11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

beg doorgift aqiqah

Kelahiran cahaya mata sudah pastinya akan dimeriahkan dengan majlis aqiqah anak. Sebagai kenang-kenangan, majlis tersebut sudah pasti memerlukan doorgift untuk tetamu.

“Berbeza dengan majlis perkahwinan, majlis aqiqah yang biasanya disambut sederhana hanya memerlukan doorgift yang mampu milik. Namun walau kecil, manfaatnya tetap besar.”

Teruskan pembacaan untuk mengetahui kelebihan mengadakan majlis aqiqah dan idea-idea doorgift menarik lagi murah.

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

bayi majlis aqiqah

Kelebihan Buat Majlis Aqiqah

1. Beritahu Kelahiran Anak

Majlis aqiqah merupakan jalan terbaik untuk mengisytiharkan berita kelahiran anak. Menguar-uarkan berita baik adalah lebih baik daripada timbulnya cerita atau fitnah yang tidak diingini.

2. Tanda Syukur Kepada Allah SWT

Firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 9 yang bermaksud :

“ Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Dengan mengadakan majlis aqiqah, kita akan suburkan hati kita dengan sifat pemurah dan baik hati dan menjauhi sifat bakhil.

3. Anak Didoakan Dengan Doa Yang Baik

Mereka yang menghadiri majlis, sudah pasti akan mendoakan yang baik-baik ke atas bayi supaya sentiasa sihat, membesar dengan sempurna dan dihindari dari bala bencana.

4. Laksana Tertib & Sunnah Dalam Islam

Aqiqah merupakan sunnah yang dilazimi Nabi SAW. Secara tidak langsung, kita dapat menjauhi daripada amalan bidaah seperti lenggang perut dan baby shower atau amalan-amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

5. Rapatkan Silaturrahim Dua Keluarga

Kehadiran tetamu dalam kalangan keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dapat mengeratkan hati dan mewujudkan kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

Baca : 6 Senarai Semak Untuk Buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Anak

Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis

1. Tasbih Digital

Tasbih sesuai untuk dijadikan sebagai door gift. Untuk mengikuti peredaran zaman, berikan tasbih digital.

2. Kayu Sugi (Siwak)

Untuk pengetahuan anda, manusia sudah menggunakan kayu sugi semenjak lebih 2000 tahun dahulu lagi. Penggunaannya diteruskan sehingga kedatangan Islam, ia menjadi popular kerana Rasulullah SAW sangat gemar menggunakan kayu sugi. Hadiah yang menarik bukan?

3. Sejadah Gebu

Jadikan sejadah gebu sebagai door gift buat tetamu anda sebagai satu kelainan untuk hadiah-hadiah bertemakan ‘amal ibadah’. Siapa tak suka solat atas sejadah lembut dan selesa?

4. Kitab Doa & Zikir Harian

Selain surah Yaasiin, al-Mathurat juga boleh dijadikan pilihan sebagai doorgift. Untuk lebih unik, pastikan tertulis nama anak, tarikh dan nama majlis di belakang Al-Mathurat yang diberikan.

5. Kitab Yassin

Doorgift yang paling lazim diberikan di Malaysia. Surah Yasin biasanya dibaca pada setiap hari Khamis, maka pastinya tetamu akan seronok mendapat hadiah ini dari anda, Untuk jadikan lebih istimewa,letakkan nama anak, tarikh dan nama majlis di belakang naskhah tersebut.

6. Lilin Wangi Untuk Rumah

Kali ini hadiah bertemakan wangi-wangian. Lilin wangi sudah menjadi idea door gift yang semakin popular di Malaysia. Berikan hadiah kecil ini dengan kotak menarik kepada tetamu yang datang.

7. Minyak Attar

Minyak attar sebenarnya boleh didapati dengan secara borang dan murah. Pastinya haruman attar sentiasa diminati majoriti masyarakat melayu. Selain itu minyak attar juga mempunyai pelbagai manfaat jasmani dan rohani.

8. Bunga Rampai

Doorgift klasik dan bernostalgia tapi semakin dilupakan. Ini kerana bunga rampai memerlukan kerajianan menghiris daun pandan dan taburan bunga segar. Anda boleh pertimbangkan bunga rampai sebagai doorgift untuk majlis anda.

9. Tudung

Dengan hadiah tudung, doorgift anda boleh direka dan digubah ke pelbagai macam bentuk. Ikat dengan ribbon, atau buat bouquet pun cantik. Semoga pahala mengalir untuk pemberi selagi digunakan menutup aurat.

10. Roti Gardenia

Siapa tak suka dapat doorgift jenis makanan? Ia murah dan mudah dan semestinya mudah diuruskan oleh penerima. Cumanya ada yang kurang menggemari kerana tiada tanda kenang-kenangan.

11. Pulut Kuning

Buah tangan klasik ini masih mendapatkan tempat dalam hati masyarakat melayu. Kini, terdapat perkhidmatan menjadikan makanan ini dalam bentuk doorgift.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan