Syarat sah qurban dan aqiqah hampir sama, bezanya pada WAKTU sahaja.
Qurban ada waktu tertentu iaitu 4 hari sahaja dalam satu tahun, 10-13 Dzul Hijjah. Selain dari waktu tersebut tidak di kira waktu qurban.
Aqiqah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun. waktu terbaik aqiqah, adalah pada hari ke 7, 14 dan 21 selepas kelahiran bayi. Selain dari hari tersebut, dibolehkan sahaja pada bila-bila waktu.
Syarat haiwan Aqiqah dan Qurban adalah sama :
Jenis Haiwan dan umur minima :-
- Unta melebihi lima tahun
- Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
- Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
- Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya