Pernahkah anda terfikir apakah hukum makan daging korban yang anda terima pada Hari Raya Korban? Semasa musim Hari Raya Korban, ramai yang ragu-ragu!
Hukum memakannya bergantung kepada niat asal ibadah korban tersebut.
Teruskan pembacaan untuk mengetahui hukum makan daging korban dan juga hukum memberikan daging korban kepada orang bukan islam.
Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)
Hukum Ibadah Korban
Ia terbahagi kepada dua, bergantung niat asal mengapa hendak melakukan ibadah ini.
- Wajib : Buat mereka yang berniat korban nazar.
- Sunat Muakkad : Sunat yang dituntut bagi orang yang berkemampuan.
Baca : Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)
Hukum Makan Daging Korban
Jika korbannya itu korban sunat, maka tidak wajib atas dirinya memakan bahkan harus sedekah kesemuanya.
Firman Allah Taala :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِير
Ertinya: “Maka kamu sekelian makanlah daripada haiwan korban itu dan berilah makan kepada orang-orang susah yang faqir.” (Al-Haj: 28)
Korban sunat bermaksud, ibadah korban yang dilakukan dengan niat untuk mendekatkan dirinya dengan Allah dan bersedekah.
Berkata Imam Nawawi:
وَلَهُ الْأَكْلُ مِنْ أُضْحِيَّةِ تَطَوُّعٍ، وَإِطْعَامُ الْأَغْنِيَاءِ
Ertinya: “Dan harus bagi tuan korban makan dari haiwan korbannya yang sunat dan harus dia memberi makan kepada orang-orang yang kaya.” (Kitab Mibhaj At-Talibin)
Jadi adalah afdhal jika tuan korban memakan daripada daging korbannya kerana mengambil keberkatan daripadanya.
Jika korban wajib seperti korban nazar atau dam haji yang wajib maka tuan korban haram memakan akan daging korban tersebut walaupun sedikit. Kesemua daging korbannya wajib dia sedekah semua daging korban tersebut itu kepada faqir miskin.
Baca : Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)
Berkata Syeikh Ramli:
أَمَّا الْوَاجِبَةُ فَيُمْتَنَعُ أَكْلُهُ مِنْهَا
Ertinya: “Adapun korban yang wajib maka tertegah tuannya makan daripadanya.” (Kitab An-Nihayah)
Bahkan orang di bawah tanggungan tuan korban itu ditegah daripada memakan dari daging korban yang wajib.
Berkata Syeikh Al-Bajuri:
ولا يأكل المضحي ولا من تلزمه نفقته شيأ من الأضحية المنذورة
Ertinya: “Dan tidak harus makan oleh tuan korban dan tidak harus juga orang yang wajib atasnya nafaqahnya memakan suatu dari haiwan korban yang dinazarkan.” (Hasyiah Al-Bajuri)
Baca :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)
Hukum Daging Korban Pada Bukan Islam
Berikut adalah pendapat-pendapat kepada isu ini yang telah disebut oleh Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/425) dan begitu juga Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (9/450):
Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah:
Keringanan (rukshah) bagi golongan non-muslim yang fakir untuk menerima daging korban. Pendapat sama daripada al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur Rahimahullah.
Mazhab Maliki:
Makruh non-muslim diberikan daging korban (Yahudi dan Nasrani)
Mazhab Hanbali:
Harus non-muslim dihadiahkan daging korban yang sunat. Korban wajib pula tidak diharuskan
Mazhab Syafie:
Pendapat masyhur mengatakan tidak dibolehkan kerana korban adalah tanda ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)
Mufti Wilayah Persekutuan telah melihat isu ini berdasarkan sudut maslahah dan siyasah syar’iyyah untuk keharmonian masyarakat. Ini kerana hal ini boleh menjadi medium dakwah kepada masyarakat bukan islam.
Berdasarkan web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdapat beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan sama ada boleh diberikan atau tidak:
- Sekiranya terdapat jiran non-muslim dan mereka bersifat baik serta ramah dengan masyarakat setempat, maka boleh diberikan lebihan daripada hasil korban (jika ada) kepada mereka.
- Sekiranya daging korban itu hanya cukup kepada orang Islam, dahulukan daging tersebut kepada umat Islam setempat yang lebih memerlukan. Wallahualam.
Daging Korban Siapa Boleh Makan?
Kesimpulannya, hukum makan daging korban jika korban sunat, maka tuan korban boleh memakan daging korbannya. Jika ada lebihan, boleh diberikan kepada orang bukan islam yang baik.
Jika korban nazar, maka tuan korban dan sekalian orang yang wajib dia tanggung nafkahnya haram memakan sedikit pun dari haiwan korban tersebut. Kesemua daging korban nazar perlu diberikan kepada fakir miskin.