Dalil & Hukum Aqiqah Anak Lelaki & Perempuan (Edisi 2023)

majlis aqiqah bayi hukum aqiqah

Ramai ibu bapa yang baru menerima kelahiran anak pastinya mahu melaksanakan aqiqah. Tetapi boleh jadi mereka kurang pasti akan hukum aqiqah dalam islam apabila tiba giliran mereka nanti.

“Adalah sangat penting bagi seorang muslim untuk mengetahui hukum sesuatu ibadah sebelum melaksanakannya. Ini bagi memastikan ibadah yang mereka laksanakan itu tidak sia-sia.”

Artikel ini menjelaskan dalil dan hukum aqiqah ke atas kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Hukum Aqiqah Dalam Islam

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi mereka yang berkemampuan. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a. katanya :

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Hukum Aqiqah Di Mekah

Sama ada di Malaysia atau di luar negara hukum aqiqah tetap sama – sunat muakkadah

Untuk pengetahuan dalam ibadah aqiqah ada 3 perkara sunnah :

Pertama: Makan sebahagian daging aqiqah/

Kedua: Berkongsi daging aqiqahkepada saudara mara dan jiran.

Ketiga: Sedekahkan daging tersebut kepada fakir miskin.

Baca : Kambing Aqiqah – Syarat dan Harga Terkini (2023)

Sekiranya aqiqah dilaksanakan di Mekah, maka mustahil untuk melakukan perkara sunnah yang pertama. Kurangnya satu elemen sunnah dalam aqiqah bukan bermaksud ia terbatal. Begitu juga sunnah kedua dan ketiga.

Jadi, kewujudan wakil untuk aqiqah di Mekah telah banyak meringankan urusan aqiqah dan memastikan sunnah dijaga. Walaupun ibadah ini cumalah sunat muakkad. Sekiranya dapat dilaksanakan sehabis baik, sudah pasti hati ibu bapa berasa lega.

Itu adalah peranan wakil aqiqah ini membantu mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadis Arba’in al-Nawawi hadis ke-36)

Hukum Aqiqah Di Mekah adalah harus.

 

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

 

Perbezaan Korban dan Aqiqah

Berikut adalah perbezaan antara ibadah korban dan ibadah aqiqah dari sudut nama dan hukum.

Hukum Korban Dalam Islam

Korban : Ibadah yang dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW. Hukumnya sunat muakkad.

Hukum Aqiqah Dalam Islam

Aqiqah : Ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak. Hukumnya sunat muakkad.

Baca : Akikah atau Aqiqah? Ini Penjelasan Dari Pakar Agama 

Aqiqah Anak Lelaki

Aqiqah anak lelaki adalah dua (2) ekor kambing sahaja.

Ini berdasarkan hadis daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a bahawa,

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Tirmizi

Untuk aqiqah anak laki-laki, sekiranya tidak mampu 2 ekor, boleh buat 1 ekor dahulu.

Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain, Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu (1) ekor kibasy – Riwayat Abu Daud.

Aqiqah Anak Perempuan

Untuk anak perempuan, cukup satu (1) ekor kambing sahaja.

Baca : Panduan & Syarat Aqiqah Anak Perempuan Menurut Islam

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Tirmizi.

Baca : Lafaz Niat Aqiqah Anak & Caranya (LENGKAP)

Kenapa Buat Aqiqah Dengan Aqiqah Centre?

1. 100% Online

Perkhidmatan kami memudahkan ibadah aqiqah lagi murah, sesuai untuk mereka yang mempunyai kekangan masa dan wang

 2. Cepat & Mudah

Tidak sampai 5 minit unutk mengisi borang pendaftaran dan ibadah terlaksana sebaik sahaja pembayaran dilakukan

3. Tak Perlu Buat Majlis

Sembelihan dilakukan di Mekah dan dagingnya akan diberikan terus pada fakir miskin di sana. Anda tidak perlu menanggung kos tambahan untuk melaksanakan ibadah ini.

Baca : 6 Senarai Semak Untuk Buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Anak

 4. 60% Lebih Murah Dari Malaysia

Harga kambing yang jauh lebih murah dari Malaysia memudahkan lagi ibadah ini untuk dilaksanakan.

5. Dapat Sijil & Video Sembelihan

Video berserta sebutan nama anak anda ketika sembelihan akan diberikan kepada anda terus sebagai bukti ibadah dilaksanakan

 6. Diyakini 24,000 Rakyat Malaysia

Aqiqah Centre mendapat tempat di hati muslim Malaysia kerana menyenangkan ibadah pada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Baca : Aqiqah Lembu Gantikan Kambing? Ini Penjelasan Mufti KL

Mereka Juga Ragu Seperti Anda

Berikut merupakan antara mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Aqiqah Centre.

1. Fizi Ali

2. Zizan Razak

3. Fahrin Ahmad

4. Shaheizy Sam

5. Imran Ajmain

6. Faye Khusairi

7. Rozita Che Wan

8. Sharifah Sakinah

Baca : Buat Aqiqah di Mekah? Buat Aqiqah Online? Ini Penjelasannya

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang mahu melaksanakan ibadah aqiqah secara murah, mudah dan cepat kerana kekangan wang dan masa.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan