Menurut hadith, hikmah pelaksanaan aqiqah adalah :-
1) Melahirkan rasa syukur yang terdalam kepada Allah hadiah/kurniaan yang diberikan.
2) Menyahut seruan sunnah yang Rasul anjurkan kepada ummatnya.
3) Mengelakkan dari gangguan syaitan, berdasarkan hadith ini :
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.
Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.