Posted on

Doa Selepas Azan & Iqamah Beserta Sunnahnya (LENGKAP)

laung azan

Di Malaysia, amalan baca doa selepas azan dan iqamah kurang popular. Apa yang menyedihkan, ramai yang culas dengan doa selepas azan. Walhal sebenarnya banyak fadilat apabila kita mengamalkannya

Benar, ia adalah amalan sunat. Namun, bukan beerti ia sebuah amalan yang kita tidak perlu praktikkan.

Berikut adalah perkongsian mengenai azan serta merangkumi sejarah azan.

Sejarah Azan Dalam Islam

Abdullah bin Zaid r.a dan Umar bin al-Khattab r.a mendapat mimpi mengenai azan.

Hal ini diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:

لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).

Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).

Riwayat Abu Daud (449)

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:

إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.”

Riwayat Abu Daud (449)

Baca : Doa Untuk Ibu Bapa & Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

imam sedang azan

Orang Pertama Melaung Azan

Bilal bin Rabah merupakan orang pertama melaungkan Azan

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Dan namanya disebut di dalam hadis, daripada Ibn Umar r.a katanya: Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat.

Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani,

dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi.

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya: Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.”

Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)

Hadis ini adalah sebelum adalah hadis bagaimana bacaan dan laungan azan.

Baca : 9 Kompilasi Doa Anak Soleh Solehah Terkini (Arab + Rumi)

Hukum Azan (Wajib atau Sunnah)

Fi sisi mazhab Imam al-Syafi’e, hukum melaungkan azan dan iqamah adalah sunat muakkad untuk kesemua lima solat fardhu. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :

مَذْهَبُنَا الْمَشْهُورُ أَنَّهُمَا سُنَّةٌ لِكُلِّ الصَّلَوَاتِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ لِلْجَمَاعَةِ وَالْمُنْفَرِدِ لَا يَجِبَانِ بِحَالٍ فَإِنْ تَرَكَهُمَا صَحَّتْ صَلَاةُ الْمُنْفَرِدِ وَالْجَمَاعَةِ

Maksudnya : ‘’(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah’’.

Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/82).

doa lepas azan

Doa Selepas Azan

Lafaz Arab

Lafaz Rumi

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksud Doa Selepas Azan

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Bila Perlu Azan

1. Solat Fardhu

2. Ditimpa Musibah

3. Keluar Bermusafir

4 Perkara Sunnah Dalam Azan & Iqamah

1. Baca Selawat Sebelum Azan

Berdasarkan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya sunat membaca selawat selepas azan lebih tepat

Ini berdasarkan hadis yang sahih maka sunat juga selepas daripada iqamah berdasarkan qiyas kepada azan kerana kebiasaannya (taghliban), iqamah juga disebutkan sebagai azan  berdasarkan hadis yang sahih seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Meskipun perbuatan selawat itu adalah sesuatu yang baik, namun mengikuti nas hadith (selawat di baca selepas azan) adalah lebih utama dan ianya juga adalah sebagai langkah berhati-hati dalam beramal kerana tiada hadis sahih berkenaan selawat sebelum azan.

2. Menjawab Azan

Apabila kita mendengar suara azan, kita disunnahkan untuk menjawab azan tersebut sebagaimana yang diucapkan oleh muazin.

Kecuali ucapan berikut

– “Hayya alash shalah” dijawab La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

– “Hayya alal falah” dijawab La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

– “As shalatu khairum minan naum” (dalam azan Subuh). dijawab hadaqta wa bararta wa ana ‘ala dzalika minasy syahidin (Benarlah engkau dan baguslah ucapanmu dan saya termasuk orang-orang yang menyaksikan kebenaran itu)

3. Berdoa Di Antara Azan & Iqamah

4. Solat Sunat Rawatib Di Antara Azan & Iqamah

Dalam hadis ada disebutkan juga iqamah itu dengan azan iaitu:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ

Maksudnya: Diantara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) itu terdapatnya solat (solat sunat).

Riwayat Al-Bukhari (627) & Muslim (838)

Kesimpulan

Amalan membaca doa selepas azan perlu dilazimi setiap hari. Memang benar ia sebuah amalan sunat.

Namun, manfaat amalan doa ini sangat besar dan tidak boleh diketepikan.

Posted on

Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

Saban tahun, ibadah korban akan dilaksanakan pada bulan Zulhijjah.

Namun, jika kita lakukan tanpa mengetahui mengapa dan fadilatnya, sudah pasti ia akan menjadi sebuah amal ikut-ikutan tanpa ruh.

Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui ibadah korban secara menyeleruh, termasuk sejarah korban sejak Nabi Adam a.s

Hukum Aqiqah Dalam Islam

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

Hukum Korban Dalam Islam

Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Korban hanya boleh dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Zulhijjah sahaja.

Ianya tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan

ibadah korban di malaysia

Fadilat Ibadah Korban Menurut Islam

Daripada Aisyah r.a, sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada Hari Kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (reda) Allah sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berkorban.”

Riwayat at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan gharib

Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

Sejarah Korban Sejak Nabi Adam as Hingga Kini

1. Nabi Adam a.s.

Pada zaman Nabi Adam telah turun ke bumi, kedua anak beliau yang bernama Habil dan Qabil diperintahkan untuk mempersembahkan korban. Korban dari Habil diterima sedangkan Qabil tidak.

2. Nabi Nuh a.s.

Setelah peristiwa banjir besar, Nabi Nuh kemudian meletakkan korban di tempat tertentu kemudian dibakar.

3. Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim mendapatkan perintah daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya. Mendengar hal tersebut Nabi Ismail tanpa ragu mahu ayahnya menerima perintah dari Allah SWT..

Ketika Nabi Ibrahim hendak memotong leher Ismail, terganti Nabi Ismail dengan seekor domba oleh malaikat Jibril.

Perintah berkenaan merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menguji ketaatan dan keikhlasan dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

4. Nabi Musa a.s.

Cara berkorban semasa zaman Nabi Musa berbeza. Cara dengan melepaskan sebahagian haiwan korban yang dimiliki kemudian sebagiannya lagi disembelih.

5. Abdullah bin Abdul Mutalib (Bapa Nabi saw)

Abdul Muthalib adalah atuk kepada Rasulullah SAW. Pernah semasa ayah Nabi SAW, Abdul Muthalib harus berkorban hingga 100 ekor unta untuk menggantikan nazarnya yakni mengorbankan anak terakhirnya, yaitu Abdullah.

6. Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW ternyata juga pernah melaksanakan korban di waktu Haji Wada setelah solat di Mina. Beliau berqurban dengan seratus ekor unta yang di mana 70 di antaranya baginda sembelih sendiri dan bakinya disembelih oleh Ali bin Abu Thalib.

lembu kurban di malaysia

Amalan Aqiqah & Korban di Malaysia

Aqiqah di Malaysia

Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu. Ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW.

Baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucunya iaitu Hassan r.a dan Hussain r.a.

Namun, yang menjadi ikut-ikutan adalah trend mengadakan majlis besar-besaran semasa majlis aqiqah.

Korban di Malaysia

Korban di Malaysia biasanya menggunakan lembu. Kebiasaannya, 2 bulan sebelum tibanya musim haji, sudah dibuka pengisian nama-nama untuk bahagian lembu.

Tiba tempoh 3 hari untuk berkorban, maka dilaksankana sama ada di surau atau di tempat lapang.

Daging korban biasanya terus diagihkan kepada penduduk setempat.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

Penjelasan Lengkap Pembahagian Daging Aqiqah (TERKINI)

hukum makan daging aqiqah

Selesai proses melapah daging aqiqah, maka pembahagian daging aqiqah dilakukan. Persoalannya adalah, sama ada akan terus dimasak dan dijamu tetamu dan sebaliknya?

Timbul persoalan, apakah keluarga yang melaksanakan aqiqah dibolehkan makan daging haiwan yang disembelih itu?

Ia sebenarnya bergantung pada niat asal perlaksanaan aqiqah tersebut. Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini.

Hukum Buat Aqiqah Menurut Islam

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

makan daging aqiqah

Hukum Makan Daging Aqiqah

Hukumnya dibolehkan. Cuma, lebih afdhal lebih banyak diberi jamu kepada tetamu.

Pendapat yang mengatakan tuan aqiqah tidak boleh makan daging aqiqahnya adalah apabila aqiqah dilaksanakan dengan niat nazar.

Contohnya apabila seseorang telah berniat “Aku bernazar kalau dapat anak perempuan, aku akan sembelih seekor kambing sebagai aqiqah”.

Maka setelah mendapat anak perempuan orang tersebut wajib membayar nazar dengan melakukan aqiqah seekor kambing. Daging dari sembelihan aqiqah ini tidak boleh dimakan oleh tuan aqiqah beserta dengan ahli keluarganya seisi rumah.

Pembahagian Daging Aqiqah

Yang sebenarnya, tiada nisbah tertentu dari sudut pembahagian daging aqiqah.

Namun, semasa menjamu digalakkan dijemput keluarga dan sahabat, jiran tetangga dan golongan fakir miskin.

Untuk menuruti sunnah Rasulullah, masaklah daging aqiqah tersebut dengan masakan yang manis (kuzi atau kurma contohnya)

Hal ini adalah untuk bertafa’ul ataupun mengharapkan agar anak yang diaqihkan itu membesar dengan perangai yang elok serta budi pekerti.

Memberi bahagian kaki kambing aqiqah kepada bidan juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Daging Aqiqah Siapa Boleh Makan?

1. Ibu Bapa

2. Keluarga

3. Fakir Miskin

kenduri aqiqah

Bolehkah Makan Daging Aqiqahnya Sendiri?

Disunatkan memakan sebahagian daging sembelihan daripada ibadah aqiqah, kemudian disedekahkan sebahagian lagi.

Ini sesuai dengan kata – kata daripada Aisyah r.a bahawa :

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).”

(Ibn Abi Shaybah)

Daging sembelihan daripada ibadah aqiqah boleh dimakan oleh ibu bapa anak yang diaqiqahkan.

Mereka mestilah tidak memakan daging itu berseorangan tanpa menjamu ahli keluarga terdekat, jiran tetangga, sahabat handai, fakir miskin dan sebagainya.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jika aqiqah itu adalah aqiqah nazar, maka daging aqiqah tidak boleh dimakan.

Kesimpulan

Berbeza dengan daging korban ,daging aqiqah tiada pembahagian spesifik.

Bahkan ahli keluarga sendiri boleh memakannya. Asalkan pembahagiaannya juga diberikan kepada orang-orang yang memerlukan.

Posted on

Buat Aqiqah di Mekah? Buat Aqiqah Online? Ini Penjelasannya

aqiqah di mekah online

Pernahkah anda terfikir yang buat aqiqah di Mekah secara online akan menjadi satu trend di kalangan ibu bapa moden hari ini?

Sebenarnya, ada penjelasan yang spesifik tentang permasalahan berkenaan buat aqiqah di Mekah dan buat aqiqah online ini. Namun begitu,  boleh jadi sebenarnya, ramai yang kurang pasti akan hukum aqiqah secara online.

“Adalah sangat penting bagi seorang muslim untuk mengetahui hukum sesuatu ibadah sebelum melaksanakannya. Ini bagi memastikan ibadah yang mereka laksanakan itu tidak sia-sia.”

Artikel ini menjelaskan dalil dan hukum aqiqah di Mekah atau secara online.

Apa Itu Aqiqah?

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Hukum Buat Aqiqah

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad  Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam.

Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya : “Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Baca : Akikah atau Aqiqah? Ini Penjelasan Dari Pakar Agama

kambing aqiqah mekah

Boleh Ke Buat Aqiqah di Mekah?

Sama ada di Malaysia atau di luar negara hukum aqiqah tetap sama – sunat muakkadah

Untuk pengetahuan dalam ibadah aqiqah ada 3 perkara sunnah :

Pertama: Makan sebahagian daging aqiqah.

Kedua: Sedekahkan daging tersebut kepada fakir miskin.

Ketiga: Menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran.

 

Baca : Penjelasan Lengkap Pembahagian Daging Aqiqah (TERKINI)

Sekiranya aqiqah dilaksanakan di Mekah, maka mustahil untuk melakukan perkara sunnah yang pertama tersebut. Kurangnya satu elemen sunnah dalam aqiqah bukan bermaksud ianya terbatal. Begitu juga sunnah kedua dan ketiga.

Jadi, kewujudan wakil untuk aqiqah di Mekah telah banyak meringankan urusan aqiqah. Walaupun ibadah ini cumalah sunnat muakkad, sekiranya ianya dapat dilaksanakan sehabis baik pasti hati ibu bapa berasa lega. Dan disitulah peranan wakil aqiqah ini membantu mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

 “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadis Arb)

Maka aqiqah di Mekah itu dibolehkan.

Boleh Ke Buat Aqiqah Online?

Semestinya boleh! Akan tetapi, kami sentiasa cenderung kepada pandangan lebih afdhal sembelihan dan jamuan aqiqah itu di buat di tanah air sendiri dan dilihat oleh ibu ayah.

Memahami perkembangan dunia semasa, dengan kesibukan dan kemudahan yang ada, melaksanakan ibadah aqiqah di luar negara adalah dibenarkan dan tidak menyalahi hukum syarak.

Proses Buat Aqiqah di Mekah

Haiwan akan disembelih di rumah sembelihan. Nama anak akan dibacakan terlebih dahulu sebelum mula menyembelih.

Aqiqah di Malaysia, dagingnya dimasak terlebih dahulu untuk dimakan dan dijamu bersama keluarga, sahabat atau faqir miskin.

Di Mekah, daging aqiqah akan diagihkan kepada faqir miskin dan insan yang memerlukan di sekitar Tanah Suci Mekah.

aqiqah di mekah

Pakej Aqiqah Di Mekah

1. 100% Online

Perkhidmatan kamu memudahkan ibadah aqiqah lagi murah, sesuai untuk mereka yang mempunyai kekangan masa dan wang

2. Cepat & Mudah

Tidak sampai 5 minit unutk mengisi borang pendaftaran dan ibadah terlaksana sebaik sahaja pembayaran dilakukan

3. Tak Perlu Buat Majlis

Sembelihan dilakukan di Mekah dan dagingnya akan diberikan terus pada fakir miskin di sana. Anda tidak perlu menanggung kos tambahan untuk melaksanakan ibadah ini.

Baca : 6 Senarai Semak Untuk Buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Anak

4. 60% Lebih Murah Dari Malaysia

Harga kambing yang jauh lebih murah dari Malaysia memudahkan lagi ibadah ini untuk dilaksanakan.

5. Dapat Sijil & Video Sembelihan

Video berserta sebutan nama anak anda ketika sembelihan akan diberikan kepada anda terus sebagai bukti ibadah dilaksanakan.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!