Tahukah anda, orang yang buat perkara sunat korban dalam ibadah korban berdasarkan amalan sunnah Rasulullah akan dapat pahala berganda? Ibadah korban lebih sempurna apabila kita melaksanakan perkara sunat korban.
Melaksanakannya membolehkan kita lebih bertaqarrub kepada Allah dan menerima lebih banyak ganjaran insya-Allah.
Artikel ini berkongsi mengenai fadilat ibadah korban dan juga perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan untuk pelaksana ibadah korban.
Fadilat Ibadah Korban
1. Menegakkan Ketaqwaan
2. Amalan Sunnah Rasulullah SAW
3. Menaikkan Nilai Manusiawi
4. Bantu Muslim Yang Dalam Kesusahan
5. Dekatkan Diri Kepada Allah SWT
6. Menyucikan Diri & Harta Benda
Baca : Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)
Perkara Sunat Korban (LENGKAP)
1. Pilih Haiwan Yang Sihat & Terbaik
Adalah sunat kita memilih korban yang paling baik, cantik dan sihat. Hal ini kerana korban yang terbaik adalah daripada rezeki yang terbaik.
2. Sembelihan Dijaga Dengan Baik & Disembelih Pada Waktunya
Setelah haiwan korban dipilih, hendaklah ia ditambak rapi dan diberi makan. Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan hari-hari tasyrik.
Baca : Potong Kuku Sebelum Korban? Ini Tertib Penuh (LENGKAP)
3. Tidak Potong kuku & Rambut Selama 10 Hari
Sunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.
Baca : Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ وَعِنْدَهُ أُضْحِيَّةٌ يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأْخُذَنَّ شَعْرًا وَلاَ يَقْلِمَنَّ ظُفُرًا
Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh (hari Zulhijjah) dan seseorang itu mempunyai haiwan korban yang dia hendak menyembelihnya, maka janganlah dia memotong rambutnya dan jangan dia memotong kukunya.” [HR Muslim, hadis sahih]
Anjuran ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafie beserta ashabnya yang lain. Namun larangan ini hanya larangan makruh. Hikmah larangan adalah supaya ibadah korban ini menyamai mereka yang sedang berihram haji.
Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)
4. Menggunakan Pisau Yang Tajam.
Sebagaimana perkara sunat sembelihan, sembelihan korban juga sunat menggunakan pisau atau parang yang tajam. Ini bertujuan untuk tidak menyeksa binatang yang disembelih dan memudahkan haiwan mati kerana disembelih.
Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)
5. Membaca Bismillah, Selawat dan Takbir.
Jika terlupa membaca bismillah, sembelihan masih sah, hanya makruh ditinggalkan dengan sengaja. Setelah itu berselawat semasa menyembelih dan mengucapkan takbir tiga kali selepas selepas menyembelih.
6. Bahagikan Daging Korban Secara Adil.
Daging korban perlu dipastikan agihannya kepada orang yang telah disenaraikan terutama fakir dan miskin. Pada masa yang sama daging korban wajib juga perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penerima.
Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)
7. Bersedekah Pada Orang Memerlukan.
Daging korban perlu sampai kepada golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka. Lagi-lagi mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
Baca :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)
Bila Boleh Potong Kuku Sewaktu Korban?
Orang Yang Tak Buat Korban
Mereka yang tidak berkorban, boleh meneruskan sunat memotong kuku pada hari jumaat atau bila-bila masa.
Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)
Orang Yang Buat Ibadah Korban
Mereka yang berniat korban hanya boleh memotong kuku setelah haiwan korban disembelih dengan sempurna.
Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)