Posted on

6 Tips Ibu Mengandung Anak Pertama Dari Pakar (Terkini)

tips jaga kehamilan anak pertama

Tips ibu mengandung anak pertama sentiasa diperlukan oleh para para ibu dan ayah. Seperti yang kita semua sedia maklum, mengandungkan anak pertama merupakan  kombinasi pengalaman yang penuh keseronokan dan kerisauan.

Tanpa tunjuk ajar dan ilmu yang tepat, mereka akan mengalami pelbagai kesukaran sepanjang 9 bulan mengandung.

Berikut merupakan perkongsian mengenai perihal mengandung dan tips-tips mudah mengatasinya. Kongsikan juga tips ibu mengandung anak pertama ini kepada pasangan anda.

ibu mengandung anak pertama

Emosi Naik Turun Ibu Mengandung

Perubahan Emosi

Selain perubahan fizikal, ibu mengandung juga mengalami perubahan emosi. Jika ditanya sendiri ibu mengandung, mereja sendiri sukar untuk menghuraikan apa yang mereka lalui. Perasaan gembira boleh tiba-tiba bertukar sedih, risau dan lain-lain

Yang penting, pasangan anda sangat perlu bersabar dengan karenah emosi ini.

Tekanan Semasa

Tekanan-tekanan ini hadir apabila minda ibu terlalu memikirkan perkara (overthink). Lebih-lebih lagi soal kesihatan anak, soal kesihatan diri, makan minum pasangan, harapan mertua dan ibu ayah dan seribu satu perkara yang lain.

Tekanan ini perlu diurus. Bincang dan luahkan pada pasangan anda.

Kemurungan

Kira-kira 12-15% wanita mengalami kemurungan pada suatu ketika semasa kehamilan mereka. Risiko kemurungan lebih tinggi pada trimester kehamilan kedua dan ketiga dan sering diabaikan kerana gejala kemurungan serupa dengan gejala kehamilan.

Wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan berisiko tinggi mengalami keguguran, kelahiran pramatang, atau mempunyai bayi dengan berat lahir rendah atau keterlambatan pertumbuhan.

Tips – sediakan journal untuk mencatat perjalanan dan pengalaman sepanjang anda mengandung. Ini sedikit sebanyak membantu anda meluah dan menguruskan perasaan.

Baca : 9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

bahagia ibu mengandung anak pertama

Fasa Trimester Pertama

Pada tempoh awal kehamilan ini, tubuh ibu hamil akan mula menghasilkan hormon-hormon yang membantu perkembangan bayi kandungan.

Namun hormon-hormon ini memberi kesan lain kepada si ibu seperti morning sickness, mood swings dan juga terasa lebih sensitif.

Kata kunci di sini adalah bersabar dan bersabar. Anda bersama pasangan perlu menempuh situasi ini secara bersama.

Cari satu punca kekuatan buat si ibu dan si ayah agar dapat terus menempuh suka duka sepanjang kehamilan.

Fasa Trimester Kedua

Pada ketika ini, emosi ibu mengandung cenderung menjadi lebih sensitif. Hal ini kerana, selain perlu menjadi lebih berhati-hati bagi menjaga kandungan, si ibu akan mempunyai pelbagai perubahan dari segi fizikal.

Di sini, pepatah ‘kerana mulut badan binasa’ benar-benar boleh terjadi. Segala komen atau pendapat mengenai tubuh badan si ibu boleh mengguris hati mereka dan menyebabkan si ibu berasa tidak yakin pada diri sendiri.

Jika ini tidak diurus atau dibendung dengan baik, para ibu akan kemurungan, tidak percaya diri lalu tidak mampu melaksanakan aktiviti harian dengan baik.

Justeru, di sinilah pasangan berperanan untuk menjaga dan sentiasa meningkatkan keyakinan isteri.

Kita boleh mula memuji ketabahannya, kecantikannya dan bertanyakan tentang perasaan serta aktiviti sehariannya.

Komunikasi yang baik serta pujian yang diberikan ini akan mampu menstabilkan emosi ibu mengandung sekali gus memberikan kebahagiaan yang berterusan serta mengharmonikan hubungan.

Fasa Trimester Ketiga

Kepenatan fizikal dan mental adalah cabaran terbesar si ibu dalam tempoh ini. Ibu akan mengalami masalah fasa mood swings paling kerap. Ini disebabkan kadar hormon progesterone dan estrogen si ibu menjadi sangat tinggi

Jadi para suami sekalian, bersiap sedialah!

Di sini, suami berperanan untuk menyediakan kelengkapan menyambut bayi. Jika ada kelas-kelas parenting, hadir bersama isteri. Luangkan masa bersama berbual bersama si ibu dan juga si kecil.

 

ibu mengandung murung

Awas Emosi Ibu Mengandung

Ibu Mengandung Mudah Letih

Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada perubahan emosi naik turun seperti roller coaster.

Mood swings seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi. Tambahab keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh mengganggu perjalanan hari anda.

Ibu Mengandung Perlu Sokongan

Ibu mengandung disarankan untuk meneruskan aktiviti fizikal harian selagi berasa selesa dan larat melakukannya.

Untuk konsisten aktif semasa berbadan dua, lakukan senaman ringan bersama suami. Paling mudah adalah untuk sentiasa berjalan perlahan di taman.

 

makanan laut wajib elak ibu mengandung

5 Makanan Dilarang Ketika Hamil

1. Makanan Laut Mentah

Makanan laut mentah terdedah dengan parasit dan juga mikroorganisma berbahaya. Lebih-lebih lagi makanan laut bercengkerang yang tinggal di dasar laut.

Melalui masakan, bakteria yang terdapat dalam cengkerang makanan laut akan dimusnahkan. Namun bahan kimia yang termendak dalam selut dan lumpur laut masih lagi berada di dalam haiwan tersebut.

Oleh itu, jalan yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan menjadikannya sebagai salah satu makanan yang perlu dielakkan.

2. Makanan Segera (Fast Food)

Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Namun pengambilan terlalu banyak makanan bergula seperti air berkarbonat, kek dan sebagainya boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.

Bahkan terdapat peningkatan risiko diabetes itu kekal selepas kelahiran.

3. Buah & Sayur Yang Tercemar

Sayuran dan buahan yang tidak dibasuh mempunyai bakteria seperti Toxoplasma, E. coli, Salmonella dan Listeria. Bakteria ini boleh didapati ketika proses-proses penghasilan, pembungkusan, penyimpanan,penghantaran, dan ketika jualan.

Buah dan sayuran adalah sumber vitamin dan makanan berkhasiat buat para ibu mengandung. Ia perlu diamalkan. Pastikan ia dibasuh dengan baik atau dimasak sempurna.

4. Minuman Berkafein Tinggi

Buat penggemar kopi, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein. Pengambilan kafein boleh menyebabkan para ibu tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup. Ditambah dengan mood swings, barangkali anda akan bermula hari anda dengan perasaan yang tidak tentu hala.

Selain itu kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.

5. Telur Mentah

Telur mentah mempunyai risiko kehadiran salmonella.Elakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya.

Pilih makanan yang telurnya. diproses dengan baik dan yang telah dipastur. Jika memasak telur di rumah, pastikan ia dibasuh bersih. Ini kerana telur ayam keluar melalui saluran sama yang mengeluarkan najis. Jadi, bahan makanan anda juga boleh tercemar jika tidak berhati-hati.

Kesimpulan

Ibu yang pertama kali mengandung sememangnya memerlukan tunjuk ajar dan tips daripada mereka yang berpengalaman.

Dengan mempunyai ilmu yang tepat, insya-Allah para ibu ayah dapat menempuh tempuh 9 bulan dengan kenangan yang tidak dilupakan.

Posted on

5 Doa Untuk Anak Jadi Soleh, Bijak & Dengar Kata (LENGKAP)

sujud dalam doa untuk anak

Majoriti ramai ibu bapa tahu yang doa untuk anak adalah tanggungjawab  hakiki yang ibu bapa perlu pikul.

Ini kerana doa ibu bapa biasanya mustajab. Bahkan sebarang kata-kata yang terluah juga boleh menjadi doa.

Jadi sebagai ibu bapa yang beriman dan mementing kesejahteraan anak, kita perlu amalkan doa-doa untuk diri kita, keluarga dan tidak lupa anak-anak.

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa dan juga senarai doa yang boleh diamalkan.

Baca : Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

Kenapa Perlu Berdoa?

Kita tahu yang doa merupakan senjata orang-orang beriman. Untungnya kita sebagai hamba Allah, kita tidak perlu perantara untuk berhubung terus dengan Maha Pencipta.

Apabila kita berdoa, kita mengingatkan diri kita yang kita ini manusia lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan.

Bahkan Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya menerusi surah al-Ghafir ayat 60

 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Dalil Tentang Berdoa Untuk Anak

Doa ibu bapa adalah mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.

Riwayat Ibn Majah (3862) – Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi

Berikut adalah doa-doa yang boleh kita amalkan untuk memperoleh anak-anak yang baik, insya-Allah.

Baca : 9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir Untuk Ayah & Ibu (Edisi 2023)

anak lelaki berdoa

Doa-doa Untuk Anak

Doa Lembut Hati Anak

 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

Maksudnya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa

Doa Anak Jadi Soleh Dan Bijak

 

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

 

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Doa Untuk Kesejahteraan Anak

 

اللهم احفظ اولاد  وا شفهم انت شاف لا شفاء الا شفاءك لا يغادر سقما . اللهم اجعلهم صحيحا كاملا جاملا حاذقا عالما ذكيا مؤمنا صالحا. اللهم احسن خلقهم و خلقهم وافصح لسانهم واحسن صوتهم لقراءة القران والحديث ببركة سيد نا محمد صلى الله عليه وسلم .

 

Maksudnya: Ya Allah! Peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! Jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! Baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

 

Doa Anak Dengar Kata Ibu Bapa

 

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏.

 

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

 

 

Doa Anak Degil Supaya Lembut Hati

 

طه (1) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (3) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (4) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (5)

 

Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5)

Kesimpulan

Sebagai ibu bapa yang beragama islam, kita perlu menlazimi doa dalam seharian hidup kita.

Dengan cara ini, anak-anak juga akan turut mencontohi amal kita, insya-Allah.

Posted on

1,000 Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran (Edisi 2023)

nama anak lelaki islam

Baca : 1,000 Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran (Edisi 2023)

Sejak dahulu, nama anak lelaki yang lahir dalam keluarga Islam kebiasaannya diperoleh daripada sumber al-Quran. Adalah tugas ibu bapa yang perlu merujuk dan memilih nama tersebut dengan maksud yang baik.

Perlu diingat, nama anak lelaki perlu mencerminkan sifat diri dan kelakian mereka kelak.

Mereka akan membawa nama mereka sepanjang hayat. Biarlah ia mudah diingati, mudah disebut orang dan mudah dieja. Teruskan pembacaan untuk mendapatkan nama-nama anak lelaki yang terbaik.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

Kelebihan Nama Bayi Lelaki Dalam Al-Quran 

1. Maksud Yang Baik

Elakkan dari mengikut trend.

Nama-nama di dalam al-Quran sudah tentunya bermaksud yang baik.

Namun, perlu diingati, dalam al-Quran juga ada ayat-ayat kecaman. Sebagai contoh, nama ‘Dholin”. Ia ada dalam al-Quran, lebih tepat lagi dalam surah al-Fatihah.

Namun, sanggupkah anak anda menanggung nama yang bermaksud “yang sesat”?

Jadi pilihlah yang tepat.

Baca : 99 Nama Anak Perempuan Dalam Islam Yang Baik (A-Z)

2. Bentuk Personaliti Mulia

Kini, nama juga merupakan jenama peribadi (personal branding) seseorang. Maka dengan memilih nama yang tepat, ia akan memudahkan membentuk personailiti yang mulia

Tidak digalakkan menggunakan nama yang menyamai golongan bukan Islam kerana dikhuatiri bermaksud tidak elok.

Selain itu, dilarang menggunakan nama yang jelas bertentangan dengan akidah seperti nama-nama tuhan dan dewa daripada agama selain Islam.

Contohnya nama-nama artis bukan Islam atau nama dewa dari mitos tertentu seperti Hercules dan Hermes.

Peringatan Buat Anak-anak

Nama-nama dalam al-Quran biasanya mempunyai maksud dan peringatan buat anak-anak.

Sebagai contoh, Muhammad bermaksud ‘yang terpuji’. Maka, anak itu perlulah dididik dan dibentuk agar bersifat terpuji

Jangan terlalu mengikut trend nama anak dengan ejaan yang sukar atau terlalu panjang.

Hal tersebut bukan sahaja boleh membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan dirinya terutama semasa urusan rasmi.

Baca : 86 Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik Beserta Contoh (A-Z)

bayi lelaki islam

Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran

A

Adziel, Adam, Alfatih, Alfarizqi, Amir, Amirul, Arif, Atthar, Azhari, Ahsan, Abdar, Akmal, Alif, Altair, Aqil, Aulian.

B

Baharudin, Bashir, Barra, Bahar, Baihaqi, Busyra, Bahri

D

Dalilan, Daniyal, Dzuhairi, Dzulfaqar,

F

Faiz, Fattah, Fauzan, Furqan, Firdaus, Firman, Farzan, Fadhil

G

Ghibran, Ghani, Ghaffar, Ghurafa

H

Hafiz, Hassan, Haitham, Hizam,Hanan, Haziq, Haidar

I

Irsyad, Ikram, Izzan, Imran, Izdihar

J

Jabir, Jamaluddin, Jamal, Jabbar

K

Kahfi, Khidir, Khalid, Khairan, Kamil, Khalish

L

Liban, Lufti, Luqman, Liban, Labib

M

Masykur, Mizan, Mualim, Mikail, Ma’ruf, Mansyur

N

Najmi, Nizam, Nuha, Nuzulan, Nabil, Naufal

O

Othman, Owais, Ozak, Omar,

nama anak lelaki islam

Q

Qayyum, Qiyas, Qadafi, Qasim, Qadri

R

Rusydan, Rizwan, Rayhan, Rayyan, Rahman, Rahim, Raffa

S

Shakeel, Syehan, Syafiq, Syamil, Shadiq

T

Taufiq, Tamim, Tahsin, Taamir

U

Ulwan, Usaid, Uthman, Urfan, Umar

W

Wafi, Wahab, Waddah, Warid, Wafiq

Y

Yassir, Yusri, Yaakub, Yahya, Yaqzhan

Z

Zulfan, Zulkifli, Zain, Zafran, Zakaria

Posted on

99 Nama Anak Perempuan Dalam Islam Yang Baik (A-Z)

nama bayi perempuan

Buat pengetahuan anda, nama anak perempuan perlu dipilih tepat oleh ibu bapa kerana nama merupakan hak anak ke atas anda dan bakal menjadi penentu karakter dan masa depan mereka kelak.

Ini kerana nama akan mencerminkan sifat diri dan kewanitaan mereka kelak.

Selain sedap dipanggil, ia perlu mempunyai makna yang baik dan indah. Teruskan pembacaan untuk mendapatkan nama-nama anak perempuan yang terbaik.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

Ciri-Ciri Nama Anak Perempuan Dalam Islam

Ada Makna Yang Baik

Dek kerana mengikut trend, anda terikut-ikut nama dari negara luar. Paling menyedihkan apabila anda sendiri tidak tahu erti nama tersebut.

Berikut adalah contoh nama dari timur tengah namun mempunyai erti negatif.

  • Sariqah(pencuri)
  • Jahilah(bodoh)

Dalam Sahih al-Bukhari ada diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menukar nama sahabat yang kurang elok. ‘Hazn’ yang bermakna sedih kepada ‘Sahl’ yang bermaksud mudah.

Namun, lelaki itu enggan menukar namanya seperti yang dicadangkan oleh baginda kerana mahu kekal dangan nama yang diberikan oleh bapanya

2. Bentuk Personaliti

Tidak digalakkan menggunakan nama yang menyamai golongan bukan Islam kerana dikhuatiri bermaksud tidak elok.

Selain itu, dilarang menggunakan nama yang jelas bertentangan dengan akidah seperti nama-nama tuhan dan dewa daripada agama selain Islam.

Contohnya nama-nama artis bukan Islam atau nama dewa dari mitos tertentu seperti Athena dan Cinderella.

3. Panggilan Harian

Jangan terlalu mengikut trend nama anak dengan ejaan yang sukar atau terlalu panjang.

Hal tersebut bukan sahaja boleh membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan dirinya terutama semasa urusan rasmi.

Seperkara lagi, pemberian nama yang panjang kepada anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.

Jadi, apa gunanya nama-nama panjang yang diberikan sekalipun membawa maksud yang baik namun akhirnya hanya nama singkatan berkenaan yang digunakan.

Baca : 1,000 Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran (Edisi 2023)

anak perempuan

Nama Anak Perempuan Dalam Islam (A-Z)

A = Aaliyah, Asma’, Adwa, Afwan, Arissa, Auni

B = Baheera, Balqis, Busyra, Badriah, Basirah

C = Cantara, Chafia,

D = Dafinah, Damiaa, Delisha, Durrah, Duha.

E = Eliya, Eryna, Eshal, Ezzah, Eisa

F = Fadwa, Faeezah, Fairuz, Fauzah, Filzah

G = Ghaliah, Ghaida, Ghurrah, Ghusni, Ghaziah

H = Habibah, Halwa, Haifa, Hamra, Huraiyah

I = Iffah, Imani, Inara, Izyanm Izzah

J = Jannah, Jauza, Juhainah, Jasmin, Jamilah

K = Kaisara, Kausar, Keisha, Karimah, Khairina

L = Layla, Leena, Liyana, Laimun, Latifah

M = Malaika, Maisarah, Malika, Maheem,

N = Nadia, Nahda, Nafeesa, Naaila, Nadhira

P = Puteri

Q = Qasrina, Qisya, Qamariyah, Qiladah, Qaisara,

R = Rania, Raudha, Rihana, Ruksana, Rubina

S =Safiya, Salsabila, Syazam, Surfina, Salwa

T = Tasneem, Thufailah, Thifal, Tihani, Tsarwah

U = Ulfah, Ulya, Uzma,

W = Wadhina, Wafa, Wardani, Wadiah, Wafia

Y = Yara, Yasirah, Yusrina, Yalina, Yafiaah

Z = Zara, Zhafira, Zahirah, Zatunnur, Zulfa

Baca : 86 Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik Beserta Contoh (A-Z)

 

anak perempuan islam

Contoh Nama Anak Perempuan Dalam Islam Yang Baik

Nama Isteri Nabi

1. Khadijah

2. Saudah

3. Aisyah

4. Hafsah

5. Salamah / Salmah

6. Ramlah

7. Juwairiyah

8. Safiyah

9. Zainab

10. Raihanah

11. Zainab

12. Mariah

 

Nama Anak Perempuan Nabi

1. Fatimah Zahra

2. Zainab

3. Ruqayya

4. Ummu Kalsum

 

Posted on

86 Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik Beserta Contoh (A-Z)

nama bayi lelaki

Menjadi tugas ibu bapa untuk memberikan nama anak lelaki mereka dengan nama yang baik.

Perlu diingat, nama anak lelaki perlu mencerminkan sifat diri dan kelakian mereka kelak.

Mereka akan gunakan nama mereka sepanjang hidup dan perlu ada makna yang baik. Nama mereka bukan sekadar nama panggilan seperti nama-nama binatang peliharaan.

Teruskan pembacaan untuk mendapatkan nama-nama anak lelaki yang terbaik.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

anak lelaki

Ciri-Ciri Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik

1. Ada Makna Yang Baik

Dek kerana mengikut trend, anda terikut-ikut nama dari negara luar. Paling menyedihkan apabila anda sendiri tidak tahu erti nama tersebut.

Berikut adalah contoh nama dari timur tengah namun mempunyai erti negatif.

  • Sariq (pencuri)
  • Jahil (bodoh)

Dalam Sahih al-Bukhari ada diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menukar nama sahabat yang kurang elok. ‘Hazn’ yang bermakna sedih kepada ‘Sahl’ yang bermaksud mudah.

Namun, lelaki itu enggan menukar namanya seperti yang dicadangkan oleh baginda kerana mahu kekal dangan nama yang diberikan oleh bapanya

2. Bentuk Personaliti

Tidak digalakkan menggunakan nama yang menyamai golongan bukan Islam kerana dikhuatiri bermaksud tidak elok.

Selain itu, dilarang menggunakan nama yang jelas bertentangan dengan akidah seperti nama-nama tuhan dan dewa daripada agama selain Islam.

Contohnya nama-nama artis bukan Islam atau nama dewa dari mitos tertentu seperti Hercules dan Hermes.

Baca : 99 Nama Anak Perempuan Dalam Islam Yang Baik (A-Z)

3. Panggilan Harian

Jangan terlalu mengikut trend nama anak dengan ejaan yang sukar atau terlalu panjang.

Hal tersebut bukan sahaja boleh membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan dirinya terutama semasa urusan rasmi.

Seperkara lagi, pemberian nama yang panjang kepada anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.

Jadi, apa gunanya nama-nama panjang yang diberikan sekalipun membawa maksud yang baik namun akhirnya hanya nama singkatan berkenaan yang digunakan.

Baca : 1,000 Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran (Edisi 2023)

anak lelaki

 50 Nama Anak Lelaki Islam

A = Aryan, Amir, Arshad, Adam

B = Bakrim, Badrul, Burhanuddin

 C = Chairil, Carel, Cyril

D = Danial, Danish, Dzulfiqar

E = Emir, Ehsan, Elan

F = Fadhil, Fannan, Farid

G = Ghani, Ghazali, Ghaisan

H = Habib, Hamzah, Hilman

I = Ishmat, Istafa, Ilham

J = Jazman, Jabil, Jamal

K = Khalis, Kaisar, Khuldi

L = Luqman, Lutfan, Lahmuddin

M = Mika, Mahad, Muaz, Muhammad

N = Naim, Nufail, Nadmi

O = Osman, Owais, Omair

P = Putera, Pharaz

Q = Qayyum, Qasim, Qays

R = Rayyan, Razak, Rizqi

S = Sahnon, Shiraz, Syafiq

T = Tahir, Talhah, Thufail

U = Uzma, Umar, Uqail,

W = Walid, Wafiy, Wajdi

Y = Yusri, Yasin, Yaqzan

Z = Zabir, Zumar, Zikri

 

Contoh Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik

Nama Para Nabi

1. Adam

2. Idris

3. Nuh

4. Hud

5. Soleh

6. Ibrahim

7. Lut

8. Ismail

9. Ishaq

10. Yakub

11. Yusuf

12. Ayub

13. Syuaib

14. Musa

5. Harun

16. Zulkifli

17. Daud

18. Sulaiman

19. Ilyas

20. Ilyasa

 21. Yunus

 22. Zakaria

23. Yahya

24. Isa

25. Muhammad

 

Nama Para Sahabat Nabi saw

1. Abu Bakar Siddiq

2. Umar Khattab

3. Usman Affan

4. Ali Talib

5. Talhah Ubaidillah

6. Zubair Awwam

7. Sa’ad Abi Waqqas

8. Sa’id Zaid

9. Abdul Rahman Auf

10. Abu Ubaidah Al Jarrah

11. Anas Malik

 

Posted on

7 Keperluan Bayi Baru Lahir Mengikut Sunnah Islam (Lengkap)

bayi baru

Pasangan yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sudah pasti tertanya-tanya akan keperluan bayi baru lahir, terutama dari aspek agama dan rohani.

Anak yang baru lahir memerlukan penjagaan dan perhatian penuh. Mereka masih tidak berdaya dan ibu bapa wajib memenuhi keperluan mereka.

Berikat adalah senarai ringkas keperluan bayi baru lahir untuk anda.

7 Keperluan Bayi Baru Lahir

1. Azan Anak Baru Lahir

Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ – حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ

Riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514)

Ada sebahagian ulama yang meletakkan hadis ini lemah kerana sanad perawinya. Namun dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan

2. Iqamat Anak Baru Lahir

Iqamat biasanya untuk anak perempuan. Sama seperti azan kepada anak lelaki, tiada prosedur khusus.

Angkat bayi ke paras dan posisi yang selesa, kemudian laungkan sahaja dengan nada sederhana (seperti nada berbual)

3. Tahniq

Tahniq merupakan perbuatan mencalit kurma yang telah dikunyah pada lelangit bayi baru lahir. Jika tiada kurma, boleh gunakan makanan manis semula jadi yang lain seperti madu.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniqnya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.”

Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

tahnik anak

4. Beri Nama Anak Hari 1 atau 7

Anak perlu diberi nama dengan panggilan yang elok. Selain membawa makna yang baik, disarankan agar mudah dieja dan diingati semua.

Sunat nama elok dan bermakna kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Elakkan daripada mengikut trend. Ibu bapa perlu sedar yang nama anak itu akan dibawa pada dirinya sepanjang hayat.

5. Cukur Rambut Anak

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. Cara mencukur adalah sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air koma-koma (safron) agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Rambut bayi yang dicukur ditimbang dan disedekahkan mengikut harga semasa emas atau perak.

6. Laksana Sunat

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Bersunat mempunyai kebaikan dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.

7. Buat Aqiqah Anak

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya boleh dimasak dan diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

maksud aqiqah bayi lelaki

Kelebihan Buat Aqiqah Anak Baru Lahir

1. Laksana Ibadah Sunat Muakkad

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi mereka yang berkemampuan.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a katanya :

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.

2. Hak Anak Atas Ibu Bapa

Ibadah aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu. Ia adalah ibadah sunat yang dititikberatkan.

Jika tidak melaksanakan aqiqah sehingga dia baligh, tanggungjawab untuk melaksanakannya telah jatuh ke anak tersebut

Maka, tunaikanlah tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

3. Rapatkan Silaturrahim

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan.

Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan sebagai keperluan bayi baru lahir.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

4 Perbezaan Korban dan Akikah Anda Perlu Tahu (Edisi Terkini)

kambing akikah korban aqiqahcentre

Ramai yang masih keliru perbezaan akikah dan korban. Ia seolah-olah serupanya tapi sebenarnya sangat berbeza.

Kekeliruan berlaku apabila kita tidak cakna mengapa sesebuah ibadah itu dilakukan.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai bezanya antara akikah dan korban, teruskan baca artikel ini.

Apa Itu Akikah?

Ibadah akikah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “akikah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Apa Itu Korban?

Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Korban hanya boleh dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Zulhijjah sahaja.

Ianya tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan

Hukum Akikah dan Korban

Hukum kedua-duanya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Baca : 6 Perbezaan Korban dan Akikah Yang Terkini (Lengkap)

kambing di mekah untuk aqiqah

Perbezaan Korban dan Akikah

1. Niat Ibadah

Korban

Tiada lafaz khusus bagi niat korban.Sekadar boleh disebut di dalam hati semasa mengembelih atau membeli ternakan qurban.

Contoh: “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Taala.”

Tetapi perlu berhati-hati jika ia adalah korban nazar.

Akikah

Bacaan ini perlulah dibacakan ketika sembelihan sedang dilakukan.

Bacaan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]

Maksudnya: Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah akikah fulaan

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diakikahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan di dalam hati juga telah mencukupi.

2. Waktu Ibadah

Waktu ibadah korban spesifik dan tetap. Ia hanya boleh dilaksanakan pada tarikh 10, 11, 12 dan juga 13 Zulhijjah iaitu pada 4 hari sahaja untuk setiap tahun.

Manakala ibadah akikah ini dilaksanakan khas untuk bayi yang baru dilahirkan. Ini maksud, tarikh aqiqah boleh bila-bila masa.

Cumanya, akikah itu adalah lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari ketujuh anak berikut dilahirkan

3. Jenis Haiwan

Kedua-duanya menggunakan haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dan unta. Perlu diingat, keduanya ada syarat-syarat sah sembelihan. Antaranya:

  • Binatang ternakan berkaki empat
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut, sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Umumnya, korban biasanya menggunakan haiwan yang boleh dikongsi beramai-ramai. Akikah pula sinonim dengan menggunakan kambing atau biri-biri.

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

lembu kambing akikah korban

4. Tujuan Ibadah

Akikah

Ibadah tanda syukur bayi selamat dilahirkan dan membesar dengan akhlak yang mulia.

Korban

Niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

Daftar Akikah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah akikah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar akikah anak anda sekarang!

Posted on

Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

azan baby baru lahir

Bayi selamat lahir memang gembira tapi jangan sampai lupa panduan azan anak lelaki / perempuan anda! Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ – حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ

Riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514)

Maksudnya: Aku telah melihat Rasulullah SAW telah mengazankan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali iaitu setelah Fatimah melahirkannya dengan azan bayi dengan betul?

Sebagai ketua keluarga, anda tidak boleh ambil enteng soal keberkatan dan keselamatan keluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui cara azan anak dengan betul.

Baca : Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

Hukum Azan & Iqamat Anak Baru Lahir

Ulama hadis berbeza pandangan dalam menetapkan hukum hadis azan di telinga bayi yang baru lahir. Sebahagian ulama menghukumkan hadis ini sebagai daif (lemah) kerana, terdapat dalam sanadnya perawi yang da’if iaitu ‘Asim bin Ubaidillah.

Sebahagian yang lain pula menilai hadis ini sebagai sahih. Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih dan Imam al-Hakim juga turut mensahihkan hadis ini.

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan.

Kelebihan Azan Anak Baru Lahir

Antara hadis yang menceritakan kelebihan azan anak baru lahir adalah bagi mengelakkan gangguan syaitan saat bayi baru dilahirkan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ

Maksudnya: Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia menusuk di sebalik hijab.

Riwayat al-Bukhari (3286)

bayi baru lahir

Cara Azan Bayi Lelaki

1) Angkat bayi ke paras mulut atau posisi yang selesa.

2) Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan nada sederhana. Ukurannya, tak ubah seperti kuat nada anda berbual biasa.

Berikut adalah azan dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA ‘ALAL-SALAH, HAIYA ‘ALAL-SALAH.
HAIYA ‘ALAL-FALAH, HAIYA ‘ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH….

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah mendirikan solat. Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan. Marilah menuju kemenangan
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Cara Azan Bayi Perempuan

1) Sama seperti bayi lelaki, angkat bayi ke paras atau posisi selesa.

2) Azan dengan nada sederhana. Kemudian beralih ke telinga kiri bayi untuk iqamat.

Berikut adalah iqamat dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,
HAIYA ‘ALAL-SALAH,
HAIYA ‘ALAL-FALAH,
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH.…

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan.
Telah hampir untuk solat, telah hampir untuk solat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazan dan diiqamatkan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Anak Perempuan Azan Atau Iqamat?

Budaya orang Melayu terbiasa dengan mengazankan bayi lelaki di telinga kanan, dan cukup sekadar iqamat pada telinga kiri bayi perempuan.

Sebenarnya tiada panduan khusus untuk mengazankan bayi. Tak menjadi kesalahan untuk mengazankan bayi kemudian membaca iqamat, samada untuk bayi lelaki mahupun bayi perempuan.

Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

10 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)

mudah bersalin

Hanya ibu-ibu yang pernah bersalin tahu betapa pentingnya mengamalkan doa mudah bersalin normal.

Hal ini kerana, bersalin normal adalah nikmat yang Allah swt berikan pada ibu-ibu yang tabah.

Dan berdoa adalah cara terbaik untuk menyampaikan harapan dan permintaan kita

Berikut adalah doa-doa yang para ibu dan juga ayah boleh amalkan semasa hendak bersalin.

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Doa Tambahan Mudah Bersalin Dari Rasulullah SAW

Berikut adalah doa-doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW kerana maksudnya mempunyai kebaikan.

1. Doa Dari Anas bin Malik r.a.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

2. Doa Dari Ummu Salamah r.a.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

 

Baca : Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

Doa-doa Dari Surah Untuk Mudah Bersalin

1. Ayat 54 Surah Al A’raf

doa mudah bersalin surah al-a'raf

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan-Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.

2. Ayat 255 Surah Al Baqarah (Ayatul Kursi)

doa mudah bersalin ayat kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Baca : Doa Untuk Ibu Bapa & Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

 

3. Ayat 38 Surah Ali ‘Imran

doa mudah bersalin surah ali imran

Maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

4. Ayat 11 Surah Fatir

doa mudah bersalin surah fatir

Maksudnya: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Baca : 5 Doa Untuk Anak Jadi Soleh, Bijak & Dengar Kata (LENGKAP)

5. Ayat 26 Surah Maryam

doa mudah bersalin surah maryam

Maksudnya: Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.

6. Ayat 8 Surah Ar Ra’ad

doa mudah bersalin surah al-raad

Maksudnya: Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran di sisi-Nya.

7. Ayat 78 Surah An Nahl

doa mudah bersalin surah al-nahl

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.

 

 

Doa Nabi Yunus Untuk Mudah Bersalin (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

doa ringkas mudah bersalin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Baca : 9 Doa Untuk Bayi Baru Lahir Untuk Ayah & Ibu (Edisi 2023)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

Panduan & Syarat Aqiqah Anak Perempuan Menurut Islam

anak perempuan aqiqah

Sebagai ibu bapa yang baru menerima kelahiran, sudah pastinya kita mahu melaksanakan aqiqah. Ini kerana melaksanakan aqiqah adalah hak anak.

Namun ada perbezaan antara aqiqah anak lelaki dan anak perempuan. Anda perlu tahu agar apa yang dituntut, tidak lebih atau tidak kurang.

Teruskan membaca artikel ini agar dapat membezakan kedua-duanya.

Hukum Aqiqah Anak Perempuan

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad. Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Kelebihan Aqiqah Anak Perempuan

1. Tanda Syukur Atas Rezeki Anak

Firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 9 yang bermaksud :

“ Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Dengan mengadakan majlis aqiqah, kita akan suburkan hati kita dengan sifat pemurah dan baik hati dan menjauhi sifat bakhil.

2. Jauhkan Anak Dari Gangguan Syaitan

Gangguan syaitan hanya boleh dilawan dengan doa. Mereka yang menghadiri majlis, sudah pasti akan mendoakan yang baik-baik ke atas bayi supaya sentiasa sihat, membesar dengan sempurna dan dihindari dari bala bencana.

 3. Uar-uarkan Kelahiran Anak

Majlis aqiqah merupakan jalan terbaik untuk mengisytiharkan berita kelahiran anak. Menguar-uarkan berita baik adalah lebih baik daripada timbulnya cerita atau fitnah yang tidak diingini.

4. Rapatkan Silaturrahim Dua Keluarga

Kehadiran tetamu dalam kalangan keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dapat mengeratkan hati dan mewujudkan kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Hal ini kerana Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

Jumlah Kambing Aqiqah Anak Perempuan

Untuk anak perempuan, cukup satu (1) ekor kambing sahaja.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Turmuzi.

 

Harga Kambing Aqiqah

Harga Kambing Aqiqah bergantung pada berat kambing selepas diproses.

Harganya sekitar RM750 untuk 4 – 5 kg daging sehingga mencecah ke RM 1200 untuk 13 – 14 kg daging.