7 Cara Mendidik Anak Dalam Islam Untuk Cipta Keluarga Bahagia

cara islam didik anak keluarga bahagia

Dalam proses membina sebuah keluarga Islam yang lengkap, asasnya adalah dengan mendidik anak dengan ajaran Islam. Asas keluarga bahagia pula adalah dengan cara mendidik anak gaya hidup dalam Islam yang sebenar.

Namun, ramai yang tidak sedar yang untuk mencipta bahagia ini sebenarnya bermula daripada memilih pasangan lagi.

Berikut adalah cara-cara pemula mencipta keluarga bahagia dan disusuli cara mendidik anak agar membesar dalam islam.

keluarga bahagia dalam islam

4 Cara Cipta Keluarga Bahagia

1. Memilih Isteri Yang Baik

Hadis Mengenai Memilih Isteri

Kita sebagai manusia ada kecenderungan memilih yang cantik, berharta dan keturunan dalam memilih pasangan.

Namun dalam sebuah hadis, pemilihan pasangan berpandukan agama dan akhlaknya lebih menjaminkan kebahagiaan hidup berumahtangga.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

 

Maksudnya: “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”

Riwayat Al-Bukhari (5090)

2. Doa Mendapat Zuriat Yang Soleh Solehah


رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

 

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunankanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. (Surah Ibrahim: ayat 40-41)

Baca : 9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

3. Baca Doa Sebelum Bersetubuh

بِاسْمِ اللَّهِ ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Ertinya: “Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami,” (HR Bukhari).

tahnik anak

4. Laksana Hak Anak Selepas Lahir

a. Azan Anak Baru Lahir

Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.

Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.

b. Tahniq

Mentahnikadalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Baca : 9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

c. Beri Nama Hari Pertama-Ketujuh

Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.

d. Cukur Rambut Anak

Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim.

Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.

Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’. Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.

Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang

e. Laksana Sunat

Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.

Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki.

Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai.

Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.

f. Buat Aqiqah

Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bayi bayi lelaki dan. 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)

Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.

cara islam didik anak keluarga bahagia

Cara Mendidik Anak Dalam Islam

1. Ibu Bapa Perlu Pamer Sikap & Sifat Murni

Setiap anak dilahirkan dalam fitrah, bermaksud suci. Anak-anak yang lahir pada zaman dulu tak lebih baik daripada anak-anak yang lahir zaman sekarang. Semuanya sama sahaja. Bila zaman lahir itu tak tentukan masa depan anak-anak kita.

Jadi yang paling mengesani pembesaran dan peribadi anak-anak ialah ibubapa sendiri. Guru yang terbaik bagi anak-anak kita, ialah diri kita sendiri. Kalau ibu dan bapa tak bersedia, maka wajib bagi ibu dan bapa itu untuk pergi belajar dan kuasai ilmu agama sebaiknya, untuk diajarkan kepada anak-anaknya dirumah. Dengan itu barulah lepas tanggungjawabnya keatas anak-anaknya.

2. Didik Anak Tentang Kebersihan Diri

Ibu bapa adalah role-model kepada anak-anak mengenai kebersihan

Amalan asas kebersihan adalah seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari.

3. Didik Anak Tentang Ajaran Islam

Rasulullah SAW bersabda: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut tidak menyebut Islam, selain Nasrani, Yahudi dan Majusi. Ini kerana fitrah anak yang dilahirkan adalah Islam.

Oleh itu peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak untuk menjadi baik atau sebaliknya. Apabila anak kita beriman dan menjadi muslim / muslimah mereka akan :

  • Disenangi ahli keluarga, sahabat, rakan dan masyarakat

  • Lebih berakhlak  dengan cara memuliakan kita (ibu bapa)

  • Menjadi anak-anak yang soleh,dan bertaqwa kepada Allah

  • Tahu menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah

  • Menjadi manusia yang beragama dan sanggup berjuang mempertahankan agama

4. Didik Anak Kenal Allah & Rasulullah

Ingatkan mereka selalu, bahawa setiap apa yang mereka buat adalah dilihat oleh Allah, ditulis oleh malaikat, dan setiap perbuatan baik kecil atau besar, akan dibalas oleh Allah setimpalnya.

Ini juga perlu ditunjukkan pada diri ibu bapa kerana kanak-kanak lebih cepat meniru dengan contoh di hadapan mereka.

5. Didik Anak Solat Bersama

Solat adalah tiang agama. Jadi perkara ini sangat dititikberatkan oleh ibu bapa.

Untuk membina keterikatan anak agar solat tanpa disuruh, ia perlu bermula berperingkat peringkat dan dipupuk dari dalam.

Mulakan dengan sentiasa solat di depan anak, solat bersama, menghormati waktu solat dan menguruskan anak berdasarkan waktu solat. Secara tidak langsung anak-anak akan melihat solat adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan tanpa apa jua keadaan.

6. Didik Anak Berpuasa di bulan Ramadhan

Bukan mudah melatih anak kecil untuk mula berpuasa seperti orang dewasa. Dari segi fizikalnya, mereka ini tidak berpengalaman dan masih belum cukup memahami tentang kewajipan berpuasa secara mendalam.

Ajar anak berpuasa secara berperingkat mengikut kadar kemampuan mereka. Mulakan seawal yang boleh agar mereka dapat berpuasa penuh setelah baligh.

7. Didik Anak Memilih Kawan

“Seorang mukmin itu berada diatas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya, Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat” (Termizi dan Abu Daud).

Daripada hadis ini, ternyata kawan dan persekitaran juga akan mempengaruhi anak. Maka ibu bapa perlu cakna dan berikan panduan kepada anak-anak untuk memilih kawan mereka.

Kesimpulan

Membesarkan anak dalam islam memerlukan perhatian dan didikan penuh daripada ibu bapa. Ini kerana anak menjadi batu asas generasi seterusnya dan mereka suatu hari nanti juga akan berkeluarga.

Ciptalah keluarga bahagia berlandaskan tunjuk ajar islam agar kita sebagai ibu bapa dan membesarkan anak kita dalam islam.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan