4 Gaya Keibubapaan & Contoh Mengikut Rasulullah (Edisi 2023)

gaya ibu anak

Ramai ibu bapa yang tidak tahu gaya keibubapaan yang tepat ketika mereka membesarkan anak dan ini menyebabkan majoriti ibu bapa rasa hilang arah dalam proses membesarkan anak mereka.

Disebabkan kurang pendedahan, ramai hanya ikut cara bagaimana ibu bapa mereka membesarkan mereka dahulu. Lebih teruk lagi apabila mereka hanya go with the flow, atau sekadar cuba-cuba tips trending ibu bapa lain.

Yang penting, jangan sesekali membesarkan anak seperti menjaga haiwan peliharaan. Anak-anak perlu mendapat pendidikan dan ibubapa perlu jerih membesarkan mereka.

Teruskan pembacaan untuk memahami apa itu keibubapaan dan gaya terbaik yang boleh kita praktikkan.

Apa Itu Keibubapaan?

Gaya keibubapaan adalah cara ibu bapa dalam membesarkan dan membentuk anak-anak mereka.

Ahli psikologi telah mengkelaskan gaya keibubapaan kepada empat gaya iaitu autoritatif, authorian, permisif dan pengabaian. Setiap gaya ini akan membentuk ciri-ciri yang berbeza dan kesan kepada anak-anak.

Baca : 9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

4 Gaya Keibubapaan

1. Gaya Keibubapaan Autoritatif

Gaya sangat berkesan dan memberi manfaat untuk anak-anak. Ibu bapa lebih mesra dan responsif terhadap anak-anak. Give and take kata orang.

Ibu bapa masih boleh letakkan jangkaan yang tinggi pada anak-anak. Namun wajib memberi sokongan sepenuhnya buat mereka.

Bagi anak-anak yang dibesarkan dengan gaya ini, mereka lebih cenderung bersikap mesra, bertenaga, ceria, pencapaian akademik yang tinggi, mempunyai lebih keyakinan diri dan kurang bersikap nakal.

Namun gaya ini, memerlukan daya mental ibu bapa yang sihat dan luangan masa yang banyak.

2. Gaya Keibubapaan Permisif

Ibu bapa mesra, tetapi kurang bertanggungjawab. Gaya ‘tidak soal panjang, bagi je.’

Di sini Ibu bapa tidak bertegas dan kurang mempunyai peraturan buat anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga kurang memantau aktiviti anak-anak serta memanjakan anak-anak.

Anak-anak akan cenderung menjadi impulsif, memberontak, tidak senonoh, dominan dan agresif.

Contoh terdekat kesan gaya ini adalah dalam filem ‘Anakku Sazali.’

3. Gaya Keibubapaan Pengabaian

Ibu bapa dingin tidak responsif terhadap anak-anak. Gaya ‘lantak kau la apa nak jadi.’

Tiada sebarang peraturan yang ditetapkan, dan seolah-olah tiada hubungan ibu bapa dan anak. Yang paling jelas daripada ibu bapa gaya ini adalah, mereka bersikap acuh tidak acuh terhadap anak-anak. Sekadar disediakan hak material dan bukan hak kasih sayang.

Di sini, kanak-kanak akan lebih cenderung mempunyai keyakinan diri rendah. Keadaan lebih sukar apabila terlibat dengan masalah tingkah laku. Ini kerana mereka mencari individu lain untuk menjadi contoh atau model selepas diabaikan oleh ibu bapa sendiri.

4. Gaya Keibubapaan Authorian

Gaya ‘hitam atau putih’ dan anak-anak tidak punya suara dan pendapat di dalam rumah.

Gaya ini kebiasaannya ibu bapa tidak responsif terhadap perasaan anak-anak.

Ibu bapa meletakkan peraturan yang sangat ketat sehingga memberi tekanan buat anak-anak. Mereka juga meletakkan jangkaan tinggi sdan mahu anak-anak taat tanpa kompromi.

Melalui gaya ini, anak-anak mungkin dilihat baik kerana mengikut kata atau hebat kerana ada pencapaian akademik. Namun jangka masa panjang mereka akan berasa rendah diri dan lemah dalam pergaulan.

Baca : 7 Cara Mendidik Anak Dalam Islam Untuk Cipta Keluarga Bahagia

ibu bapa dan anak perempuan

Gaya Keibubapaan Mengikut Rasulullah SAW

1. Memuji Anak

Walau sekecil-kecil kebaikan atau pencapaian, puji. Memberi pujian bukan bermaksud mengampu. Puji terhadap tindakan, aktiviti, pencapaian mereka.

Rasulullah selalu memuji cara ini dan bukan memuji fizikal seseorang, kerana ini boleh menerapkan sikap angkuh dan bongkak.

2. Memberi Ganjaran

Ada 4 jenis ganjaran: positif, negatif, duniawi dan tarbawi.

Namun Rasulullah memilih doa sebagai ganjaran tarbawi yang terbaik. Sebagai contoh, nanti dah siap kerja sekolah, ayah doakan kamu supaya dapat pergi Mekah.

3. Letak Panduan

Jangan marah anak-anak kita dengan kesilapan yang mereka lakukan kerana kita sendiri tidak berikan garis panduan.

Sebagai contoh anak-anak yang bermain-main ketika solat. Apa kata sebelum mulakan solat lagi, sudah diterangkan yang ketika solat, tidak boleh bercakap dengan orang lain. Sebab ketika solat kita bercakap dengan Allah.

Jadi berikan dulu ‘mengapa’ sesuatu tindakan atau arahan itu.

4. Memberi Solusi

Anak-anak perlukan bimbingan. Jadi, apabila berlaku konflik atau masalah, berikan jawapan atau solusi yang mudah difahami namun mendekatkan diri kepada Allah.

Denda masih boleh diberikan, namun biarlah ia membentuk dan membina.

5. Rahmah

Sukar tapi boleh dilaksanakan. Sifat manusia yang suka membalas secara setimpal, lebih-lebih lagi jika membalas perbuatan buruk.

Anak-anak sebagai kain putih, perlu diajar dengan 3 perkara ini:

Fitrah ; bila kita buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita

Dendam : bila kita buat jahat dengan orang, orang tu pasti balas jahat dengan kita.

Sunnah : Kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas semula dengan kebaikan. Ini cara Rasulullah.

Daftar Aqiqah Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Share :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Artikel Berkaitan