9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir Untuk Ayah & Ibu (Edisi 2023)

doa anak baru lahir

Membaca doa untuk bayi baru lahir merupakan tanggungjawab seorang ayah  dan ibu sebagai tanda kita mahu melindunginya dari sebarang anasir jahat dari makhluk, bala bencana, musibah dan ujian yang berat.

Doa merupakan senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa. Doa menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

al-Ghafir:60

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Berikut adalah himpunan doa-doa yang anda boleh amalkan kepada anak anda yang baru lahir.

Baca : Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir

1. Doa Sewaktu Bayi Baru Lahir

Aisyah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ mendoakan seorang kanak-kanak:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ بَاسا [بَارًا] رَشِيدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا

Maksudnya: “Ya Allah! Aku bermohon engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas, serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik.”

Riwayat Abu Nu`aim (2/84) dalam Tarikh Asbahanial-Jami` al-Kabir (no.269)

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

2. Doa Supaya Anak Sihat

“Tuhanku, Tuhan sekalian alam, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.

Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,”

(Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H, hal 113).

3. Doa Perlindungan Anak

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)

4. Doa Diberi Barakah Pada Anak

اللهم احفظ اولاد  وا شفهم انت شاف لا شفاء الا شفاءك لا يغادر سقما . اللهم اجعلهم صحيحا كاملا جاملا حاذقا عالما ذكيا مؤمنا صالحا. اللهم احسن خلقهم و خلقهم وافصح لسانهم واحسن صوتهم لقراءة القران والحديث ببركة سيد نا محمد صلى الله عليه وسلم .

Ya Allah! peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Qur’an dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

5. Doa Dari Pandangan Yang Jahat

Untuk bayi lelaki, boleh dibaca:

أُعِيْذُهُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ  وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

Untuk bayi perempuan, boleh dibaca:

أُعِيْذُهَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ  وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

Baca : Doa Untuk Ibu Bapa & Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

anak ibu mengaji

6. Doa Anak Menjadi Soleh Solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

7. Doa Anak Mendengar Kata Ibu Bapa

للَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Baca : 5 Doa Untuk Anak Jadi Soleh, Bijak & Dengar Kata (LENGKAP)

 

sujud dalam doa untuk anak

8. Doa Anak Rajin Solat

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ

“Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doaku.”

9. Doa Anak Berjaya Dunia Akhirat

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏.

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

Kesimpulan

Doa adalah senjata orang mukmin dan sebagai ibu bapa, kita perlu menjadi pelindung kepada anak yang masih lemah daripada anasir-anasir jahat.

Mengamalkan berdoa sejak bayi lahir lagi insya-Allah dapat melindungi daripada syaitan, dengki dan hasad manusia di samping dapat membesar dengan hati yang ilah-nya kepada Allah SWT.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan