Panduan & Syarat Aqiqah Anak Perempuan Menurut Islam

anak perempuan aqiqah

Sebagai ibu bapa yang baru menerima kelahiran, sudah pastinya kita mahu melaksanakan aqiqah. Ini kerana melaksanakan aqiqah adalah hak anak.

Namun ada perbezaan antara aqiqah anak lelaki dan anak perempuan. Anda perlu tahu agar apa yang dituntut, tidak lebih atau tidak kurang.

Teruskan membaca artikel ini agar dapat membezakan kedua-duanya.

Hukum Aqiqah Anak Perempuan

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad. Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Kelebihan Aqiqah Anak Perempuan

1. Tanda Syukur Atas Rezeki Anak

Firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 9 yang bermaksud :

“ Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Dengan mengadakan majlis aqiqah, kita akan suburkan hati kita dengan sifat pemurah dan baik hati dan menjauhi sifat bakhil.

2. Jauhkan Anak Dari Gangguan Syaitan

Gangguan syaitan hanya boleh dilawan dengan doa. Mereka yang menghadiri majlis, sudah pasti akan mendoakan yang baik-baik ke atas bayi supaya sentiasa sihat, membesar dengan sempurna dan dihindari dari bala bencana.

 3. Uar-uarkan Kelahiran Anak

Majlis aqiqah merupakan jalan terbaik untuk mengisytiharkan berita kelahiran anak. Menguar-uarkan berita baik adalah lebih baik daripada timbulnya cerita atau fitnah yang tidak diingini.

4. Rapatkan Silaturrahim Dua Keluarga

Kehadiran tetamu dalam kalangan keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dapat mengeratkan hati dan mewujudkan kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Hal ini kerana Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

Jumlah Kambing Aqiqah Anak Perempuan

Untuk anak perempuan, cukup satu (1) ekor kambing sahaja.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Turmuzi.

 

Harga Kambing Aqiqah

Harga Kambing Aqiqah bergantung pada berat kambing selepas diproses.

Harganya sekitar RM750 untuk 4 – 5 kg daging sehingga mencecah ke RM 1200 untuk 13 – 14 kg daging.

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan