​Wanita Seksi Boleh Buat Ibadah Qurban?

Apa yang kami kongsikan ini merupakan kisah benar yang dilalui tim Aqiqah Centre.

Semenjak tahun 2014 membantu rakyat Malaysia menjalankan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah melibatkan lebih daripada 20,000 ekor haiwan sembelihan.

Buat pengetahuan anda, servis yang dijalankan oleh kami di Aqiqah Centre tidak terbatas kepada ibadah aqiqah sahaja, bahkan juga ibadah qurban.

Ceritanya bermula pada musim qurban tahun 2019 yang lalu. Seperti biasa, kami menerima Whatsapp dari pelanggan yang ingin bertanyakan itu dan ini berkenaan ibadah qurban.

Tiba – tiba satu Whatsapp yang kami terima dari seorang wanita yang kami gelarkan puan pada mulanya.

Namun dimarahi kerana katanya ‘puan’ itu untuk makcik – makcik. Dia masih muda!

“Maaf lah dik, akak ni jenis sexy tak bertudung. Kadang aku malu jugak dik nak tanya ni.”

Beliau memaklumkan bahawa beliau bekerja sebagai pegawai atasan kerajaan di Putrajaya dan mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanya berkenaan ibadah qurban.

Usai selesai beliau menaip di telefonnya, kami melihat soalannya berbunyi :​“Kalau kau tgk DP aku pun dik, aku tahu korang ni jenis judgmental.

Pakaian pun teselak-selak, tudung entah ke mana lagi terbangnya kan. Orang macam akak ni kalau buat qurban dekat mekah, layak ke?”

Allahu.. Walaupun kami ini menguruskan amanah ribuan ibu ayah untuk menyempurnakan ibadah aqiqah dan qurban tapi kami tak pernah segelumit dalam hati membeza-bezakan sesiapa.

Ibadah Qurban Melahirkan Sifat Kehambaan

Ibadah aqiqah dan qurban bukanlah seperti ibadah-ibadah yang lain, ianya lahir dari dalam diri atas sifat kehambaan.

Sifat ibadahnya tidak meletakkan syarat sah atau batal sekiranya tidak menutup aurat.

Jika kita mahu solat, wajib menutup aurat dgn sempurna untuk melaksanakan ibadah tersebut, kalau kita buat umrah atau haji syarat sah ibadah tersebut juga mesti menutup aurat dengan sempurna.

Akan tetapi, dalam ibadah qurban atau aqiqah ini agak berbeza

Tiada syarat yang mengatakan bahawa tidak sah ibadah ini jika tuan empunya badan tidak menutup aurat.

Kalian jangan salah ambil point ya.

Bukan kami kata boleh buka aurat.
Aurat tetap perlu dilindungi dengan sempurna mengikut Quran dan Hadith.

Tapi, ibadah ini akan tetap sah dan diterima Allah tidak kira jantina walaupun anda sedang dalam satu fasa usaha ke arah yang lebih baik dalam menjadi manusia.

Pakailah apa pun, Allah lebih layak menerima dan menolak. Sekadar dari ilmu kami yang cetek ini, Allah akan terima.

Kami tetap memuji wanita tersebut, walaupun dia sedar tidak menutup aurat dengan sempurna.

Moga Allah mudahkan urusan beliau dan kalian untuk menutup aurat.

Uniknya ibadah qurban ini, ianya satu-satu ibadah yang dituntut untuk kita mengeluarkan sedikit harta dan membayarnya sebagai tanda mendekatkan diri kepada Allah.

Ibadah Qurban Kemuncak Dekatkan Diri Kepada Allah

Duit yang kalian bayar untuk membeli haiwan terbaik atas tujuan ibadah qurban adalah pengorbanan yang kalian persembahkan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sesuai dengan maksudnya dari segi bahasa yakni, mendekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalaluh Taala dengan berkorban dari sebahagian harta.

Nak aqiqahkan anak anda secara online di Tanah Suci Mekah?

Harga cuma RM570 RM499 sahaja.
Hubungi 010-8400803 atau layari https://aqiqahcentre.com/