Menjadi tugas ibu bapa untuk memberikan nama anak lelaki mereka dengan nama yang baik.
Perlu diingat, nama anak lelaki perlu mencerminkan sifat diri dan kelakian mereka kelak.
Mereka akan gunakan nama mereka sepanjang hidup dan perlu ada makna yang baik. Nama mereka bukan sekadar nama panggilan seperti nama-nama binatang peliharaan.
Teruskan pembacaan untuk mendapatkan nama-nama anak lelaki yang terbaik.
Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)
Ciri-Ciri Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik
1. Ada Makna Yang Baik
Dek kerana mengikut trend, anda terikut-ikut nama dari negara luar. Paling menyedihkan apabila anda sendiri tidak tahu erti nama tersebut.
Berikut adalah contoh nama dari timur tengah namun mempunyai erti negatif.
- Sariq (pencuri)
- Jahil (bodoh)
Dalam Sahih al-Bukhari ada diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menukar nama sahabat yang kurang elok. ‘Hazn’ yang bermakna sedih kepada ‘Sahl’ yang bermaksud mudah.
Namun, lelaki itu enggan menukar namanya seperti yang dicadangkan oleh baginda kerana mahu kekal dangan nama yang diberikan oleh bapanya
2. Bentuk Personaliti
Tidak digalakkan menggunakan nama yang menyamai golongan bukan Islam kerana dikhuatiri bermaksud tidak elok.
Selain itu, dilarang menggunakan nama yang jelas bertentangan dengan akidah seperti nama-nama tuhan dan dewa daripada agama selain Islam.
Contohnya nama-nama artis bukan Islam atau nama dewa dari mitos tertentu seperti Hercules dan Hermes.
Baca : 99 Nama Anak Perempuan Dalam Islam Yang Baik (A-Z)
3. Panggilan Harian
Jangan terlalu mengikut trend nama anak dengan ejaan yang sukar atau terlalu panjang.
Hal tersebut bukan sahaja boleh membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan dirinya terutama semasa urusan rasmi.
Seperkara lagi, pemberian nama yang panjang kepada anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.
Jadi, apa gunanya nama-nama panjang yang diberikan sekalipun membawa maksud yang baik namun akhirnya hanya nama singkatan berkenaan yang digunakan.
Baca : 1,000 Nama Bayi Lelaki Islam Dalam Al Quran (Edisi 2023)
50 Nama Anak Lelaki Islam
A = Aryan, Amir, Arshad, Adam
B = Bakrim, Badrul, Burhanuddin
C = Chairil, Carel, Cyril
D = Danial, Danish, Dzulfiqar
E = Emir, Ehsan, Elan
F = Fadhil, Fannan, Farid
G = Ghani, Ghazali, Ghaisan
H = Habib, Hamzah, Hilman
I = Ishmat, Istafa, Ilham
J = Jazman, Jabil, Jamal
K = Khalis, Kaisar, Khuldi
L = Luqman, Lutfan, Lahmuddin
M = Mika, Mahad, Muaz, Muhammad
N = Naim, Nufail, Nadmi
O = Osman, Owais, Omair
P = Putera, Pharaz
Q = Qayyum, Qasim, Qays
R = Rayyan, Razak, Rizqi
S = Sahnon, Shiraz, Syafiq
T = Tahir, Talhah, Thufail
U = Uzma, Umar, Uqail,
W = Walid, Wafiy, Wajdi
Y = Yusri, Yasin, Yaqzan
Z = Zabir, Zumar, Zikri
Contoh Nama Anak Lelaki Islam Yang Baik
Nama Para Nabi
1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Soleh
6. Ibrahim
7. Lut
8. Ismail
9. Ishaq
10. Yakub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syuaib
14. Musa
5. Harun
16. Zulkifli
17. Daud
18. Sulaiman
19. Ilyas
20. Ilyasa
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa
25. Muhammad
Nama Para Sahabat Nabi saw
1. Abu Bakar Siddiq
2. Umar Khattab
3. Usman Affan
4. Ali Talib
5. Talhah Ubaidillah
6. Zubair Awwam
7. Sa’ad Abi Waqqas
8. Sa’id Zaid
9. Abdul Rahman Auf
10. Abu Ubaidah Al Jarrah
11. Anas Malik