6 Senarai Semak Untuk Buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Anak

bayi majlis aqiqah

Majlis aqiqah sangat disinonimkan dengan majlis menyambut kelahiran bayi baru. Ia sentiasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Malaysia.

Selain melahirkan rasa syukur ibu bapa baru, mereka boleh terus mengagihkan daging aqiqah yang dimasak ketika majlis.

Namun melaksanakan sebuah majlis aqiqah perlu tersusun agar majlis lancar dan dapat mencipta kenangan manis.

Teruskan pembacaan untuk ketahui senarai semak majlis aqiqah yang sempurna. Bacaan wajib jika kali pertama dilaksanakan.

Kenapa Perlu Buat Majlis Aqiqah?

Aqiqah merupakan ibadah sunat muakkad iaitu sunnah yang digalakkan untuk dilakukan.

Hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a. :

Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Jadi, objektif utama majlis aqiqah adalah untuk menzahirkan rasa syukur dengan cara ‘memulang semula’ kenikmatan kepada masyarakat yang memerlukan.

Walau sekadar dapat melaksanakan majlis yang serba sederhana, itu sudah cukup kerana objektif aqiqah sudah tercapai.

 

 

tahniq bayi majlis aqiqah

Majlis Aqiqah Di Zaman Rasulullah

Berikut merupakan sunnah nabi dalam melaksanakan majlis aqiqah:

  • Cukur jambul

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. Cara mencukur adalah sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air koma-koma (safron) agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Rambut bayi yang dicukur ditimbang dan disedekahkan mengikut harga semasa emas atau perak.

 

  • Tahniq

Rasulullah SAW menganjurkan agar tahniq bayi menggunakan kurma ataupun madu.

Doa yang dianjurkan oleh baginda:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Bacaan rumi : Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Sesiapa sahaja boleh tahniq bayi asalkan beliau seorang yang soleh bahkan bapa bayi juga boleh melakukannya.

 

  • Tazkirah

Ambil peluang untuk menyebarluaskan amal ketika majlis keramaian. Kita digalakkan menjemput golongan agamawan untuk berkongsi sedikit ilmu agama. Sekadar jemput ustaz taman perumahan anda pun sudah memadai.

Lakukan sekadar 5 minit selepas tahniq.

 

Senarai Semak Untuk Majlis Aqiqah dan Kesyukuran         

1. Masa & Tarikh

Adakah majlis aqiqah anak anda, mengikut pada hari sunnah untuk aqiqah anak. Ada tiga pendapat :

  • Imam Malik – Tepat hari ke-7, bukan selepas atau sebelum

 

  • Mazhab Hanbali – Pada hari ke 7, 14, 21 atau setiap 7 hari berikutnya sehingga anak baligh. Setelah baligh, tiada lagi aqiqah untuknya

 

  • Mazhab Syafie – terbuka sehingga mencapai baligh. Selepas itu, tuntutan aqiqah jatuh kepada diri anak sendiri.

2. Lokasi Majlis Aqiqah

Untuk majlis yang sederhana, lakukan sahaja di rumah. Jika sempit atau tidak mempunyai ruang cukup untuk parkir dan sebagainya, anda boleh sewa dewan kecil berdekatan.

3. Senarai Tetamu & Jemputan

Cukup sekadar ahli keluarga, kenalan rapat dan orang yang boleh mempengerusikan majlis dengan bacaan doa dan lain-lain perkara sunnah yang lain. Lagipun majlis aqiqah tidak berlangsung lama. Biasanya dari tengahari sehingga waktu Asar.

4. Kad Jemputan

Anda boleh menggunakan kad digital agar dilihat eksklusif.

Untuk lebih mudah, hantaran mesej melalui Whatsapp sudah memadai.

Contoh Ayat Jemputan Majlis Aqiqah (Copy & Paste)

 

JEMPUTAN MAJLIS AQIQAH DAN KENDURI KESYUKURAN

Assalammualaikum wbt,

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya serta pasangan

[Nama anda]

[Nama pasangan anda]

ingin menjemput tuan/puan dan rakan-rakan ke

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

[Nama Anak]

Tarikh :

Hari   :

Masa   :

Di     :

Semoga kehadiran tuan/puan dan rakan taulan dapat memeriahkan majlis kami dan mendapat keberkatan dari-Nya.

 

5. Makanan Tetamu

Majlis aqiqah tidak akan lengkap tanpa daging aqiqah. Nak mudah, anda boleh mengupah katering yang menawarkan sekali pakej aqiqah. Tetapi, sudah semestikan ada kos tambahan.

Jika urus sendiri, pastikan anda tidak lupa akan ketetapan pembahagian daging aqiqah.

  • ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
  • ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
  • ⅓ bahagian untuk saudara muslim yang memerlukan

6. Pakaian

Tiada tatacara pemakaian yang tetap. Asalkan tidak berlebihan dan menutup aurat. Namun, siapa yang tidak suka jika dapat bergambar dengan baju sedondon warna?

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insya-Allah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan