Penjelasan Lengkap Pembahagian Daging Aqiqah (TERKINI)

hukum makan daging aqiqah

Selesai proses melapah daging aqiqah, maka pembahagian daging aqiqah dilakukan. Persoalannya adalah, sama ada akan terus dimasak dan dijamu tetamu dan sebaliknya?

Timbul persoalan, apakah keluarga yang melaksanakan aqiqah dibolehkan makan daging haiwan yang disembelih itu?

Ia sebenarnya bergantung pada niat asal perlaksanaan aqiqah tersebut. Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini.

Hukum Buat Aqiqah Menurut Islam

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

makan daging aqiqah

Hukum Makan Daging Aqiqah

Hukumnya dibolehkan. Cuma, lebih afdhal lebih banyak diberi jamu kepada tetamu.

Pendapat yang mengatakan tuan aqiqah tidak boleh makan daging aqiqahnya adalah apabila aqiqah dilaksanakan dengan niat nazar.

Contohnya apabila seseorang telah berniat “Aku bernazar kalau dapat anak perempuan, aku akan sembelih seekor kambing sebagai aqiqah”.

Maka setelah mendapat anak perempuan orang tersebut wajib membayar nazar dengan melakukan aqiqah seekor kambing. Daging dari sembelihan aqiqah ini tidak boleh dimakan oleh tuan aqiqah beserta dengan ahli keluarganya seisi rumah.

Pembahagian Daging Aqiqah

Yang sebenarnya, tiada nisbah tertentu dari sudut pembahagian daging aqiqah.

Namun, semasa menjamu digalakkan dijemput keluarga dan sahabat, jiran tetangga dan golongan fakir miskin.

Untuk menuruti sunnah Rasulullah, masaklah daging aqiqah tersebut dengan masakan yang manis (kuzi atau kurma contohnya)

Hal ini adalah untuk bertafa’ul ataupun mengharapkan agar anak yang diaqihkan itu membesar dengan perangai yang elok serta budi pekerti.

Memberi bahagian kaki kambing aqiqah kepada bidan juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Daging Aqiqah Siapa Boleh Makan?

1. Ibu Bapa

2. Keluarga

3. Fakir Miskin

kenduri aqiqah

Bolehkah Makan Daging Aqiqahnya Sendiri?

Disunatkan memakan sebahagian daging sembelihan daripada ibadah aqiqah, kemudian disedekahkan sebahagian lagi.

Ini sesuai dengan kata – kata daripada Aisyah r.a bahawa :

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).”

(Ibn Abi Shaybah)

Daging sembelihan daripada ibadah aqiqah boleh dimakan oleh ibu bapa anak yang diaqiqahkan.

Mereka mestilah tidak memakan daging itu berseorangan tanpa menjamu ahli keluarga terdekat, jiran tetangga, sahabat handai, fakir miskin dan sebagainya.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jika aqiqah itu adalah aqiqah nazar, maka daging aqiqah tidak boleh dimakan.

Kesimpulan

Berbeza dengan daging korban ,daging aqiqah tiada pembahagian spesifik.

Bahkan ahli keluarga sendiri boleh memakannya. Asalkan pembahagiaannya juga diberikan kepada orang-orang yang memerlukan.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan