Posted on

Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)

Niat korban lembu

Jika anda ingin melakukan korban pada tahun ini, maka ada baiknya anda pasang niat korban tidak kisahlah haiwan tersebut adalah lembu atau kambing asalkan haiwan tersebut berkaki empat!

Niat adalah pemulaan ibadah, jadi adalah penting untuk berniat dengan tepat. Hal ini kerana hanya niat korban sunat sahaja yang anda boleh mengambil bahagiannya.

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

Teruskan pembacaan untuk mengetahui niat korban lembu yang lengkap sebelum memulakan ibadah ini.

Baca : Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)

wakil korban lembu

Ciri-Ciri Korban Lembu Yang Baik Untuk Korban

          1. Sihat Tubuh Badan & Sempurna

Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

          2. Tidak Cacat & Ada Kekurangan

Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak atau kecacatan yang lain sepertinya.

                Jenis Kecacatan Haiwan

  • Buta
  • Bunting
  • Tempang
  • Berkudis
  • Tidak bertelinga
  • Terpotong lidah & ekor
  • Kurus & kurang daging

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

          3. Capai Umur Korban (2 Tahun)

Dengan mencapai umur ini, saiz lembu sesuai untuk mempunyai 7 bahagian. Ini bermaksud boleh dikongsi dengan 7 nama peserta korban.

Baca :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)

Hukum Korban Haiwan Lembu Dalam Islam

Hukumnya dibolehkan. Binatang ternakan seperti lembu, kerbau, semua jenis kambing dan unta boleh digunakan untuk berkorban. Perlu diingat yang tidak sah berkorban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

Baca : 5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)

Niat Korban Lembu

          Niat Korban Lembu (Arab)

نويت أن أاضحي للهِ تَعَالى

          Niat Korban Lembu (Rumi)

“Sahaja aku berkorban, kerana Allah Taala.”

Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)

Niat Korban Untuk Wakil

 

Tiada lafaz niat wakalah yang khusus. Yang penting adalah di antara wakil dan yang berkorban sudah bersetuju dengan rela dan reda.

Namun, jika menggunakan lafaz lebih bagus. Antara contoh lafaz niat korban wakil:

“Saya (nama yang berkorban) telah bersetuju untuk mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini (tahun hijrah) kerana Allah Taala”.

Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang mahu melaksanakan ibadah korban murah, mudah dan cepat kerana kekangan wang dan tidak mahu menempuh renyah urusan korban.

Hanya daftar, bayar dan sembelihan dilakukan dalam tempoh sembelihan korban. Daging korban akan terus diagihkan kepada fakir miskin sekitar Mekah. Anda juga akan menerima sijil sebagai bukti penyertaan sebagai ahli korban tahun ini!

Mulakan ibadah korban anda dengan klik gambar di bawah.

Posted on

Potong Kuku Sebelum Korban? Ini Tertib Penuh (LENGKAP)

Ramai tidak tahu yang tidak sepatutnya potong kuku apabila berniat korban.

Larangan ini berdasarkan sebuah hadis sahih dan ulama mempunyai pelbagai pendapat jika melarangnya.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui larangan potong kuku jika berkorban.

Baca : 3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

peserta korban lembu korban

Pantang Larang Korban Untuk Peserta

        1. Tak Boleh Potong Kuku

        2. Tak Boleh Gunting Rambut

        3. Tak Boleh Cukur Bulu Badan

Kenapa Kena Tangguh Potong Kuku Bila Korban?

Penangguhan ini berdasarkan hadis daripada Ummu Salamah R.A bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

 

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Siapa Kena Tangguh Potong Kuku?

Mereka yang berniat korban hendaklah menangguh sementara. Berdasarkan hadis yang dikongsikan tadi, jelas mengatakan yang larangan ini bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan mereka disembelih.

pantang larang korban

Bila Peserta Korban Boleh Memotong Kuku?

Peserta korban boleh memotong kuku sebaik sahaja korban mereka selesai dilaksanakan.

Hukum Potong Kuku Korban Menurut Ulama’

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadis di atas, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku.

Ini pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafie.

Adapun al-Imam al-Syafie dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Hikmah Larangan Memotong Kuku & Rambut

Daripada Imam Nawawi Rahimahullah dalam syarahnya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Pada masa sama, ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

Tarikh Akhir Potong Kuku & Rambut Peserta Korban

Jika peserta korban mahu kelihatan kemas, maka disyorkan agar memotong kuku dan bercukur sebelum terbenamnya matahari malam 1 Zulhijjah.

Kesimpulan

Jadi jika anda peserta korban tahun ini, maka ikutilah larangan potong kuku ini bermula dari maghrib pada malam 1 Zulhijjah sehingga korban anda selesai disembelih.

Posted on

3 Pantang Larang Korban Anda Perlu Tahu (Edisi 2023)

pantang larang korban

Peserta korban perlu cakna dengan pantang larang korban. Ini termasuk dengan amalan sunat yang perlu dlakukan sepanjang 9 hari pada awal bulan Zulhijjah.

Amalan ini adalah berpendapat haram jika dilanggar.

Perkongsian kali ini berkenaan dengan amalan-amalam sunat peserta korban dan luga pantang larang korban yang perlu dijaga.

Baca : Cara Pembahagian Daging Korban Yang Adil (TERKINI)

Apa Itu Ibadah Korban?

Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan pada Hari Raya Haji atau sepanjang tiga Hari Tasyrik.

 

sembelihan korban lembu

Siapa Patut Laksana Korban?

Sebagai orang islam, kita dianjurkan untuk melaksanakan korban apabila berkemampuan. Ini bagi mendidik hati kita agak tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan menggalakkan perkongsian rezeki.

Baca : Potong Kuku Sebelum Korban? Ini Tertib Penuh (LENGKAP)

Tarikh Penting Dalam Ibadah Korban

        1. Hari Arafah (9 Zulhijjah)

        2. Hari Raya Aidiladha atau Hari Nahar (10 Zulhijjah)

        3. Hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

Pantang Larang Korban Lengkap

        1. Tidak Boleh Memotong Kuku

        2. Tidak Boleh Menggunting Rambut

        3. Tidak Boleh Mencukur Bulu Badan

 

Bila Pantang Larang Korban Bermula?

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya.

Ini termasuk tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.H bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

 

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Jadi dari sudut tempoh waktu, ia bermula dari terbenam matahari malam 1 Zulhijjah sehinggalah haiwan korban telah disembelih.

doa zikir solat sunat peserta korban

Amalan Sunat Untuk Peserta Korban

        1. Berpuasa Sunat

Digalakkan untuk berpuasa sunat dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. Tarikh 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat digalakkan untuk berpuasa

        2. Tidak Memotong Kuku & Rambut

Sebaik sahaja berniat untuk berkorban, maka disunatkan untuk tidak memotong kuku dan menggunting rambut. Imam Nawawi R.H mengatakan yang ia supaya anggota badan itu semuanya akan bebas daripada api neraka kelak.

          3. Beramal Soleh & Berzikir

Sepanjang tempoh 9 hari berkenaan, disunatkan agar banyak membaca al-quran, berzikir tasbih, tahmid dan takbir, bersedelah dan lain-lain lagi

        4. Memilih Haiwan Sihat & Terbaik

Korban yang terbaik adalah daripada haiwan yang terbaik. Setelah dipilih, haiwan itu perlulah ditambah dan diberi makan sehingga dikorbankan.

Proses ini penting kerana, jika haiwan berkenaan cacat sebelum disembelih, seperti terpotong telinga atau cedera, maka ia tidak lagi dikira sebagai haiwan yang sah untuk dikorbankan.

        5. Agih Daging Korban Secara Adil

Setelah dikorbankan peserta korban perlu mengambil initiatif untuk mengagihkan daging korban secara adil. Jika diurus sendiri, maka uruslah pembahagian termasuk kulit, lidah, perut, tetel dan sebagainya.

Untuk lebih afdal, hanya ambil sedikit sekadar berkat dan disedekahkan selebihnya kepada fakir miskin.