Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

azan baby baru lahir

Bayi selamat lahir memang gembira tapi jangan sampai lupa panduan azan anak lelaki / perempuan anda! Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ – حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ

Riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514)

Maksudnya: Aku telah melihat Rasulullah SAW telah mengazankan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali iaitu setelah Fatimah melahirkannya dengan azan bayi dengan betul?

Sebagai ketua keluarga, anda tidak boleh ambil enteng soal keberkatan dan keselamatan keluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui cara azan anak dengan betul.

Baca : Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

Hukum Azan & Iqamat Anak Baru Lahir

Ulama hadis berbeza pandangan dalam menetapkan hukum hadis azan di telinga bayi yang baru lahir. Sebahagian ulama menghukumkan hadis ini sebagai daif (lemah) kerana, terdapat dalam sanadnya perawi yang da’if iaitu ‘Asim bin Ubaidillah.

Sebahagian yang lain pula menilai hadis ini sebagai sahih. Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih dan Imam al-Hakim juga turut mensahihkan hadis ini.

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan.

Kelebihan Azan Anak Baru Lahir

Antara hadis yang menceritakan kelebihan azan anak baru lahir adalah bagi mengelakkan gangguan syaitan saat bayi baru dilahirkan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ

Maksudnya: Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia menusuk di sebalik hijab.

Riwayat al-Bukhari (3286)

bayi baru lahir

Cara Azan Bayi Lelaki

1) Angkat bayi ke paras mulut atau posisi yang selesa.

2) Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan nada sederhana. Ukurannya, tak ubah seperti kuat nada anda berbual biasa.

Berikut adalah azan dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA ‘ALAL-SALAH, HAIYA ‘ALAL-SALAH.
HAIYA ‘ALAL-FALAH, HAIYA ‘ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH….

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah mendirikan solat. Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan. Marilah menuju kemenangan
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Cara Azan Bayi Perempuan

1) Sama seperti bayi lelaki, angkat bayi ke paras atau posisi selesa.

2) Azan dengan nada sederhana. Kemudian beralih ke telinga kiri bayi untuk iqamat.

Berikut adalah iqamat dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,
HAIYA ‘ALAL-SALAH,
HAIYA ‘ALAL-FALAH,
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH.…

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan.
Telah hampir untuk solat, telah hampir untuk solat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazan dan diiqamatkan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Anak Perempuan Azan Atau Iqamat?

Budaya orang Melayu terbiasa dengan mengazankan bayi lelaki di telinga kanan, dan cukup sekadar iqamat pada telinga kiri bayi perempuan.

Sebenarnya tiada panduan khusus untuk mengazankan bayi. Tak menjadi kesalahan untuk mengazankan bayi kemudian membaca iqamat, samada untuk bayi lelaki mahupun bayi perempuan.

Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan