Aqiqah Lembu Gantikan Kambing? Ini Penjelasan Mufti KL

lembu korban dan aqiqah

Ramai sedia maklum yang aqiqah biasanya dilakukan dengan menggunakan kambing dan bukan aqiqah lembu. Jadi adakah ia dibenarkan?

Bagaimana pula dengan menggunakan haiwan ternakan lain seperti unta ?

Berikut adalah pencerahan mengenai ibadah aqiqah dan jawapan kepada persoalan sama ada aqiqah boleh dilakukan dengan menggunakan haiwan seperti lembu atau unta.

Apa Itu Aqiqah?

Aqiqah daripada sudut bahasa bermaksud melubangi atau memutus. Perkataan tersebut berasal daripada perkataan ‘aqq. Dari sudut istilah, aqiqah ialah penyembelihan binatang yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Kenapa Perlu Buat Aqiqah?

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad (sunat yang amat dituntut). Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Berapa Ekor Haiwan Untuk Aqiqah?

Aqiqah Untuk Anak Lelaki

Aqiqah anak lelaki adalah dua (2) ekor kambing sahaja. Sekiranya tidak mampu 2 ekor, boleh buat 1 ekor dahulu.

Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain. Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu (1) ekor kibasy – Riwayat Abu Daud.

 

Baca : Kambing Aqiqah – Syarat dan Harga Terkini (2023)

Aqiqah Untuk Anak Perempuan

Untuk anak perempuan, cukup satu (1) ekor kambing sahaja.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Turmuzi.

Syarat Sah Aqiqah

Ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat sah bagi menyempurnakannya. Antaranya:

  • Berniat aqiqah.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihanseperti
    • Binatang ternakan berkaki empat seperti kambing, lembu, kerbau dan unta.
    • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut, sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
    • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
  • Disembelih pada hari ke-7 selepas kelahiran anak atau pada bila-bila masa sebelum baligh. Jika terlepas sehingga baligh, anak itu perlu mengaqiqahkan dirinya sendiri.

Hukum Aqiqah Menurut Islam

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi mereka yang berkemampuan.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.

Hukum Aqiqah Lembu Ikut Fatwa Mutfi WPKL

Mazhab al-Syafie membolehkan kambing diganti dengan lembu ataupun unta. Ini seperti mana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmuk:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafie), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq r.a., tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.

Jadi bagaimana menisbahkan seekor kambing dengan seekor lembu untuk ibadah ini?

Disebutkan oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian bagi lembu dan juga unta.

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai. Ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian sahaja. Sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Maka dapat disimpulkan yang aqiqah kambing boleh digantikan dengan unta dan lembu. Namun perlu diingatkan yang syarat sah sembelihan aqiqah masih terpakai.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan