6 Tips Ibu Mengandung Anak Pertama Dari Pakar (Terkini)

tips jaga kehamilan anak pertama

Tips ibu mengandung anak pertama sentiasa diperlukan oleh para para ibu dan ayah. Seperti yang kita semua sedia maklum, mengandungkan anak pertama merupakan  kombinasi pengalaman yang penuh keseronokan dan kerisauan.

Tanpa tunjuk ajar dan ilmu yang tepat, mereka akan mengalami pelbagai kesukaran sepanjang 9 bulan mengandung.

Berikut merupakan perkongsian mengenai perihal mengandung dan tips-tips mudah mengatasinya. Kongsikan juga tips ibu mengandung anak pertama ini kepada pasangan anda.

ibu mengandung anak pertama

Emosi Naik Turun Ibu Mengandung

Perubahan Emosi

Selain perubahan fizikal, ibu mengandung juga mengalami perubahan emosi. Jika ditanya sendiri ibu mengandung, mereja sendiri sukar untuk menghuraikan apa yang mereka lalui. Perasaan gembira boleh tiba-tiba bertukar sedih, risau dan lain-lain

Yang penting, pasangan anda sangat perlu bersabar dengan karenah emosi ini.

Tekanan Semasa

Tekanan-tekanan ini hadir apabila minda ibu terlalu memikirkan perkara (overthink). Lebih-lebih lagi soal kesihatan anak, soal kesihatan diri, makan minum pasangan, harapan mertua dan ibu ayah dan seribu satu perkara yang lain.

Tekanan ini perlu diurus. Bincang dan luahkan pada pasangan anda.

Kemurungan

Kira-kira 12-15% wanita mengalami kemurungan pada suatu ketika semasa kehamilan mereka. Risiko kemurungan lebih tinggi pada trimester kehamilan kedua dan ketiga dan sering diabaikan kerana gejala kemurungan serupa dengan gejala kehamilan.

Wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan berisiko tinggi mengalami keguguran, kelahiran pramatang, atau mempunyai bayi dengan berat lahir rendah atau keterlambatan pertumbuhan.

Tips – sediakan journal untuk mencatat perjalanan dan pengalaman sepanjang anda mengandung. Ini sedikit sebanyak membantu anda meluah dan menguruskan perasaan.

Baca : 9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

bahagia ibu mengandung anak pertama

Fasa Trimester Pertama

Pada tempoh awal kehamilan ini, tubuh ibu hamil akan mula menghasilkan hormon-hormon yang membantu perkembangan bayi kandungan.

Namun hormon-hormon ini memberi kesan lain kepada si ibu seperti morning sickness, mood swings dan juga terasa lebih sensitif.

Kata kunci di sini adalah bersabar dan bersabar. Anda bersama pasangan perlu menempuh situasi ini secara bersama.

Cari satu punca kekuatan buat si ibu dan si ayah agar dapat terus menempuh suka duka sepanjang kehamilan.

Fasa Trimester Kedua

Pada ketika ini, emosi ibu mengandung cenderung menjadi lebih sensitif. Hal ini kerana, selain perlu menjadi lebih berhati-hati bagi menjaga kandungan, si ibu akan mempunyai pelbagai perubahan dari segi fizikal.

Di sini, pepatah ‘kerana mulut badan binasa’ benar-benar boleh terjadi. Segala komen atau pendapat mengenai tubuh badan si ibu boleh mengguris hati mereka dan menyebabkan si ibu berasa tidak yakin pada diri sendiri.

Jika ini tidak diurus atau dibendung dengan baik, para ibu akan kemurungan, tidak percaya diri lalu tidak mampu melaksanakan aktiviti harian dengan baik.

Justeru, di sinilah pasangan berperanan untuk menjaga dan sentiasa meningkatkan keyakinan isteri.

Kita boleh mula memuji ketabahannya, kecantikannya dan bertanyakan tentang perasaan serta aktiviti sehariannya.

Komunikasi yang baik serta pujian yang diberikan ini akan mampu menstabilkan emosi ibu mengandung sekali gus memberikan kebahagiaan yang berterusan serta mengharmonikan hubungan.

Fasa Trimester Ketiga

Kepenatan fizikal dan mental adalah cabaran terbesar si ibu dalam tempoh ini. Ibu akan mengalami masalah fasa mood swings paling kerap. Ini disebabkan kadar hormon progesterone dan estrogen si ibu menjadi sangat tinggi

Jadi para suami sekalian, bersiap sedialah!

Di sini, suami berperanan untuk menyediakan kelengkapan menyambut bayi. Jika ada kelas-kelas parenting, hadir bersama isteri. Luangkan masa bersama berbual bersama si ibu dan juga si kecil.

 

ibu mengandung murung

Awas Emosi Ibu Mengandung

Ibu Mengandung Mudah Letih

Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada perubahan emosi naik turun seperti roller coaster.

Mood swings seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi. Tambahab keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh mengganggu perjalanan hari anda.

Ibu Mengandung Perlu Sokongan

Ibu mengandung disarankan untuk meneruskan aktiviti fizikal harian selagi berasa selesa dan larat melakukannya.

Untuk konsisten aktif semasa berbadan dua, lakukan senaman ringan bersama suami. Paling mudah adalah untuk sentiasa berjalan perlahan di taman.

 

makanan laut wajib elak ibu mengandung

5 Makanan Dilarang Ketika Hamil

1. Makanan Laut Mentah

Makanan laut mentah terdedah dengan parasit dan juga mikroorganisma berbahaya. Lebih-lebih lagi makanan laut bercengkerang yang tinggal di dasar laut.

Melalui masakan, bakteria yang terdapat dalam cengkerang makanan laut akan dimusnahkan. Namun bahan kimia yang termendak dalam selut dan lumpur laut masih lagi berada di dalam haiwan tersebut.

Oleh itu, jalan yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan menjadikannya sebagai salah satu makanan yang perlu dielakkan.

2. Makanan Segera (Fast Food)

Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Namun pengambilan terlalu banyak makanan bergula seperti air berkarbonat, kek dan sebagainya boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.

Bahkan terdapat peningkatan risiko diabetes itu kekal selepas kelahiran.

3. Buah & Sayur Yang Tercemar

Sayuran dan buahan yang tidak dibasuh mempunyai bakteria seperti Toxoplasma, E. coli, Salmonella dan Listeria. Bakteria ini boleh didapati ketika proses-proses penghasilan, pembungkusan, penyimpanan,penghantaran, dan ketika jualan.

Buah dan sayuran adalah sumber vitamin dan makanan berkhasiat buat para ibu mengandung. Ia perlu diamalkan. Pastikan ia dibasuh dengan baik atau dimasak sempurna.

4. Minuman Berkafein Tinggi

Buat penggemar kopi, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein. Pengambilan kafein boleh menyebabkan para ibu tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup. Ditambah dengan mood swings, barangkali anda akan bermula hari anda dengan perasaan yang tidak tentu hala.

Selain itu kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.

5. Telur Mentah

Telur mentah mempunyai risiko kehadiran salmonella.Elakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya.

Pilih makanan yang telurnya. diproses dengan baik dan yang telah dipastur. Jika memasak telur di rumah, pastikan ia dibasuh bersih. Ini kerana telur ayam keluar melalui saluran sama yang mengeluarkan najis. Jadi, bahan makanan anda juga boleh tercemar jika tidak berhati-hati.

Kesimpulan

Ibu yang pertama kali mengandung sememangnya memerlukan tunjuk ajar dan tips daripada mereka yang berpengalaman.

Dengan mempunyai ilmu yang tepat, insya-Allah para ibu ayah dapat menempuh tempuh 9 bulan dengan kenangan yang tidak dilupakan.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan