Harga kambing aqiqah berubah-ubah kerana terkesan dek perubahan iklim ekonomi, menyebabkan ia menjadi faktor penentu seseorang melaksanakan ibadah ini.
Walhal, aqiqah merupakan ibadah islam yang sentiasa dilakukan dan diraikan oleh masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.
Ketahui harga terkini kambing aqiqah agar anda laksanakan ibadah sunat yang diutamakan ini dengan sempurna dan diterima.
Apa Itu Aqiqah?
Secara amnya, ia merupakan ibadah sunat berbentuk penyembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14 atau ke-21.
Ibadah aqiqah sesuai dengan hadith riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah :
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh (7); dari hari lahirnya - dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”
Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda
Kenapa Guna Kambing Untuk Aqiqah?
Ibadah aqiqah boleh dilakukan dengan menggunakan binatang ternakan berkaki empat seperti lembu, biri-biri dan kambing. Namun kambing lebih mudah dari sudut perlaksanaan ibadah.
Anda tiada masalah untuk menggunakan lembu untuk aqiqah. Namun kadar bagi seekor kambing adalah bersamaan dengan 1/7 daripada lembu dan boleh dikongsi bahagian tersebut secara berjemaah. Lembu hanya praktikal apabila lengkap 7 nama mewakili setiap bahagian.
Syarat Kambing Aqiqah Mengikut Islam
Syaratnya perlu daripada jenis berbulu. Umurnya wajib genap dua tahun.
Soal Jawab Berapa Ekor Kambing Aqiqah
Berapa ekor kambing untuk Aqiqah Anak Lelaki?
Hanya perlukan dua (2) ekor kambing sahaja.
Untuk aqiqah anak laki-laki, sekiranya tidak mampu 2 ekor, boleh buat 1 ekor dahulu.
Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain, Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu (1) ekor kibasy – Riwayat Abu Daud.
Baca : Aqiqah Lembu Gantikan Kambing? Ini Penjelasan Mufti KL
Untuk Aqiqah Anak Perempuan perlu berapa ekor kambing?
Manakala untuk anak perempuan, sekadar cukup satu (1) ekor kambing sahaja.
Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa
“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”
Riwayat At-Turmuzi.
Harga Kambing Aqiqah Terkini (2023)
Harga kambing bergantung pada berat kambing selepas proses. Harganya sekitar RM750 untuk 4 – 5 kg daging sehingga mencecah RM1200 untuk 13 – 14 kg daging.
Namun dengan Aqiqah Centre, anda boleh sempurnakan ibadah ini dengan harga RM499 sahaja.
Daftar Aqiqah Anak Di Sini
Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.
Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.
Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.
Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!