Posted on

Cara Bayar Fidyah Online Guna Online Banking (Terkini)

secupak beras ganti puasa sehari

Jika kita meninggalkan puasa di bulan Ramadan, kita perlu qada dan bayar fidyah puasa yang ditinggalkan mengikut jumlah hari  dengan apa jua cara.

Ini kerana fidyah adalah denda tambahan yang dikenakan apabila kita meninggalkan ibadah wajib seperti berpuasa di bulan ramadan. namun tidak semua orang perlu membayar fidyah.

Artikel kali ini berkongsi mengenai fidyah, mereka yang dikenakan fidyah dan juga cara bayar fidyah yang paling mudah.

Apa Itu Fidyah?

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.

Sebagai contoh : Fidyah puasa dikenakan sebagai denda ke atas seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.

Beza Fidyah Dan Qada

        Fidyah

Fidyah puasa pula ialah mengeluarkan secupak makanan asasi lalu diberikan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

        Qada

Qada pada bahasa bererti membayar. Manakala pada istilah syarak, qada bermaksud mengerjakan semula atau menggantikan ibadat puasa yang tidak sah, tertinggal, atau sengaja ditinggalkan pada hari yang lain.

Baca : Hari Tasyrik : Amalan Sunnah & Dalil Haram Berpuasa (LENGKAP)

Siapa Patut Bayar Fidyah

        1. Sakit Tenat Tiada Harapan Sembuh

Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Golongan ini tidak wajib qada puasa tetapi perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.

        2. Orang Tua Yang Tak Mampu Puasa

Golongan ini adalah yang menghidap sakit kuat dan tidak harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak dapat mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Golongan ini hanya perlu membayar fidyah tanpa menggantikan puasa.

        3. Waris Yang Meninggal Belum Sempat Qada Puasa

Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.

 

Golongan Tak Wajib Bayar Fidyah

        1. Ibu Yang Menyusukan Anak yang risaukan kesihatan dirinya jika berpuasa

        2. Perempuan Hamil yang risaukan kesihatan dirinya jika berpuasa

        3. Orang Yang Bermusafir

        4. Orang Yang Sakit & Perlu Berbuka Puasa

 

Cara Kiraan Fidyah

        1. Secupak Beras (Ikut Negeri)

Harga 1 cupak beras berbeza mengikut negeri.

Sehingga tahun 2019, 1 cupak beras dianggarkan bersamaan 600 gram dan dinilaikan dengan kadar RM4.00. Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kadar bayaran fidyah adalah RM2, RM4, RM6 sehari. Jumlah ini berbeza kerana mengikut jenis beras yang dimakan.

Sebagai contoh:

RM2 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras Super Special Tempatan 5%.

RM4 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras putih import/ beras perang/beras pulut/beras herba ponni atau beras wangi.

RM6 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras basmathi /jepun atau beras merah.

        2. Jumlah Hari Tidak Berpuasa

Jumlah hari ni perlu direkod dan disimpan. Lebih baik lagi jika terus dibayar sebaik sahaja habis Ramadan agar tidak lupa.

        3. Jumlah Fidyah Keseluruhan

Katakan anda tidak dapat berpuasa selama 5 hari, duduk di Selangor dan mengamalkan makan beras putih import. Maka pengiraan fidyah adalah seperti berikut.

 

RM4.00 x 5 = RM9.00

 

Cara Bayaran Fidyah

        1. Tunai

        2. Secara Online

        3. Maybank2U

Hukum Bayar Fidyah Secara Online

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

Pembayaran fidyah biasanya boleh dilakukan secara tunai di pusat-pusat pungutan zakat.

Namun dengan pembayaran secara online, memudahkan anda untuk menyelesaikan hutang ini pada bila-bila masa.

Cara Bayar Fidyah Online Dengan Online Banking

        1. Login Maybank2U

        2. Klik ‘Bill Payment’

        3. Klik ‘Make A One-Off Payment’

        4. Klik ‘Zakat & Charity’

        5. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Ikut Negeri

        6. Pilih ‘Fidyah’

        7. Masukkan Jumlah Bayaran

 

Posted on

Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

Saban tahun, ibadah korban akan dilaksanakan pada bulan Zulhijjah.

Namun, jika kita lakukan tanpa mengetahui mengapa dan fadilatnya, sudah pasti ia akan menjadi sebuah amal ikut-ikutan tanpa ruh.

Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui ibadah korban secara menyeleruh, termasuk sejarah korban sejak Nabi Adam a.s

Hukum Aqiqah Dalam Islam

Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.

Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Baca : Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

Hukum Korban Dalam Islam

Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Korban hanya boleh dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Zulhijjah sahaja.

Ianya tidak dianggap ibadah korban jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan

ibadah korban di malaysia

Fadilat Ibadah Korban Menurut Islam

Daripada Aisyah r.a, sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada Hari Kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (reda) Allah sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berkorban.”

Riwayat at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan gharib

Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

Sejarah Korban Sejak Nabi Adam as Hingga Kini

1. Nabi Adam a.s.

Pada zaman Nabi Adam telah turun ke bumi, kedua anak beliau yang bernama Habil dan Qabil diperintahkan untuk mempersembahkan korban. Korban dari Habil diterima sedangkan Qabil tidak.

2. Nabi Nuh a.s.

Setelah peristiwa banjir besar, Nabi Nuh kemudian meletakkan korban di tempat tertentu kemudian dibakar.

3. Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim mendapatkan perintah daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya. Mendengar hal tersebut Nabi Ismail tanpa ragu mahu ayahnya menerima perintah dari Allah SWT..

Ketika Nabi Ibrahim hendak memotong leher Ismail, terganti Nabi Ismail dengan seekor domba oleh malaikat Jibril.

Perintah berkenaan merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menguji ketaatan dan keikhlasan dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

4. Nabi Musa a.s.

Cara berkorban semasa zaman Nabi Musa berbeza. Cara dengan melepaskan sebahagian haiwan korban yang dimiliki kemudian sebagiannya lagi disembelih.

5. Abdullah bin Abdul Mutalib (Bapa Nabi saw)

Abdul Muthalib adalah atuk kepada Rasulullah SAW. Pernah semasa ayah Nabi SAW, Abdul Muthalib harus berkorban hingga 100 ekor unta untuk menggantikan nazarnya yakni mengorbankan anak terakhirnya, yaitu Abdullah.

6. Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW ternyata juga pernah melaksanakan korban di waktu Haji Wada setelah solat di Mina. Beliau berqurban dengan seratus ekor unta yang di mana 70 di antaranya baginda sembelih sendiri dan bakinya disembelih oleh Ali bin Abu Thalib.

lembu kurban di malaysia

Amalan Aqiqah & Korban di Malaysia

Aqiqah di Malaysia

Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu. Ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW.

Baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucunya iaitu Hassan r.a dan Hussain r.a.

Namun, yang menjadi ikut-ikutan adalah trend mengadakan majlis besar-besaran semasa majlis aqiqah.

Korban di Malaysia

Korban di Malaysia biasanya menggunakan lembu. Kebiasaannya, 2 bulan sebelum tibanya musim haji, sudah dibuka pengisian nama-nama untuk bahagian lembu.

Tiba tempoh 3 hari untuk berkorban, maka dilaksankana sama ada di surau atau di tempat lapang.

Daging korban biasanya terus diagihkan kepada penduduk setempat.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

azan baby baru lahir

Bayi selamat lahir memang gembira tapi jangan sampai lupa panduan azan anak lelaki / perempuan anda! Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ – حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ

Riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514)

Maksudnya: Aku telah melihat Rasulullah SAW telah mengazankan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali iaitu setelah Fatimah melahirkannya dengan azan bayi dengan betul?

Sebagai ketua keluarga, anda tidak boleh ambil enteng soal keberkatan dan keselamatan keluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui cara azan anak dengan betul.

Baca : Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

Hukum Azan & Iqamat Anak Baru Lahir

Ulama hadis berbeza pandangan dalam menetapkan hukum hadis azan di telinga bayi yang baru lahir. Sebahagian ulama menghukumkan hadis ini sebagai daif (lemah) kerana, terdapat dalam sanadnya perawi yang da’if iaitu ‘Asim bin Ubaidillah.

Sebahagian yang lain pula menilai hadis ini sebagai sahih. Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih dan Imam al-Hakim juga turut mensahihkan hadis ini.

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan.

Kelebihan Azan Anak Baru Lahir

Antara hadis yang menceritakan kelebihan azan anak baru lahir adalah bagi mengelakkan gangguan syaitan saat bayi baru dilahirkan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ

Maksudnya: Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia menusuk di sebalik hijab.

Riwayat al-Bukhari (3286)

bayi baru lahir

Cara Azan Bayi Lelaki

1) Angkat bayi ke paras mulut atau posisi yang selesa.

2) Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan nada sederhana. Ukurannya, tak ubah seperti kuat nada anda berbual biasa.

Berikut adalah azan dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA ‘ALAL-SALAH, HAIYA ‘ALAL-SALAH.
HAIYA ‘ALAL-FALAH, HAIYA ‘ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH….

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah mendirikan solat. Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan. Marilah menuju kemenangan
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Cara Azan Bayi Perempuan

1) Sama seperti bayi lelaki, angkat bayi ke paras atau posisi selesa.

2) Azan dengan nada sederhana. Kemudian beralih ke telinga kiri bayi untuk iqamat.

Berikut adalah iqamat dalam rumi dan juga terjemahan jika anda mempunyai kesulitan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,
HAIYA ‘ALAL-SALAH,
HAIYA ‘ALAL-FALAH,
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH.…

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan.
Telah hampir untuk solat, telah hampir untuk solat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

3) Selesai diazan dan diiqamatkan, letakkan semula bayi ke tempatnya.

Anak Perempuan Azan Atau Iqamat?

Budaya orang Melayu terbiasa dengan mengazankan bayi lelaki di telinga kanan, dan cukup sekadar iqamat pada telinga kiri bayi perempuan.

Sebenarnya tiada panduan khusus untuk mengazankan bayi. Tak menjadi kesalahan untuk mengazankan bayi kemudian membaca iqamat, samada untuk bayi lelaki mahupun bayi perempuan.

Baca : 7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

7 Perkara Sunat Sembelihan Aqiqah & Korban Dalam Islam (Lengkap)

kambing aqiqah korban mekah

Binatang yang halal dimakan wajib disembelih dengan sempurna agar ia menjadi halal untuk dimakan.

Selain daripada syarat sah, ada juga perkara-perkara sunat sembelihan yang boleh kita lakukan.

Teruskan bacaan untuk mengetahui syarat sembelihan sempurna yang ditetapkan oleh agama Islam.

3 Syarat Semasa Sembelihan.

1. Putus saluran nafas (halqum) dan saluran makan dan minum (marih) haiwan

2. Berniat untuk menyembelih semasa melakukan penyembelihan

3. Hendaklah haiwan itu mati disebabkan sembelihan dan bukan atas sebab yang lain.

 

Baca : Lafaz Niat Aqiqah Anak & Caranya (LENGKAP)

haiwan aqiqah qurban sunat sembelihan

7 Perkara Sunat Semasa Sembelihan

Anda dianjurkan untuk melakukan -perkara perkara sunat di bawah semasa melakukan penyembelihan.

1. Bertakbir 3 Kali

2. Membaca Bismillah

3. Takbir 3 Kali

4. Selawat Ke atas Rasulullah SAW

5. Haiwan & Penyembelih Hadap Kiblat

Haiwan dibaringkan dan penyembelih berada di posisi selesa dan menghadap kiblat.

6. Guna Pisau Yang Tajam

Pastikan menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih.

7. Menyegerakan Proses Melapah.

Sebaik sahaja haiwan sembelihan tidak bernyawa, jangan lengahkan proses melapah agar daging tidak rosak.

Baca : Panduan Lengkap Cara Azan Anak Lelaki (Arab + Rumi)

Alat Sembelihan Untuk Korban & Aqiqah

1. Jenis : Parang

Parang atau pisau berkualiti agar boleh melakukan sembelihan seterusnya tanpa perlu diasah. Penyembelih berpengalaman biasanya mempunyai koleksi pisau tersendiri untuk menyembelih dan melapah.

2. Kondisi : Diasah Tajam

Alat sembelihan perlu diasah sehingga tajam perlu dilakukan bagi memastikan daging sembelihan berkualiti.

3. Sunat : Tidak Asah Di Hadapan Haiwan

Ini bagi memastikan haiwan bertenang semasa penyembelihan. Haiwan yang tidak tenang boleh menyebabkan daging berbau.

Baca : Ibadah Korban Dan Sejarah Korban Sejak Nabi Adam Hingga Kini

 

Posted on 2 Comments

Siapa Yang Boleh Makan Daging Aqiqah?

Siapa Yang Boleh Makan Daging Aqiqah?

Kami di Aqiqah Centre sering diajukan soalan – soalan ini oleh ramai ibu bapa muda yang rata ratanya bakal menjalankan majlis aqiqah dan berendoi cahaya mata mereka.

“Saya ramai kawan Cina di office, boleh saya jemput mereka makan daging aqiqah anak saya?”

“Takpe ke kalau saya jemput jiran – jiran untuk majlis berendoi anak saya nanti?”

Di antara kita pasti ramai yang mempunyai kawan dan kenalan rapat yang bukan Muslim dari bangsa lain seperti Cina, India dan sebagainya.

Buat pengetahuan anda, persoalan ini membelenggu sebahagian besar Melayu Muslim di Malaysia.

Ramai yang masih keliru tentang siapa sebenarnya yang layak menerima dan makan daging dari sembelihan aqiqah.

Ada yang kata siapa sahaja boleh makan asalkan dijemput tuan rumah.

Ada yang kata ahli keluarga terdekat sahaja.

Agihan Sumbangan Daging Aqiqah Yang Betul

Yang tepatnya adalah orang yang diperbolehkan dan selayaknya diberi makan daging sembelihan hasil daripada ibadah aqiqah adalah orang faqir miskin daripada kalangan umat Islam kita sendiri.

makan daging aqiqah

Akan tetapi, anda juga disunatkan memakan sebahagian daging sembelihan daripada ibadah aqiqah, kemudian disedekahkan sebahagian lagi.

Ini sesuai dengan kata – kata daripada Aisyah r.a bahawa :

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).”

(Ibn Abi Shaybah)

Daging sembelihan daripada ibadah aqiqah boleh dimakan oleh ibu bapa anak yang diaqiqahkan.

Mereka mestilah tidak memakan daging itu berseorangan tanpa menjamu ahli keluarga terdekat, jiran tetangga, sahabat handai, fakir miskin dan sebagainya.

Sunat dalam ibadah aqiqah adalah memberikan kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran bayi tersebut.

Soal masakan yang sesuai pula adalah terpulang kepada ibu bapa dan keluarga si anak yang diaqiqahkan.

Nak aqiqahkan anak anda secara online di Tanah Suci Mekah?

Harga cuma RM570 RM499 sahaja.
Hubungi 011-1437 4843 atau layari https://aqiqahcentre.com/