7 Keperluan Bayi Baru Lahir Mengikut Sunnah Islam (Lengkap)

bayi baru

Pasangan yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sudah pasti tertanya-tanya akan keperluan bayi baru lahir, terutama dari aspek agama dan rohani.

Anak yang baru lahir memerlukan penjagaan dan perhatian penuh. Mereka masih tidak berdaya dan ibu bapa wajib memenuhi keperluan mereka.

Berikat adalah senarai ringkas keperluan bayi baru lahir untuk anda.

7 Keperluan Bayi Baru Lahir

1. Azan Anak Baru Lahir

Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ – حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ

Riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514)

Ada sebahagian ulama yang meletakkan hadis ini lemah kerana sanad perawinya. Namun dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan

2. Iqamat Anak Baru Lahir

Iqamat biasanya untuk anak perempuan. Sama seperti azan kepada anak lelaki, tiada prosedur khusus.

Angkat bayi ke paras dan posisi yang selesa, kemudian laungkan sahaja dengan nada sederhana (seperti nada berbual)

3. Tahniq

Tahniq merupakan perbuatan mencalit kurma yang telah dikunyah pada lelangit bayi baru lahir. Jika tiada kurma, boleh gunakan makanan manis semula jadi yang lain seperti madu.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniqnya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.”

Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)

tahnik anak

4. Beri Nama Anak Hari 1 atau 7

Anak perlu diberi nama dengan panggilan yang elok. Selain membawa makna yang baik, disarankan agar mudah dieja dan diingati semua.

Sunat nama elok dan bermakna kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Elakkan daripada mengikut trend. Ibu bapa perlu sedar yang nama anak itu akan dibawa pada dirinya sepanjang hayat.

5. Cukur Rambut Anak

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. Cara mencukur adalah sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air koma-koma (safron) agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Rambut bayi yang dicukur ditimbang dan disedekahkan mengikut harga semasa emas atau perak.

6. Laksana Sunat

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Bersunat mempunyai kebaikan dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.

7. Buat Aqiqah Anak

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya boleh dimasak dan diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

maksud aqiqah bayi lelaki

Kelebihan Buat Aqiqah Anak Baru Lahir

1. Laksana Ibadah Sunat Muakkad

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi mereka yang berkemampuan.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a katanya :

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.

2. Hak Anak Atas Ibu Bapa

Ibadah aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu. Ia adalah ibadah sunat yang dititikberatkan.

Jika tidak melaksanakan aqiqah sehingga dia baligh, tanggungjawab untuk melaksanakannya telah jatuh ke anak tersebut

Maka, tunaikanlah tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

3. Rapatkan Silaturrahim

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan.

Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan sebagai keperluan bayi baru lahir.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan