Apa hukum tidak buat aqiqah untuk anak-anak?

Category: Aqiqah

Hukum asal aqiqah tetap Sunnah Muakkad. Kita jawab dari beberapa keadaan :-

1) Bagi anak yang belum capai umur aqil baligh, tanggungjawab mengaqiqahkan anak jatuh pada bahu ibu dan ayah.

A. Kalau anak luar nikah, jatuh tanggungjawab pada si pemberi nafkah (ibu atau ahli keluarga ibu)

B. jika anak angkat, jatuh tanggungan kepada ibu dan/atau ayah angkat. keluarga angkat hanya perlu maklumkan/ minta izin kepada keluarga kandung sahaja.

2) bagi anak yang dah capai umur aqil baligh, tanggungjawab aqiqah sudah terlepas dari ibu ayah. akan tetapi ayah dan ibu masih boleh laksanakan – menurut fiqh anak yang dah capai umur aqil baligh ni dah boleh cari duit sendiri jadi dia boleh aqiqahkan diri sendiri pakai duit sendiri.