Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)

Sembelih korban sah

Ibadah korban yang sempurna, wajib memenuhi semua syarat sah korban. Ia merangkumi aspek teknikal bermula pemilihan binatang korban dan juga tempoh pelaksanaan ibadah korban tersebut.

 

Jika tidak mengikuti syarat-syarat ini, penyembelihan tidak dikira sebagai ibadah korban dan dikira sebagai penyembelihan biasa.

Perkongsian berikut akan menerangkan secara holistik apa itu korban, syarat sah korban serta rukun korban agar anda dapat melaksanakan ibadah ini dengan yakin dan sempurna.

Baca : Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)

Apa Itu Korban?

Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyri’ (11-13 Zulhijjah).

Apa Hukum Ibadah Korban?

Hukum korban terbahagi kepada dua, bergantung niat asal mengapa hendak melakukan ibadah ini.

  1. Wajib : Buat mereka yang telah berniat nazar untuk korban.
  2. Sunat Muakkad : Sunat yang dituntut bagi orang yang berkemampuan.

Apa Syarat Sah Korban?

        1. Niat Pada Allah

Setiap aktiviti ibadah dalam Islam bermula dengan niat. Maka, adalah penting untuk berniat korban untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Baca : Ini Lafaz Niat Korban Yang Lengkap (TERKINI)

                Waktu Niat Korban

Niat untuk berkorban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan qurban. Untuk orang awam, cukup sekadar semasa kita membayar bahagian korban yang dibeli dengan kariah.

        2. Haiwan Yang Boleh Dikongsi Bahagian

Jika ingin berkongsi korban, maka pilihlah ternakan korban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau. Binatang ternakan ini mempunyai 7 bahagian maka boleh dikongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.

        3. Dilakukan Pada Hari Nahar & Hari Tasyrik

Penyembelihan korban perlu dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13 (namun makruh, untuk melakukan penyembelihan waktu malam).

Penyembelihan tidak dikira korban jika dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah.

Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)

3 Rukun Korban Anda Perlu Tahu

        1. Binatang Korban

Binatang ternakan seperti lembu, kerbau, semua jenis kambing dan unta boleh digunakan untuk berkorban. Perlu diingat yang tidak sah berkorban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

        2. Masa Korban

Korban boleh dilakukan setelah selesai sembahyang hari Raya dan bacaan khutbah. Daripada sudut kedudukan matahari iaitu matahari naik sekadar segalah.

Masa korban berterusan siang dan malam sehingga  terbenam matahari Hari Tasyri’ yang akhir.

        3. Penyembelih Haiwan Korban

Haiwan tersebut tidak boleh mempunyai kecacatan. Ia hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Teruskan pembacaan mengenai syarat sah haiwan korban.

Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)

Syarat Sah Haiwan Korban

        1. Sihat & Bebas Penyakit

Haiwan ternakan untuk sembelihan korban hendaklah berada dalam keadaan sihat (sebaiknya gemuk) dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kembung, puru, cirit-birit dan kemurungan.

        2. Tiada Kecacatan Kekal

Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak atau kecacatan yang lain sepertinya.

Baca : Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)

              Jenis Kecacatan Haiwan Sembelihan 

  • Tidak bertelinga
  • Kurus (kurang daging)
  • Terpotong lidah & ekor
  • Berkudis pada badan (daging rosak)
  • Buta (Sebelah atau Kedua-dua Mata)
  • Tempang (Salah satu kaki atau semua)

        3. Capai Umur Minimum

Syarat umur binatang untuk dijadikan korban secara sah:

                1. Unta (5 Tahun ke arah 6 tahun)

Ada 7 bahagian, ini bermaksud boleh mempunyai 7 nama

                2. Lembu/Kerbau (2 Tahun masuk 3 tahun)

Ada 7 bahagian, ini bermaksud boleh mempunyai 7 nama

                3. Kambing (2 Tahun masuk 3 tahun)

Hanya 1 bahagian, ini bermaksud boleh mempunyai 1 nama

                4. Biri-Biri (1 Tahun/ Salin Gigi)

Hanya 1 bahagian, ini bermaksud boleh mempunyai 1 nama

Syarat Sah Penyembelih Haiwan Korban

Afdal bagi orang yang melakukan korban menyembelih sendiri korbannya. Walau bagaimanapun, dia boleh mewakilkan kepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk menguruskan ibadah korban dan sunat baginya sama-sama hadir menyaksikannya dengan syarat-syarat seperti yang berikut:

        1. Muslim

        2. Mumayyiz & Berakal

        3. Capai Akil Baligh

        4. Pandai Menyembelih

        5. Tiada Paksaan

        6. Tidak Boleh Disembelih Orang Kafir

Syarat Sah Sembelihan Haiwan Korban

        1. Putus Dua Urat Pembuluh Darah iaitu karotid dan jugular (wadajain)

        2. Putus Urat Mari’ (saluran makanan)

        3. Putus Halqum (saluran pernafasan)

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

Niat Korban Yang Lengkap Berserta Maksud

Disyaratkan untuk berniat ketika menyembelih binatang qurban jika penyembelihan dilakukan sendiri, atau jika diwakilkan seseorang untuk niatkan sewaktu penyembelih menyembelih binatang qurban.

Tiada lafaz khusus untuk niat korban, dan boleh sekadar diniatkan dalam hati. Lain pula niat jikalau anda bernazar. Tidak disyaratkan berniat.

          Niat Korban Arab

نويت أن أاضحي للهِ تَعَالى

          Niat Korban Rumi

“Sahaja aku berkorban, kerana Allah Taala.”

Kesimpulan

Seseorang yang ingin melakukan ibadah korban wajib mengetahui dengan jelas syarat sah korban lebih-lebih lagi apabila ingin menyembelih sendiri.

Apabila syarat sah termasuk jenis haiwan dan waktu sembelihan dipenuhi barulah ibadah kita diterima sebagai korban, insya-Allah.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan