Dalil & Fadilat Ibadah Korban (Berdasarkan Hadith Nabi saw)

ibadah korban lembu

Ibadah korban merupakan ibadah yang mempunyai fadilat yang besar. Ia merupakan sunnah yang sentiasa dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan sangat dianjurkan untuk melakukannya.

Ada beberapa hadis yang menunjukkan betapa besarnya fadilat korban, maka ia sebuah ibadah yang harus kita lakukan sebaik sahaja kita berkemanpuan.

Artikel kali ini berkongi mengenai hadis-hadis korban serta fadilat ibadah korban.

Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)

Maksud & Definisi Korban

        Maksud Korban

Korban pada nama bermaksud bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha

        Definisi Ibadah Korban

Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu

Kelebihan Korban Menurut Islam

        1. Menggalak Aktiviti Ternakan Haiwan

Korban dilaksanakan setahun sekali. Permintaan terhadap haiwan ternakan dapat menggalakakn aktiviti ternakan haiwan dan secara tidak langsung menjaga ekonomi masyarakat islam.

        2. Saluran Bantuan Pada Golongan Fakir & Miskin

Daging korban lebih adfal disedekahkan kepada orang fakir miskin. Jadi ini mendidik kita agar tidak mementingkan diri.

        3. Menghidupkan Ibadah Para Nabi & Rasulullah SAW

Baginda SAW sentiasa melaksanakan korban. Kita sebagai pengikutnya perlu menghidupkan sunnah baginda sebaik mungkin.

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

niat korban lembu

Hadis Korban Dari Rasulullah saw

1. Hadis Korban Riwayat Ad-Dailami

 

Gemukkanlah haiwan-haiwan korban kalian, kerana sungguh haiwan itu adalah kendaraan kalian saat melewati sirat (jambatan) kelak (HR. Ad-Dailami no. 628).

Hadis ini diriwayatkan dari Sahabat Abu Hurairah ra. Namun, para ulama menilai sanad hadis ini sangat lemah, di antaranya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam As-Sakhawi, dan Imam Suyuti.

        2. Hadis Korban Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

 

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW, maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan, maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

 

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

        3. Hadis Korban Riwayat al-Hakim

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan Imran bin Husain r.a, Nabi s.a.w memerintahkan anak perempuan baginda, Fatimah datang semasa sesi penyembelihan binatang korban kerana bila darah pertama binatang tersebut jatuh ke bumi, Allah memberi pengampunan pada dosa-dosanya yang lalu. (Riwayat Hakim)

          4. Hadis Korban Riwayat Imam Ibnu Majah

 

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan al-Hakim, katanya: “Sahih sanadnya”. Namun begitu, terdapat pada sanadnya ‘A’izullah al-Mujasyi’i dan Abu Dawud al-A’ma, dua perawi bermasalah yang menjadikan sanad hadis ini sangat daif

Fadilat Ibadah Korban

        1. Bantu Golongan Yang Fakir & Miskin

Berkorban mendidik kita yang rezeki adalah pemberian Allah SWT. Maka ini mengajarkan kita agar tidak sombong dengan hasil titik peluh kita.

        2. Menyucikan Diri Peserta Korban

Ibadah korban mempunyai pelbagai syarat sah yang perlu dipenuhi, bermula daripada pemilihan haiwan, proses sembelihan dan juga agihan daging. Semua ini menguji iman dan kesabaran orang yang berkorban

        3. Merapatkan Ukhwah & Silaturrahim

Pelaksanaan ibadah korban memerlukan tenaga yang ramai. Jadi sepanjang proses korban ini dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga, ahli qariah dan juga jurang antara mereka yang berada dan kurang berkemampuan.

Baca : 5 Fadilat Buat Ibadah Korban Untuk Yang Berkemampuan

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan