9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Sebagai ibu dan bapa adalah penting untuk kita besarkan anak dengan pendidikan agama kerana doa anak soleh & solehah merupakan sumber kebaikan yang tidak putus buat para ibu bapa walaupun sesudah mati.

Jadi, selain berdoa, kita perlu melaburkan masa dengan tenaga untuk memastikan anak-anak dibesarkan menjadi soleh solehah.

Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan doa-doa kepada anak-anak kita. Rujuk senarai doa dibawah untu kegunaan harian anda.

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

sujud dalam doa untuk anak

Kenapa Ibu Bapa Kena Doakan Anak?

Doa Seorang Ibu Tiada Hijabnya

Doa ibubapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]

Doa Ibu Bapa Pada Anak, Seperti Doa Nabi Pada Ummatnya

Daripada Anas bin Malik r.a, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.

Namunkami berpandangan bahawa hadis tersebut adalah tidak sahih atau palsu daripada Nabi SAW sebagaimana yang diulas oleh Mufti Wilayah

Hadith Tentang Doa Anak

Sabda Nabi SAW:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]

Baca : Doa Untuk Ibu Bapa & Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

 Cara Berdoa Yang Betul Untuk Anak

1. Menghadap Kiblat

2. Mengangkat Tangan

3. Penuh Harapan Pada Allah

4. Yakin Doa Akan Dikabulkan

5. Ulang Doa Tersebut

6. Tidak Tergesa-gesa

anak lelaki islam

Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah

1. Doa Anak Rajin Solat

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ

“Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doaku.”

2. Doa Anak Degil

طه (1) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (3) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (4) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (5)

Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5)

3. Doa Melembutkan Hati Anak

للَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kvat, lagi Maha Kvasa

4. Doa Anak Berjaya Dunia Akhirat

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏.

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

5. Doa Terbaik Untuk Anak

اللهم احفظ اولاد  وا شفهم انت شاف لا شفاء الا شفاءك لا يغادر سقما . اللهم اجعلهم صحيحا كاملا جاملا حاذقا عالما ذكيا مؤمنا صالحا. اللهم احسن خلقهم و خلقهم وافصح لسانهم واحسن صوتهم لقراءة القران والحديث ببركة سيد نا محمد صلى الله عليه وسلم .

Ya Allah! peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Qur’an dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

Baca : Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

anak lelaki islam

6. Doa Anak Soleh Dan Bijak

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

7. Doa Untuk Anak Sihat

Ertinya: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh.

Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H, hal 113).

8. Doa Keselamatan Anak

رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥)

(Al-Ahqaaf Ayat 15)

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

9. Doa Anak Menangis Malam

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Baca : 9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir Untuk Ayah & Ibu (Edisi 2023)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan