Cara Bayar Fidyah Online Guna Online Banking (Terkini)

secupak beras ganti puasa sehari

Jika kita meninggalkan puasa di bulan Ramadan, kita perlu qada dan bayar fidyah puasa yang ditinggalkan mengikut jumlah hari  dengan apa jua cara.

Ini kerana fidyah adalah denda tambahan yang dikenakan apabila kita meninggalkan ibadah wajib seperti berpuasa di bulan ramadan. namun tidak semua orang perlu membayar fidyah.

Artikel kali ini berkongsi mengenai fidyah, mereka yang dikenakan fidyah dan juga cara bayar fidyah yang paling mudah.

Apa Itu Fidyah?

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.

Sebagai contoh : Fidyah puasa dikenakan sebagai denda ke atas seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.

Beza Fidyah Dan Qada

        Fidyah

Fidyah puasa pula ialah mengeluarkan secupak makanan asasi lalu diberikan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

        Qada

Qada pada bahasa bererti membayar. Manakala pada istilah syarak, qada bermaksud mengerjakan semula atau menggantikan ibadat puasa yang tidak sah, tertinggal, atau sengaja ditinggalkan pada hari yang lain.

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

Siapa Patut Bayar Fidyah

        1. Sakit Tenat Tiada Harapan Sembuh

Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Golongan ini tidak wajib qada puasa tetapi perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.

        2. Orang Tua Yang Tak Mampu Puasa

Golongan ini adalah yang menghidap sakit kuat dan tidak harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak dapat mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Golongan ini hanya perlu membayar fidyah tanpa menggantikan puasa.

        3. Waris Yang Meninggal Belum Sempat Qada Puasa

Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.

 

Golongan Tak Wajib Bayar Fidyah

        1. Ibu Yang Menyusukan Anak yang risaukan kesihatan dirinya jika berpuasa

        2. Perempuan Hamil yang risaukan kesihatan dirinya jika berpuasa

        3. Orang Yang Bermusafir

        4. Orang Yang Sakit & Perlu Berbuka Puasa

 

Cara Kiraan Fidyah

        1. Secupak Beras (Ikut Negeri)

Harga 1 cupak beras berbeza mengikut negeri.

Sehingga tahun 2019, 1 cupak beras dianggarkan bersamaan 600 gram dan dinilaikan dengan kadar RM4.00. Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kadar bayaran fidyah adalah RM2, RM4, RM6 sehari. Jumlah ini berbeza kerana mengikut jenis beras yang dimakan.

Sebagai contoh:

RM2 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras Super Special Tempatan 5%.

RM4 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras putih import/ beras perang/beras pulut/beras herba ponni atau beras wangi.

RM6 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras basmathi /jepun atau beras merah.

        2. Jumlah Hari Tidak Berpuasa

Jumlah hari ni perlu direkod dan disimpan. Lebih baik lagi jika terus dibayar sebaik sahaja habis Ramadan agar tidak lupa.

        3. Jumlah Fidyah Keseluruhan

Katakan anda tidak dapat berpuasa selama 5 hari, duduk di Selangor dan mengamalkan makan beras putih import. Maka pengiraan fidyah adalah seperti berikut.

 

RM4.00 x 5 = RM9.00

 

Cara Bayaran Fidyah

        1. Tunai

        2. Secara Online

        3. Maybank2U

Hukum Bayar Fidyah Secara Online

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

Pembayaran fidyah biasanya boleh dilakukan secara tunai di pusat-pusat pungutan zakat.

Namun dengan pembayaran secara online, memudahkan anda untuk menyelesaikan hutang ini pada bila-bila masa.

Cara Bayar Fidyah Online Dengan Online Banking

        1. Login Maybank2U

        2. Klik ‘Bill Payment’

        3. Klik ‘Make A One-Off Payment’

        4. Klik ‘Zakat & Charity’

        5. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Ikut Negeri

        6. Pilih ‘Fidyah’

        7. Masukkan Jumlah Bayaran

 

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan