Kenapa Aqiqah Di Mekah?

“Mahalnya nak buat aqiqah sekarang ni!”

Sebelum kita masuk topik kenapa aqiqah di Mekah, kita kena faham yang kita berhadapan dengan kos untuk melakukan ibadah aqiqah yang agak tinggi di Malaysia

Harga seekor kambing hidup di Malaysia sekitar RM900.

Ini bukannya salah peniaga mahu buat untung besar, malah penjual kambing di Malaysia hanya mempunyai margin untung yang kecil sahaja.

Pertamanya kerana kos menjaga seekor kambing di Malaysia adalah tinggi.

Kerana itu, pilihan lain adalah melakukan ibadah aqiqah di Mekah.

Apa Itu Aqiqah?

Korban dan aqiqah adalah ibadah yang berbeza.

Korban hanya dilakukan pada hari raya haji atau aidul adha.

Aqiqah pula adalah ibadah untuk menyambut kelahiran anak.

Aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadah korban.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.”

Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.

Berapa Kos Aqiqah Di Mekah?

Kos melakukan ibadah aqiqah di Mekah bergantung kepada harga semasa kambing di sana.

Kebiasaannya kos melakukan ibadah aqiqah di kota suci itu adalah sekitar RM500 untuk seekor kambing.

Berapa Kambing Yang Harus Diaqiqahkan?

Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing jika mampu.

Bagi anak perempuan pula, hanya seekor.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya) disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”

Namun jika tidak berkemampuan, seekor kambing pun sudah cukup bagi anak lelaki.

Tujuan kita melakukan aqiqah di Mekah adalah untuk beribadah. Dan ibadah tidak sepatutnya menyusahkan kita.

Untuk mendapat servis aqiqah secara online anda boleh tekan gambar di bawah.