Saban tahun, ibadah korban akan dilaksanakan pada bulan Zulhijjah.
Namun, jika kita lakukan tanpa mengetahui mengapa dan fadilatnya, sudah pasti ia akan menjadi sebuah amal ikut-ikutan tanpa ruh.
Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui ibadah korban secara menyeleruh, termasuk sejarah korban sejak Nabi Adam a.s
Hukum Aqiqah Dalam Islam
Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.
Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.
Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”
Baca : Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)
Hukum Korban Dalam Islam
Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Korban hanya boleh dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Zulhijjah sahaja.
Ianya tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan
Fadilat Ibadah Korban Menurut Islam
Daripada Aisyah r.a, sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada Hari Kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (reda) Allah sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berkorban.”
Riwayat at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan gharib
Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)
Sejarah Korban Sejak Nabi Adam as Hingga Kini
1. Nabi Adam a.s.
Pada zaman Nabi Adam telah turun ke bumi, kedua anak beliau yang bernama Habil dan Qabil diperintahkan untuk mempersembahkan korban. Korban dari Habil diterima sedangkan Qabil tidak.
2. Nabi Nuh a.s.
Setelah peristiwa banjir besar, Nabi Nuh kemudian meletakkan korban di tempat tertentu kemudian dibakar.
3. Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim mendapatkan perintah daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya. Mendengar hal tersebut Nabi Ismail tanpa ragu mahu ayahnya menerima perintah dari Allah SWT..
Ketika Nabi Ibrahim hendak memotong leher Ismail, terganti Nabi Ismail dengan seekor domba oleh malaikat Jibril.
Perintah berkenaan merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menguji ketaatan dan keikhlasan dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
4. Nabi Musa a.s.
Cara berkorban semasa zaman Nabi Musa berbeza. Cara dengan melepaskan sebahagian haiwan korban yang dimiliki kemudian sebagiannya lagi disembelih.
5. Abdullah bin Abdul Mutalib (Bapa Nabi saw)
Abdul Muthalib adalah atuk kepada Rasulullah SAW. Pernah semasa ayah Nabi SAW, Abdul Muthalib harus berkorban hingga 100 ekor unta untuk menggantikan nazarnya yakni mengorbankan anak terakhirnya, yaitu Abdullah.
6. Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW ternyata juga pernah melaksanakan korban di waktu Haji Wada setelah solat di Mina. Beliau berqurban dengan seratus ekor unta yang di mana 70 di antaranya baginda sembelih sendiri dan bakinya disembelih oleh Ali bin Abu Thalib.
Amalan Aqiqah & Korban di Malaysia
Aqiqah di Malaysia
Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu. Ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW.
Baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucunya iaitu Hassan r.a dan Hussain r.a.
Namun, yang menjadi ikut-ikutan adalah trend mengadakan majlis besar-besaran semasa majlis aqiqah.
Korban di Malaysia
Korban di Malaysia biasanya menggunakan lembu. Kebiasaannya, 2 bulan sebelum tibanya musim haji, sudah dibuka pengisian nama-nama untuk bahagian lembu.
Tiba tempoh 3 hari untuk berkorban, maka dilaksankana sama ada di surau atau di tempat lapang.
Daging korban biasanya terus diagihkan kepada penduduk setempat.
Daftar Aqiqah Anak Di Sini
Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.
Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.
Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!