Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)

Buat korban untuk orang meninggal

Sebenarnya, masih ramai orang awam yang tidak tahu akan hukum korban untuk arwah dalam syarak terpecah kepada tiga bahagian.

Ada berpendapat membolehkan, ada berpendapat makruh dan ada juga berpendapat tidak boleh.

Teruskan bacaan mengenai asas korban dan hukum mengejarkan korban untuk orang yang telah meninggal dunia.

Apa Itu Korban?

Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyri’ (11-13 Zulhijjah)

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

6 Syarat Sah Korban

          1. Niat Ibadah Korban

Niat dilakukan semasa pembelian haiwan korban atau semasa melakukan penyembelihan. Tiada lafaz khaz untuk ibadah korban.

          2. Haiwan Ternakan Tidak Cacat

Haiwan ternakan yang dipilih untuk dikorbankan tidak boleh mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak sehingga hilang daging, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak atau kecacatan yang lain sepertinya.

          3. Haiwan Yang Cukup Umur

Binatang korban perlu mencapai syarat umur tertentu agar boleh dikorbankan:

  • Biri-Biri (1 Tahun/ Salin Gigi)
  • Unta (5 Tahun ke arah 6 tahun)
  • Kambing (2 Tahun masuk 3 tahun)
  • Lembu/Kerbau (2 Tahun masuk 3 tahun)

Baca : Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)

          4. Sembelihan Ikut Waktu Tepat

Korban boleh dilakukan setelah selesai solat hari Raya dan bacaan khutbah. Masa korban berterusan siang dan malam sehingga  terbenam matahari Hari Tasyri’ yang akhir.

Perlu dingatkan yang makruh hukumnya untuk melakukan penyembelihan pada waktu malam.

          5. Disembelih Oleh Orang Islam

Wajib disembelih oleh orang Islam.

          6. Ikut Syarat & Tertib Sembelihan

        1. Putus Dua Urat Pembuluh Darah iaitu karotid dan jugular (wadajain)

        2. Putus Urat Mari’ (saluran makanan)

        3. Putus Halqum (saluran pernafasan)

 

Baca :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)

 

Hukum Korban Untuk Arwah

Ada tiga hukum menurut kupasan Mufti Wilayah Persekutuan:

(1) Dibolehkan.

Melakukan korban buat si mati dibolehkan dan pahalanya sampai buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.

(2) Makruh

Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42]

(3)Tidak boleh

Jika tidak diwasiatkan, maka tidak boleh melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:

“Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, hlm. 321]

Dalil Korban Untuk Orang Meninggal

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada ‘Aisyah R.A yang mana meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebutkan:

 

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

 

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada ahli (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad. Riwayat Muslim (1967) dan selainnya.

Dalil ini digunakan untuk menyokong hukum dibolehkan korban untuk arwah.

Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)

Kesimpulan

Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama, nasihat Mufti Wilayah lebih  cenderung kepada pendapat ketiga iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.

Namun tidak dinafikan yang ada sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak perlu adanya wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili Hafizahullah yang menyebut:

“(dan dikatakan) sah hukumnya sembelihan bagi si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah maka sahlah juga bagi si mati dan ianya memberi manfaat buatnya”. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, 2/490]

Jadi, kita dinasihatkan agar mengambil satu pendapat sahaja dalam menentukan hukum korban untuk arwah yang telah meninggal dunia.

Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan