Ibadah korban merupakan ibadah yang sangat dianjurkan dalam islam. Ia merupakan sunnah yang sentiasa dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Pelaksanaannya mempunyai pelbagai fadilat. Ada beberapa ulama’ yang menjatuhkan wajib untuk berkorban apabila mampu berdasarkan sebuah hadis.
Teruskan pembacaan untuk mengetahu apa itu ibadah korban, jenis-jenis korban dan fadilat serta manfaatnya.
Apa Itu Ibadah Korban?
Maksud Ibadah Korban
Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyri’ (11-13 Zulhijjah)
Jenis Ibadah Korban Dalam Islam
1. Korban Sunat
Sunat Muakkad : Sunat yang dituntut bagi orang yang berkemampuan.
2. Korban Nazar
Wajib : Buat mereka yang berniat korban nazar.
Kelebihan Melaksanakan Ibadah Korban
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
Sejarah Ibadah Korban Para Nabi
1. Nabi Adam as
2. Nabi Nuh as
3. Nabi Ibrahim as
4. Nabi Musa as
5. Abdul Mutalib (Datuk Nabi SAW)
6. Nabi Muhammd SAW
7. Kaum Yunani, Rom & Farsi
Dalil Ibadah Korban Dalam Alquran
1. Surah Al-Kauthar
Surah al-Kauthar : ayat 1-
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
2. Surah Al-Maidah
Surah Al-Maidah (27), Allah berfirman;
Maksudnya: Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa.
3. Surah Al-Hajj
Dalam surah al-Hajj ayat 36, Allah berfirman;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Dalil Ibadah Korban Dalam Hadith Nabi saw
1. Hadis Korban Riwayat Ad-Dailami
Gemukkanlah haiwan-haiwan korban kalian, kerana sungguh haiwan itu adalah kendaraan kalian saat melewati sirat (jambatan) kelak (HR. Ad-Dailami no. 628).
Hadis ini juga diriwayatkan dari Sahabat Abu Hurairah ra. Namun, para ulama menilai sanad hadis ini sangat lemah, di antaranya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam As-Sakhawi, dan Imam Suyuti.
2. Hadis Korban Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah
Sabda Rasulullah SAW; Maksudnya;
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW; Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan; Maksudnya;
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.
3. Hadis Korban Riwayat al-Hakim
Dalam satu hadis lain daripada Imran bin Husain r.a, Nabi SAW memerintahkan anak perempuan baginda, Fatimah datang semasa sesi penyembelihan binatang korban kerana bila darah pertama binatang tersebut jatuh ke bumi, Allah memberi pengampunan pada dosa-dosanya yang lalu. (Riwayat Hakim)
4. Hadis Korban Riwayat Imam Ibnu Majah
Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah SAW bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya maksudnya :“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan al-Hakim, katanya: “Sahih sanadnya”. Namun begitu, terdapat pada sanadnya ‘A’izullah al-Mujasyi’i dan Abu Dawud al-A’ma, dua perawi bermasalah yang menjadikan sanad hadis ini sangat daif.
Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)
Hukum Hakam Ibadah Korban
1. Sembelih Pada Tarikhnya
Korban haruslah dilaksanakan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)
2. Sembelih Haiwan Terbaik & Sihat
Korban yang terbaik adalah daripada haiwan yang terbaik. Haiwan korban perlu sempurna dah tidak boleh ada sebarang kecacatan termasuk tanduk yang patah.
3. Haiwan Ternakan Capai Umur Sembelihan
Umur sembelihan adalah umur di mana saiz haiwan berkenaan sesuai untuk dijadikan korban lalu diagihkan.
4. Membahagikan Daging Korban Secara Adil
Pembahagian yang biasanya dilakukan adalah 1/3 untuk diri sendiri, fakir miskin dan orang ramai. Namun menyedekahkan keseluruhannya dan hanya mengambil sedikit untuk sekadar berkat adalah lebih afdal.
5. Niat Ibadah Korban Kerana Allah swt
Niat korban hanyalah untuk mendekati diri kepada Allah SWT dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.
Baca : 1 Bahagian Korban Untuk Satu Keluarga? Ini Kiraannya!
Siapa Patut Berkorban?
1. Orang Islam
2. Berkemampuan Dari Segi Harta
Fadilat Beribadah Korban Dalam Islam
1. Berkongsi rezeki & nikmat Allah.
Berkorban mendidik kita yang rezeki adalah pemberian Allah SWT. Maka ini mengajarkan kita agar tidak sombong dengan hasil titik peluh kita.
2. Didik diri untuk jauhkan diri dari harta
Daging korban lebih adfal disedekahkan kepada orang fakir miskin. Jadi ini mendidik kita agar tidak mementingkan diri.
3. Uji iman & mental orang yang berkorban.
Ibadah inimempunyai pelbagai syarat sah yang perlu dipenuhi, bermula daripada pemilihan haiwan, proses sembelihan dan juga agihan daging. Semua ini menguji iman dan kesabaran orang yang berkorban
4. Budayakan syiar Islam dalam masyarakat
Berkorban merupakan sunnah yang sentiasa dilaksanakan Baginda SAW. Pelaksanaan korban setiap tahun secara tidak langsung menghidupkan budaya islam.
5. Rapatkan silaturrahim di kalangan orang Islam”
Pelaksanaan ibadah korban memerlukan tenaga yang ramai. Jadi sepanjang proses korban ini dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga, ahli qariah dan juga jurang antara mereka yang berada dan kurang berkemampuan.