat besar dan tidak boleh diketepikan.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan