Posted on

Kenapa Ibu Bapa Disunatkan Buat Aqiqah Untuk Anak?

Kenapa Ibu Bapa Disunatkan Buat Aqiqah Untuk Anak?

Selepas kedua – dua ibu bapa dikurniakan anugerah cahaya mata, tanggungjawab seterusnya adalah melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut.

Ibadah aqiqah merupakan sunnah muakkad yaqni ibadah sunat yang sangat dituntut dalam Islam.

Sejarah amalan aqiqah jika kita telusuri telah bermula di kalangan Arab Jahiliyah jauh sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad saw lagi.

Akan tetapi, selepas kedatangan Islam, Nabi Muhammad saw telah menukarkan amalan khurafat dan syirik Arab Jahiliyah kepada amalan yang bersesuaian dengan syariat Islam.

Persoalan yang kerap diajukan kepada kami di Aqiqah Centre oleh ibu bapa muda yang baru sahaja mendapat cahaya mata adalah kenapa ibu bapa disunatkan buat aqiqah untuk anak?

Di sini kami kongsikan hikmah dan fadhilat melaksanakan ibadah aqiqah buat anak – anak anda.

1. Sebagai satu tanda kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt atas anugerah dikurniakan cahaya mata.

2. Supaya tidak timbul fitnah akan kelahiran cahaya mata baru dari pihak anda (ibu bapa) dan keluarga kedua – dua belah pihak.

3. Agar bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan paling sempurna tanpa sebarang masalah kesihatan.

4. Mengelakkan cahaya mata anda yang baru lahir daripada pelbagai penyakit seperti pandangan mata yang jahat (‘ain) dan menghindari anak anda daripada gangguan makhluk halus.

niat aqiqah anak

5. Menggalakkan perkembangan dan kecerdasan minda cahaya mata anda supaya menjadi insan yang baik.

6. Hikmah terbesar adalah supaya menghidupkan sunnah junjungan mulia Nabi Muhammad saw dalam menyambut kelahiran bayi.

7. Mematahkan amalan – amalan khurafat dan bid’ah masyarakat Melayu lebih – lebih lagi yang melanggar syariat dan sunnah Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw.

8. Satu cara yang paling ideal untuk mengeratkan kembali hubungan silaturrahim di antara semua ahli keluarga anda.

Dalam majlis aqiqah, semua orang mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak anda.

9. Menghilangkan rasa kufur dan bakhil terhadap fakir – fakir miskin dengna memberi mereka makan.

10. Mendapat pahala berganda apabila melaksanakan ibadah sunnah di dalam bulan Ramadhan.

Pahala ibadah Ramadhan dapat, pahala ibadah aqiqah pun dapat.

Nak aqiqahkan anak anda secara online di Tanah Suci Mekah?

Harga cuma RM570 RM499 sahaja.
Hubungi 010-8400803 atau layari https://aqiqahcentre.com/

Posted on

Kenapa Aqiqah di Mekah

Kenapa Aqiqah Di Mekah?

“Mahalnya nak buat aqiqah sekarang ni!”

Sebelum kita masuk topik kenapa aqiqah di Mekah, kita kena faham yang kita berhadapan dengan kos untuk melakukan ibadah aqiqah yang agak tinggi di Malaysia

Harga seekor kambing hidup di Malaysia sekitar RM900.

Ini bukannya salah peniaga mahu buat untung besar, malah penjual kambing di Malaysia hanya mempunyai margin untung yang kecil sahaja.

Pertamanya kerana kos menjaga seekor kambing di Malaysia adalah tinggi.

Kerana itu, pilihan lain adalah melakukan ibadah aqiqah di Mekah.

Apa Itu Aqiqah?

Korban dan aqiqah adalah ibadah yang berbeza.

Korban hanya dilakukan pada hari raya haji atau aidul adha.

Aqiqah pula adalah ibadah untuk menyambut kelahiran anak.

Aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadah korban.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.”

Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.

Berapa Kos Aqiqah Di Mekah?

Kos melakukan ibadah aqiqah di Mekah bergantung kepada harga semasa kambing di sana.

Kebiasaannya kos melakukan ibadah aqiqah di kota suci itu adalah sekitar RM500 untuk seekor kambing.

Berapa Kambing Yang Harus Diaqiqahkan?

Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing jika mampu.

Bagi anak perempuan pula, hanya seekor.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya) disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”

Namun jika tidak berkemampuan, seekor kambing pun sudah cukup bagi anak lelaki.

Tujuan kita melakukan aqiqah di Mekah adalah untuk beribadah. Dan ibadah tidak sepatutnya menyusahkan kita.

Untuk mendapat servis aqiqah secara online anda boleh tekan gambar di bawah.