5 Doa Untuk Anak Jadi Soleh, Bijak & Dengar Kata (LENGKAP)

sujud dalam doa untuk anak

Majoriti ramai ibu bapa tahu yang doa untuk anak adalah tanggungjawab  hakiki yang ibu bapa perlu pikul.

Ini kerana doa ibu bapa biasanya mustajab. Bahkan sebarang kata-kata yang terluah juga boleh menjadi doa.

Jadi sebagai ibu bapa yang beriman dan mementing kesejahteraan anak, kita perlu amalkan doa-doa untuk diri kita, keluarga dan tidak lupa anak-anak.

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa dan juga senarai doa yang boleh diamalkan.

Baca : Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

Kenapa Perlu Berdoa?

Kita tahu yang doa merupakan senjata orang-orang beriman. Untungnya kita sebagai hamba Allah, kita tidak perlu perantara untuk berhubung terus dengan Maha Pencipta.

Apabila kita berdoa, kita mengingatkan diri kita yang kita ini manusia lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan.

Bahkan Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya menerusi surah al-Ghafir ayat 60

 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Dalil Tentang Berdoa Untuk Anak

Doa ibu bapa adalah mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.

Riwayat Ibn Majah (3862) – Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi

Berikut adalah doa-doa yang boleh kita amalkan untuk memperoleh anak-anak yang baik, insya-Allah.

Baca : 9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir Untuk Ayah & Ibu (Edisi 2023)

anak lelaki berdoa

Doa-doa Untuk Anak

Doa Lembut Hati Anak

 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

Maksudnya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa

Doa Anak Jadi Soleh Dan Bijak

 

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

 

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Doa Untuk Kesejahteraan Anak

 

اللهم احفظ اولاد  وا شفهم انت شاف لا شفاء الا شفاءك لا يغادر سقما . اللهم اجعلهم صحيحا كاملا جاملا حاذقا عالما ذكيا مؤمنا صالحا. اللهم احسن خلقهم و خلقهم وافصح لسانهم واحسن صوتهم لقراءة القران والحديث ببركة سيد نا محمد صلى الله عليه وسلم .

 

Maksudnya: Ya Allah! Peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! Jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! Baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

 

Doa Anak Dengar Kata Ibu Bapa

 

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏.

 

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

 

 

Doa Anak Degil Supaya Lembut Hati

 

طه (1) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (3) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (4) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (5)

 

Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5)

Kesimpulan

Sebagai ibu bapa yang beragama islam, kita perlu menlazimi doa dalam seharian hidup kita.

Dengan cara ini, anak-anak juga akan turut mencontohi amal kita, insya-Allah.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan