Posted on

Tarikh Hari Raya Korban 2023 (Beserta Sejarah Amalan Korban)

Menentukan tarikh Hari Raya Korban menjadi tumpuan untuk tahun 2023 selepas kita menerima raya terkejut pada 2022.

Lalu timbil pertikaian bagaimana penentuan tarikh perayaan islam dalam kalangan masyarakat melayu islam kita.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui kaedah yang diguna pakai untuk menentukan anak bulan dan tarikh sebenar Hari Raya Korban 2023.

Tarikh Hari Raya Korban 2023

Jika 1 Zulhijjah jatuh pada 20 Jun 2023, maka tarikh Hari Raya Korban 2023 adalah pada 29 Jun 2023 untuk Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand mengikut kiraan rukyah hisab.

Baca : Dalil & Fadilat Ibadah Korban (Berdasarkan Hadith Nabi saw)

Cara Menentukan Tarikh Hari Raya Korban

        1. Kaedah Rukyah Dan Hisab

Umumnya, Malaysia menggunakan kaedah rukyah dan hisab dalam menentukan awal bulan hijri. Ini termasuklah tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”

Antara mereka yang bersama membuat pengiraan adalah pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Mereka menggunakan data rasmi yang dikeluarkan JUPEM untuk membuat pengiraan.

Baca : 5 Fadilat Buat Ibadah Korban Untuk Yang Berkemampuan

        2. Kaedah Cerapan Anak Bulan

Kaedah ini adalah kaedah melihat sendiri anak bulan di kaki langit pada maghrib hari ke 29. Aktiviti cerapan anak bulan dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan atau Rukyah yang dipengerusikan oleh Mufti setiap negeri.

Selepas aktiviti cerapan di semua lokasi yang ditetapkan, pengumuman rasmi tarikh perayaan akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut.

Peristiwa Awal Hari Raya Aidiladha

        Peristiwa Nabi Ismail a.s. Dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim mendapatkan perintah daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya. Mendengar hal tersebut Nabi Ismail tanpa ragu mahu ayahnya menerima perintah dari Allah SWT.

Ketika Nabi Ibrahim hendak memotong leher Ismail, terganti Nabi Ismail dengan seekor domba oleh malaikat Jibril. Perintah berkenaan merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menguji ketaatan dan keikhlasan dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

korban kambing pada tarikh hari raya haji

Amalan Korban Oleh Para Nabi

        1. Nabi Adam a.s.

Pada zaman Nabi Adam telah turun ke bumi, kedua anak beliau yang bernama Habil dan Qabil diperintahkan untuk mempersembahkan korban. Korban dari Habil diterima sedangkan Qabil tidak.

        2. Nabi Nuh a.s.

Setelah peristiwa banjir besar, Nabi Nuh kemudian meletakkan korban di tempat tertentu kemudian dibakar.

        3. Nabi Musa a.s.

Cara berkorban semasa zaman Nabi Musa berbeza. Cara dengan melepaskan sebahagian haiwan korban yang dimiliki kemudian sebagiannya lagi disembelih.

        4. Abdullah bin Abdul Mutalib (Bapa Nabi SAW)

Abdul Muthalib adalah atuk kepada Rasulullah SAW. Pernah semasa ayah Nabi SAW, Abdul Muthalib harus berkorban hingga 100 ekor unta untuk menggantikan nazarnya yakni mengorbankan anak terakhirnya, yaitu Abdullah.

        5. Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW ternyata juga pernah melaksanakan korban di waktu Haji Wada setelah solat di Mina. Beliau berqurban dengan seratus ekor unta yang di mana 70 di antaranya baginda sembelih sendiri dan bakinya disembelih oleh Ali bin Abu Thalib.

Baca : Hari Arafah 2023: Puasa, Doa & Amalan Sunat (Lengkap)

Posted on

Hari Arafah 2023: Puasa, Doa & Amalan Sunat (Lengkap)

berdoa dan berpuasa ketika hari arafah

Hari Arafah merupakan antara saat yang ditunggu-tunggu oleh majoriti ummat Islam selepas Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang mengerjakan haji, mereka tidak boleh terlepas daripada berwukuf di sana.

Bagi kita yang tidak mengerjakan haji, ada pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui apa itu hari arafah, amalan-amalan sunat dan juga tarikh tepat untuk kita berpuasa dan merebut fadilatnya.

Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Apa Itu Hari Arafah?

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah. Dipanggil nama sedemikian kerana pada hari tersebut para jemaah haji akan ke Gunung Arafah dari Mina untuk berwukuf.

Pergerakan ini berlaku pada hari kedua haji tahunan, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sejarah Hari Arafah

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sejarah hari tersebut. Antaranya disebabkan pada hari itu manusia sekaliannya mengetahui serta memperakui dosa-dosa mereka maka disitulah dijadikan tempat untuk memperakui dosa-dosa mereka.

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

Asalnya juga disanalah Nabi Adam AS mengakui kesalahan Baginda dan diterima pula taubatnya. Berikut adalah doa baginda;

 

رَبَّنا ظَلَمْنا أَنْفُسَنا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنا وَتَرْحَمْنا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخاسِرِينَ.

 

Wahai Tuhan kami,telah menzalimi kami akan diri kami dan sekiranya tiada Engkau memberi ampun akan kami dan memberi rahmat atas kami nescaya akan menjadilah kami dari kalangan orang yang merugi.

Bila Hari Arafah Tahun 2023?

Jika tarikh 1 Zulhijjah jatuh pada 20 Jun 2023, maka Hari Arafah adalah pada 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijjah 1444 Hijrah (Rabu).

Cara Niat Puasa Hari Arafah

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”

 

Doa Arafah

Digalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”

 

(Sunan al-Tirmizi, no. 680, Hadis Hasan)

 

Amalan Sunat Hari Arafah

          1. Solat Sunat

Solat sunat adalah ibadah yang paling afdal untuk menampung kekurangan pada solat-solat fardhu kita. Jadi ia antara cara terbaik untuk memperoleh kecintaan-Nya sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

          2. Puasa

Hukum puasa sunat Arafah adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut) bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

Sebaliknya jemaah haji disunatkan untuk tidak berpuasa walaupun dia berupaya untuk melaksanakan puasa.

Fadilat berpuasa pada Hari Arafah berdasarkan riwayat berikut:

Abu Qatadah a.h meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

Maksudnya : ”Puasa hari Arafah, aku memohon kepada Allah agar menebus dosa-dosa setahun sebelumnya serta setahun selepasnya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis ini bermaksud bahawa mengerjakan puasa sunat Arafah itu diberikan ganjaran pengampunan dosa-dosa setahun sebelum dan selepas Hari Arafah.

Manfaat berpuasa ketika hari tersebut perlu direbut kerana diharamkan berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan juga hari-hari tasyrik.

Baca lagi : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

          3. Berdoa

 

Amalan terbaik pada hari wukuf adalah berdoa kerana Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

 

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

 

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

 

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”

Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi

Lain-lain Amalan Sunat Hari Arafah 

  1. Tadarrus Alquran secara sendiri atau berjemaah

  2. Bersedekah pada keluarga & golongan fakir miskin

  3. Menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan majlis zikir

  4. Rapatkan silaturrahim dengan hadiri atau buat rumah terbuka

 

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

Inilah sebahagian amalan yang elok dilipat ganda dan diperbanyakkan pada sepanjang awal bukan Zulhijjah sehingga Hari Raya Korban

Selain berpuasa pada Hari Arafah, kita boleh banyakkan lagi amalan lain yang boleh dilakukan seperti memperbanyakkan sedekah, berdoa, membaca al-Quran, berselawat dan sebagainya.

Posted on

Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

Hari Tasyrik adalah 3 hari selepas tarikh Hari Raya Korban. Ketika ini peserta korban sedang giat menyelesaikan korban mereka dan para jemaah harji selesai bertahalul (bercukur).

Ramai juga yang tidak mengetahui yang pada 3 hari ini juga adalah diharamkan berpuasa.

Artikel ini mengandungi huraian mengenai Hari Tasyrik dan juga hadis-hadis yang menganjurkan pengharaman berpuasa.

Apa Itu Hari Tasyrik?

Hari Tasyrik merupakan pengakhiran ibadah mereka yang melakukan haji, iaitu telah selesai melakukan wukuf, jamarat dan tahalul. Bagi mereka yang melakukan korban, ia perlu dilaksanakan sepanjang tempoh ini.

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

Bila Hari Tasyrik Berlaku?

Ia jatuh ada 11-13 Zulhijjah, sejurus terbenamnya matahari pada Hari Raya Aidil Adha. Sepanjang tarikh ini umat Islam dilarang untuk berpuasa.

Baca : Hari Arafah 2023: Puasa, Doa & Amalan Sunat (Lengkap)

cukur gunting rambut jemaah haji hari tasyrik

Hari Tasyrik Haram Puasa? Ini Dalilnya.

        1. Riwayat Imam Muslim r.a

Daripada Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

 

‘’Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati ALLAH S.W.T.’

        2. Riwayat Uqbah bin ‘Amir r.a

Hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

 

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

 

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

 

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

        3. Riwayat Saidatina Aisyah r.a

Hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

 

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). Riwayat al-Tirmidzi: 1493

ibadah korban hanya diterima pada hari tasyrik

Amalan Sunnah Hari Tasyrik

        1. Sembelih Haiwan Korban

        2. Takbir

                Takbir Hari Raya Aidiladha

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (2/81) bahawa Syeikh Ibn Sibagh, pengarang kitab al-Syamil bahawa tiada masalah untuk bertakbir dengan cara kebiasaan manusia, sebanyak tiga kali, seperti lafaz berikut:

 

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

 

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

 

Disunatkan untuk ditambah selepas itu lafaz berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ [ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ] [5] وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ [ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ]

 

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

        3. Baca Doa Al-Baqarah

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةًۭ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(RABBANAA  AATINAA  FID-DUN-YAA HASANAH WA FIL AA-KHIRATI HASANAH, WA QINAA ADZAABAN-NAAR.)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

        4. Makan & Minum (Tak Berpuasa)

Seperti mana yang telah dikupas, sepanjang Hari Tasyrik adalah diharamkan berpuasa. Umat islam anjurkan untuk makan dan minum sepanjang tiga hari tersebut.