1) Aqiqah Centre mendapat anugerah Raising Star dari Star Outstanding Business Award (SOBA) pada tahun 2021
2) Setakat Mac 2023, lebih daripada 80,000 rakyat Malaysia telah menggunakan servis Aqiqah Centre.
3) 9 dari 10 pelanggan Aqiqah Centre memberikan rating 5 bintang di Google dan Facebook.
Formula mudah yang digariskan oleh ulama, sekiranya anak anda lahir di siang hari sebelum waktu maghrib maka ia sudah di kira hari pertama.
Manakala sekiranya anak tersebut lahir selepas waktu maghrib, keesokan harinya adalah hari pertama ini kerana hari di dalam islam berpandukan waktu Maghrib.
Sekiranya waktu qurban datang dahulu, adalah lebih baik utamakan qurban.
Sekiranya waktu qurban datang kemudian, maka menyempurnakan aqiqah adalah lebih dituntut berbanding menyempurnakan aqiqah.
Hukum asal aqiqah tetap Sunnah Muakkad. Kita jawab dari beberapa keadaan :-
1) Bagi anak yang belum capai umur aqil baligh, tanggungjawab mengaqiqahkan anak jatuh pada bahu ibu dan ayah.
A. Kalau anak luar nikah, jatuh tanggungjawab pada si pemberi nafkah (ibu atau ahli keluarga ibu)
B. jika anak angkat, jatuh tanggungan kepada ibu dan/atau ayah angkat. keluarga angkat hanya perlu maklumkan/ minta izin kepada keluarga kandung sahaja.
2) bagi anak yang dah capai umur aqil baligh, tanggungjawab aqiqah sudah terlepas dari ibu ayah. akan tetapi ayah dan ibu masih boleh laksanakan – menurut fiqh anak yang dah capai umur aqil baligh ni dah boleh cari duit sendiri jadi dia boleh aqiqahkan diri sendiri pakai duit sendiri.
Menurut hadith, hikmah pelaksanaan aqiqah adalah :-
1) Melahirkan rasa syukur yang terdalam kepada Allah hadiah/kurniaan yang diberikan.
2) Menyahut seruan sunnah yang Rasul anjurkan kepada ummatnya.
3) Mengelakkan dari gangguan syaitan, berdasarkan hadith ini :
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.
Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Harga biasa adalah RM629 seekor. Sekarang, ada harga promosi yaqni RM599 seekor.