4 Perbezaan Korban dan Akikah Anda Perlu Tahu (Edisi Terkini)

kambing akikah korban aqiqahcentre

Ramai yang masih keliru perbezaan akikah dan korban. Ia seolah-olah serupanya tapi sebenarnya sangat berbeza.

Kekeliruan berlaku apabila kita tidak cakna mengapa sesebuah ibadah itu dilakukan.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai bezanya antara akikah dan korban, teruskan baca artikel ini.

Apa Itu Akikah?

Ibadah akikah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “akikah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Apa Itu Korban?

Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Korban hanya boleh dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Zulhijjah sahaja.

Ianya tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan

Hukum Akikah dan Korban

Hukum kedua-duanya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

kambing di mekah untuk aqiqah

Perbezaan Korban dan Akikah

1. Niat Ibadah

Korban

Tiada lafaz khusus bagi niat korban.Sekadar boleh disebut di dalam hati semasa mengembelih atau membeli ternakan qurban.

Contoh: “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Taala.”

Tetapi perlu berhati-hati jika ia adalah korban nazar.

Akikah

Bacaan ini perlulah dibacakan ketika sembelihan sedang dilakukan.

Bacaan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]

Maksudnya: Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah akikah fulaan

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diakikahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan di dalam hati juga telah mencukupi.

2. Waktu Ibadah

Waktu ibadah korban spesifik dan tetap. Ia hanya boleh dilaksanakan pada tarikh 10, 11, 12 dan juga 13 Zulhijjah iaitu pada 4 hari sahaja untuk setiap tahun.

Manakala ibadah akikah ini dilaksanakan khas untuk bayi yang baru dilahirkan. Ini maksud, tarikh aqiqah boleh bila-bila masa.

Cumanya, akikah itu adalah lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari ketujuh anak berikut dilahirkan

3. Jenis Haiwan

Kedua-duanya menggunakan haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dan unta. Perlu diingat, keduanya ada syarat-syarat sah sembelihan. Antaranya:

  • Binatang ternakan berkaki empat
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut, sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Umumnya, korban biasanya menggunakan haiwan yang boleh dikongsi beramai-ramai. Akikah pula sinonim dengan menggunakan kambing atau biri-biri.

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

lembu kambing akikah korban

4. Tujuan Ibadah

Akikah

Ibadah tanda syukur bayi selamat dilahirkan dan membesar dengan akhlak yang mulia.

Korban

Niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

Daftar Akikah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah akikah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar akikah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan