Apa syarat umur kambing aqiqah?

Syarat haiwan Aqiqah dan Qurban adalah sama :

Jenis Haiwan Umur Minima

  1. Unta melebihi 5 tahun 
  2. Lembu dan kerbau melebihi 2 tahun 
  3. Kibas 1 tahun atau gugur gigi hadapan selepas umur 6 bulan
  4. Biri-biri, domba & kambing lebih 1 tahun bila gugur gigi susuan (hadapan)

Apa syarat aqiqah untuk anak lelaki?

Tiada syarat khas bagi anak lelaki dan perempuan, bezanya hanya pada kuantiti kambing.

Menurut hadith, anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing sahaja.

Sekiranya nak buat lebih dari jumlah di atas, lebihan tersebut dikira pahala sadaqah sahaja.

Apa syarat sah qurban dan aqiqah?

Syarat sah qurban dan aqiqah hampir sama, bezanya pada WAKTU sahaja.

Qurban ada waktu tertentu iaitu 4 hari sahaja dalam satu tahun, 10-13 Dzul Hijjah. Selain dari waktu tersebut tidak di kira waktu qurban.

Aqiqah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun. waktu terbaik aqiqah, adalah pada hari ke 7, 14 dan 21 selepas kelahiran bayi. Selain dari hari tersebut, dibolehkan sahaja pada bila-bila waktu.

Syarat haiwan Aqiqah dan Qurban adalah sama :

Jenis Haiwan dan umur minima :- 

  1. Unta melebihi lima tahun
  2. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
  3. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  4. Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya

Daging aqiqah anak saya untuk siapa?

Daging aqiqah ini adalah untuk orang miskin, akan tetapi pandangan Imam Asy-Syafie – sekiranya kita mengundang jiran tetangga atau saudara mara dibolehkan dan tidak menjadi masalah.

Bolehkah buat aqiqah menggunakan ayam?

Haiwan aqiqah adalah dalam golongan Al-An’am (haiwan yang halal dimakan, dan berkaki empat) seperti Kambing, Bebiri, Kibash, Lembu, Kerbau, Unta dan Kuda.

Akan tetapi, lebih tepat dan afhdal  buat aqiqah menggunakan kambing, kibash atau bebiri.

Apa lafaz niat aqiqah anak lelaki?

Lafaz niat aqiqah bagi lelaki dan perempuan sama :

بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَن

Lafaz niat aqiqah Rumi :

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar
Ya Allah kurniaan ini adalah dari Mu dan untuk-Mu
Ini adalah aqiqah fulan(sebut nama anak)

lafaz dalam Bahasa Melayu (Rumi) juga boleh dan lebih memudahkan. Intinya, ada lafaz bismillah atau nama Allah dan sebutkan aqiqah ini bagi nama anak kita.

Apa hukum tidak buat aqiqah untuk anak-anak?

Hukum asal aqiqah tetap Sunnah Muakkad. Kita jawab dari beberapa keadaan :-

1) Bagi anak yang belum capai umur aqil baligh, tanggungjawab mengaqiqahkan anak jatuh pada bahu ibu dan ayah.

A. Kalau anak luar nikah, jatuh tanggungjawab pada si pemberi nafkah (ibu atau ahli keluarga ibu)

B. jika anak angkat, jatuh tanggungan kepada ibu dan/atau ayah angkat. keluarga angkat hanya perlu maklumkan/ minta izin kepada keluarga kandung sahaja.

2) bagi anak yang dah capai umur aqil baligh, tanggungjawab aqiqah sudah terlepas dari ibu ayah. akan tetapi ayah dan ibu masih boleh laksanakan – menurut fiqh anak yang dah capai umur aqil baligh ni dah boleh cari duit sendiri jadi dia boleh aqiqahkan diri sendiri pakai duit sendiri.

Hukum aqiqah bagi orang yang sudah meninggal dunia?

Ada beberapa keadaan :

1) Kalau gugur sebelum usia kandungan 4bulan, majoriti ulama berpendapat tak perlu aqiqah.

2) Kalau gugur usia kandungan 4 bulan dan ke atas, sunnah buat aqiqah dan diberi nama. sebab 4 bulan kandungan Allah dan tiup ruh dalam janin.

3) Kalau meinggal setelah lahir juga sunnah buat aqiqah.

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin  pernah ditanya,
“Seorang bayi yang dilahirkan dan ketika ia lahir langsung meninggal dunia, apakah diwajibkan baginya aqiqah?”

Beliau menjawab, “Jika bayi dilahirkan setelah bayi dalam kandungan sempurna empat bulan, ia tetap diaqiqahi dan diberi nama. Karena bayi yang telah mencapai empat bulan dalam kandungan sudah ditiupkan ruh dan ia akan dibangkitkan pada hari kiamat.”
Dalam pertemuan yang lain, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin ditanya, “Jika seorang anak mati setelah ia lahir beberapa saat, apakah mesti diaqiqahi?”

Jawabannya, “Jika anak termasuk mati beberapa saat setelah kelahiran, ia tetap diaqiqahi pada hari ketujuh. Hal ini disebabkan anak tersebut telah ditiupkan ruh saat itu, maka ia akan dibangkitkan pada hari kiamat.

Dan di antara faedah aqiqah adalah seorang anak akan memberi syafa’at pada kedua orang tuanya. Namun sebagian ulama berpendapat bahwa jika anak tersebut mati sebelum hari ketujuh, maka gugurlah aqiqah.

Alasannya, karena aqiqah barulah disyariatkan pada hari ketujuh bagi anak yang masih hidup ketika itu. Jika anak tersebut sudah mati sebelum hari ketujuh, maka gugurlah aqiqah.


Akan tetapi, barangsiapa yang dicukupkan rizki oleh Allah dan telah diberikan berbagai kemudahan, maka hendaklah ia menyembelih aqiqah. Jika memang tidak mampu, maka ia tidaklah dipaksa.”

Si penanya bertanya lagi, “Apakah ketika itu ia diberi nama?” Jawaban beliau, “Iya diberi nama jika ia keluar setelah ditiupkannya ruh yaitu bila genap empat bulan dalam kandungan.”

Apa hikmah pelaksanaan aqiqah?

Menurut hadith, hikmah pelaksanaan aqiqah adalah :-

1) Melahirkan rasa syukur yang terdalam kepada Allah hadiah/kurniaan yang diberikan.

2) Menyahut seruan sunnah yang Rasul anjurkan kepada ummatnya.

3) Mengelakkan dari gangguan syaitan, berdasarkan hadith ini :

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.

Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.